22 September 2014

FACES OF LIFE

salam....

the face of anak dara yang

ganas...
(& serabai)

tapi 
sweet..

dan
ayu...


suka posing budak ni...

###
selamat mengulangi semula UPSR utk semua murid darjah 6...
parents.....tak perlulah nak stress...
marah2 pun tak ada faedahnya dah...things happened..
moga tahun depan tak berulang lagi...

atau...
tahun depan UPSR MANSUH>>>???....ooopppsss...


15 September 2014

CUTI HUJUNG MINGGU

salam buat semua....
dari raya  sampai hari Malaysia....hehehe...panjang sungguh bercuti blogging.mohon kemaafan kepada yg datang ke sini kerana lama tak update...
malam tadi baru terperasan dah sebulan tak meulis di sini.

kisah hujung minggu kami...
13 september 2014 (sabtu) suami menguruskan event "Konvoi Kibar Jalur Gemilang"  disertai oleh jabatan kerajaan seperti JPJ dan JKJR.peserta adalah daripada group motosikal SYM utara (kawan2 dia jugaklah).

program bermula pagi Sabtu tapi suami ke tempat bermula pada hari Jumaat...kebetulan ada bilik extra maka Jumaat malam saya bawa anak dara berdua ke sana.anak teruna dah ikut abahnya awal lagi...jadi tukang angkat barang.
Jumaat malam lepas kerja baru bertolak....drive dalam hujan lebat...risau juga sebab mata ni bukannya ok sangat...silau bila drive malam tambah plk dalam hujan.tapi mengenangkan anak dara kecik dah excited maka cekalkan hati drive sajalah....alhamdulillah hujan separuh jalan saja.Bermalam di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar...di hadapan airport.bilik yang kami dapat ni ada 4 katil...sesuai untuk saudara mara yang ramai yang nak hantar ahli keluarga ke Mekah.
lompat baby lompat....

makan nasi tomato dengan telur dadar ja...tapi siap tambah.
kakaknya koko crunch la.

dah lama juga tak tidur kat hotel...budak kecik jadi lupa daratan sat..
pagi esoknya lepas konvoi bergerak,kami sarapan bertiga.....sahaja.....rasa lain la plk...selalu kalau makan gini mesti berlima.lepas check out balik rumah kat kampung...lepak situ sampai petang sementara tunggu suami selesai konvoi.

lebih kurang pukul 6 petang suami datang rumah angkut pula ke Danok..saja nak bawa budak2 tengok lampu & mandi kolam.dulu bawa pi I-City Shah Alam...sekarang pi I-City Danok plk...dekat la sikit.bolehla nak bagi budak kecik ni 'meroyan' walau tak sehebat Shah Alam punya.memang dia 'meroyan' pun...dalam mengantuk2 lepas dinner,bila masuk situ dia punya tahap kecergasan jadi luar biasa.kawasan taklah luas sangat tapi best juga layan lampu & figures yang depa buat tu.tak ada mainan macam kat Malaysia.just ada basikal untuk yang teringin nak ronda kayuh ramai-ramai.
ada budak kecik yang berlari masuk dalam taman

kami bermalam kat hotel di belakang tu
KPK Resort & Hotel


nak masuk kena bayar rm10 sekepala...budak kecik free.masa mula-mula buka dulu kupon rm10 tu boleh guna untuk beli barang kat dalam kawasan taman tu tapi sekarang nak beli kena bayar duit lain plk...so...takyah belilah.kita jalan-jalan & duduk-duduk saja.
balik bilik dah tengah malam (jalan kaki saja dari hotel ke taman tu).budak kecik boleh segar mata semula....jenuh jugaklah nak bagi dia lena.

pagi esoknya bangun tidur terus pi terjun kolam...bahagia budak kecik ni.
main air macam orang yang dah pandai berenang...
best kolam kat sini.luas.ada mainan plk kat tepi...boleh slide terus ke dalam kolam..si kecik ni pun berani ja slide.cuma cuaca hari tu agak panas...maka hangitlah sikit muka budak kecik tu.

sangat confident ini budak kicikkk...

abah bawa ke tempat dewasa

terjun baby...terjunnn....

settle mandi baru check out & keluar makan & beli barang.kemudian terus balik.tapi jalan plk jem & hujan pun lebat.singgah kampung ambil kereta saya & motor suami (kami bawa dua kereta sebab satu guna untuk angkut barang konvoi).suami balik rumah ride dalam hujan dgn memper sorang lagi...
saya drive dengan dua anak dara & kakak....kalut- ja bergerak sebab nak elak drive waktu malam.tu pun sampai rumah pukul 8 mlm.highway banyak kenderaan...bergerak pun slow sajalah.

apapun...alhamdulillah semua selamat.
konvoi selamat...makan angin selamat...
duit pun "selamat'...hehehe


gaya photographer in the making
dalam telefon tu kena check selalu...main snap ja dia ni.



