salam...
mood yang agak suram...
malam tadi baca mesej ttg pemergian seseorang ke rahmatullah..
mesej masuk petang tapi oleh kerana telefon tu tertinggal kat rumah maka ia hanya dibaca sekitar jam 9.30pm.
ditakdirkan utk tidak berjumpa sedangkan tengah hari semalam kami ke Penang.balik sekitar 4.30 ptg...waktu itulah mesej masuk ke phone saya.
siapa dia?
dia adalah bekas bos saya semasa di O&G Kulim dulu..walaupun sekejap shj bekerja di bawahnya kerana dia membuka maternity home sendiri selepas itu,persahabatan tetap terjalin.sering juga merujuk kepadanya bila ada perkara berkaitan O&G.
tapi sejak setahun dua ni agak kurang berhubung..masing2 sibuk.
dia adalah seorang bos yg understanding..tegas tapi ada kalanya kelakar,kdg2 merajuk dgn kami anak2 buahnya.banyak ilmu yg dikongsi bersama.bila on call dgnnya tak pernah rasa bimbang...call saja pada waktu mana pun..biarlah kes yg bagaimana pun...dia tetap layan kita dgn baik.juga punya komunikasi yg sgt baik dengan pesakitnya.suka bila ada morning round dgnnya...gelak2 saja.patient pun kadang2 tergelak dengan kata2nya.
saya melihat dia sbg seorang yg senang didekati,tahu hala tujunya,business minded....grab apa saja peluang yg ada didepannya.
dengan keluarganya...(isterinya juga doktor)..kami dari luar melihat dia sebagai seorang suami & bapa yg penyayang.
basically...he's such a wonderful person..
pemergiannya secara tiba-tiba (collapsed & died....heart attack)...tanpa sebarang penyakit yg diketahui (oleh kami) sebelum ini memang mengejutkan.
alFatihah utk arwah Dr Abdul Hamid..moga arwah ditempatkan bersama hamba2nya yang soleh di sana..
salam takziah dari kami buat Dr Azrina sekeluarga.moga tabah menghadapi kehilangan ini.kami temannya merasa kehilangan yg teramat..apatah lagi kamu sebagai isteri....sabarlah.
antara kenangan bersama arwah.
1..dia seorang yg suka makan...cakap saja kat mana yg best..hatta cendol pulut tepi jalan sekalipun..mencangkung dia di situ menikmati keenakannya (dia ceritakan hal ini kepada kami).
2..kes kematian maternity kami yg pertama....patient datang dalam keadaan yg sudah tenat..ibu & dua2 bayi kembarnya tak dapat diselamatkan...kami bersama (berserta pakar bedah) mengendalikan kes dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 ptg...hanya kes itu sahaja.dia datang ke labour room well dressed kerana hari itu adalah hari perasmian hospital..
3..ada kes yg memerlukan BTL tapi MO tak dapat nak yakinkan suami untuk menandatangani borang walaupun bermacam penjelasan diberikan.bagi saja kes kepada dia...sekejap shj dapat persetujuan suami pesakit.
saya pernah tanya..
"Dr Hamid,you cerita apa kat husband patient ni?boleh setuju plk dia?"
jawabnya sambil tersenyum bangga.."biasalah...org lelaki".
4..dia cuba menganjurkan jurnal club walaupun saat itu kami hanya ada 3 MO di unit O&G..tujuannya utk melatih & menggalakkan kami membaca jurnal.dapatlah beberapa kali meeting.
5..nak bercuti memang mudah asalkan ada MO cover ward.cuti dulu,isi borang kemudian pun ok saja bg dia.
6..juga baik dengan maidnya...pernah dia berkata..
"you tau...maid I dulu masa I mula ambik dia...kurus kering ja.sekarang ni tengoklah...sihat.mana taknya...apa yg kami makan semua dia makan.."...sambil gelak2.masa tu tgh berjalan balik ke kuarters lepas habis kerja.
dan....banyak lagi kenangan...