14 August 2014

RINGKASNYA RAYA

salam buat semua...
Syawal ke 18 dah ni...masih ada yang buat open house kan?selagi ada Syawal....hihi
Sabtu ni ada majlis jamuan raya di rumah teman...begitu juga Ahad berikutnya....habissss....pakai naik balik la my bodyweight....ishhh....
supplement yang ada ni membantu pada hari2 yang tak ada open house...at least tak la mendadak sangat naiknya kan...lepas Syawal nanti oklah balik....yakin...yakin...yakin...

cerita raya kami...
2014 serba sederhana...sampai gambar pun jadi sederhana...haha...memang tak banyak gambar pun kat kamera...ada kat handphone suami ja.
seperti biasalah...
acara kami di raya pertama sama ja tiap2 tahun....solat sunat...ziarah kubur....lunch kat rumah mak teh bebudak ni.....singgah rumah maklang depa....balik rumah (lebih kurang 3 petang gitu).....rutin tiap-tiap tahun.
rehat kat rumah....lepas asar bawa MIL ke rumah abangnya...malam duduk rumah....layan perut...

cuma raya ke dua dan seterusnya tak ada rutin.ikut mana yang terasa nak pergi & kadang-kadang layan tetamu.tapi biasanya kami keluar dari awal pagi.
tahun ni kami ke rumah MIL tiri.tapi sebelum tu singgah dulu rumah mak sedara saya kat kampung...kemudian terus ke rumah step MIL nun di utara...saja lepak kat felda di raya ke dua...best sebab musim buah.memang ngadap buah-buahan ja esp rambutan.sehari lepak kat situ.balik menjelang asar...ingatkan nak lari dari jem kat highway tapi akhirnya sangkut-sangkut jugak kat jalan biasa...dekat Isyak baru sampai rumah.kalau hari biasa paling lama pun dua jam ja sampai...hari tu jadi double masanya.

maka malamnya duduk rumah sajalah....driver dah lenguh kaki.

raya ke 3 my sister datang rumah...tahun ni dia beraya kat rumah mertuanya maka kakak sulung beraya dengan kami...lebih selesa di rumah kami..almaklumlah...kakak sulung saya tu special juga.jadi susah sikit nak duduk dengan orang yang bukan keluarga rapat.raya ke 3 my 2nd sis mai ambik dia balik rumah...tak boleh duduk lama2 dengan saya sebab saya kerja...nanti tak ada org nak teman dia kat rumah.

so raya ke 3 lepas my sis semua balik..kami gardening...hehe...cuaca best sangat hari tu.redup ja.tak boleh tahan keinginan untuk mengadap pokok.nabila sampai fed up...ummie dia lama sangat dok hadap pokok tak layan dia.
petangnya saudara mara suami datang rumah...dan malamnya kami berada di rumah mak sedara suami...dekat-dekat sini ja.

raya ke 4...saya sudah kerja....
hari Sabtu sambung beraya lagi sampai ke malam...

tak ada open house di rumah saya untuk tahun ini...'kurang kerajinan'....hihi..

notes***
tahun lepas nabila berdrama di tanah perkuburan ibu along & kakaknya...
tahun ni dia berdrama lagi...tapi sempat masuk dalam kereta.beria buat2 menangis tersedu2....ada kot setengah jam dok berlakon....hmmmm...

tapi suka tengok gambar nabila tahun ni...dia posing spontan ja.
beria ummie beli handbag utk dia sekali masa raya dia takmau letak duit raya dalam tu..nak letak handphone ja....duit semua sumbat beg ummie jugak...hishh...



 salam duit raya anak dara besaq
 anak dara kecik yang dah pandai posing
 anak jantan sorang
 my dear sister (garang dia ni)
 kat rumah mak mertua tiri...
makan memang best kat sini
budak kecik konon2 takmao ambik gambaq...
jumpa bapa sedara baru yang rajin melayan
selalu mai sini dia dok asrama...ni first time jumpa
 balik lalu mencelah di jalan kecik tepi bendang
 elak dari jem tapi jumpa jem jugak
 jambatan tinggi
 pemandangan lawa dari atas jambatan
walaupun orang kedah,ni la pertama kali saya lalu sini...

kami...
kat pusara ibu..
kat pusara tokwan...
abah & pakngah
kat rumah mak sedara kt kampung
my anak dara dengan mak sedara dia (@ my adik ipar) yang sebaya


##JAGA KESIHATAN DENGAN CARA YANG SELAMAT

06 August 2014

SINGGAH SALAM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....
MAAF ZAHIR DAN BATIN

BUAT SEMUA YANG HADIR DI SINI...




update raya???
will appear soon...