Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts
Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts

05 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI (part 2)

salam sejahtera....

18.8.18....tarikh kenduri..

tak la pula kami terus ke rumah kenduri....
pagi-pagi berduaan dengan encik suami berjalan kat tepi pantai tunggu matahari muncul. hobi saya yang lamaaaa dah tak diulang. kebelakangan ni encik suami plk menunjukkan minat yang sama. senanglah nak bersantai di pagi hari, ada kawan. tapi nama ja jalan bersama....masing-masing buat hal sendiri. fokus mencari view menarik. seronok sebenarnya lepak tepi pantai sambil dengar bunyi ombak....pagi-pagi sunyi tak ramai orang. terasa lebih mendamaikan. 




selesai layan mata & minda di situ kami masuk semula ke bilik, bersiap untuk check out dan bergerak ke rumah kenduri. tapi sebelum tu singgah di gerai tepi pantai Batu Buruk untuk sarapan dulu. dengan perut yang masih tak berapa nak selesa tapi lebih baik dari hari sebelumnya, layan jugalah sikit makanan sambil beringat sebab nanti nak isi lagi di rumah kenduri.


kemudiannnya, kami bergerak ke lokasi sebenar....Kampung Padang Machang, Manir Terengganu. pertama kali ke rumah ini sebab sebelumnya mereka tinggal di Kelantan. alhamdulillah, tiba di lokasi tampa sebarang masalah. tetamu juga tidak terlalu ramai maka agak selesa walau panas tengahari agak terik. dapatlah makan, beramah mesra & lepak dengan tenang. Nabila pun bebas bergerak terutama sekali masa pengantin sampai...dia punya sibuk mengalahkan photographer berbayar.

PASANGAN PENGANTIN
BERSAMA KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN


selesai kenduri kami bergerak ke Primula Beach Resort untuk check in di situ pula. berpindah hotel sebab mencari yang ada kolam untuk nabila. dah gian sangat nak mandi kolam.




petang itu juga dia turun kolam....mandi sendiri dengan kanak-kanak lain. umie tengok ja sebab nak jumpa kawan (junior sekolah menengah) untuk sampaikan barang yang dikirim. abahnya dengan si kakak keluar cari kedai tayar sebab tayar depan dah kehilangan angin.
pening jugakla umienya. sembang dengan kawan pun tak puas sebab mata kena asyik tengok nabila ni...dalam dok perhatikan pun, terlepas juga dia ke kolam dewasa. alhamdulillah cepat nampak, dia belum sampai ke kawasan yang dalam lagi.


SERONOK NAMPAK HELIKOPTER

slide kat belakang tu....sampai ja kat kolam beria2 dia nak naik.
 larang pun tak jadi apa.
sekali meluncur ke air, terus tenggelam....
baru dia tau slide tu tinggi & air tu pun agak dalam.
tak naik dah lepas tu...

satu perkara tentang kolam di hotel ni ialah kolam dewasa dan kanak-kanak bersambung.....hanya diletakkan tali berpelampung sebagai pembahagi. agak bahaya sebab kanak-kanak boleh terlepas ke bahagian dewasa dengan mudah. saya dah nampak perkara ni dari awal semasa melihat gambar hotel dalam laman web. memang agak risau dan sentiasa berwaspada.


selesai mandi kolam abahnya bawa ke tepi pantai pula sementara saya menghantar kawan ke kereta. rupa-rupanya ada aktiviti mereka kat pantai tu. 
malamnya baru ditunjukkan kepada saya.....nabila kena buli dengan abahnya. kena lari kat pantai sebab abah nak shoot gambar....hihi....kesian plk tengok.


MUKA PENAT TAPI TERPAKSA SENYUM

malam tu nabila memang habis tenaga....ajak keluar meronda pun tak mau dah. nak lepak bilik ja katanya. tapi bawa keluar juga sebab nak makan. muncung ja dia....keletihan. lepas makan pergi pula rumah saudara...lagilah dia stress..



pagi Ahad 19.8.18...
hari bergerak balik. plannya nak bagi nabila main kolam seround lagi tapi dia dah tak daya nak buka mata.....letih sangat kot. maka biarkan saja dia melayan tidur sampai puas. kami dating berdua di cafe hotel. sarapannya ok la...tak banyak pilihan tapi dari segi rasa, bolehla. not bad.


FACING THE POOL
"DATING..."

lepas check out, rancangan asalnya nak ke Pasir Putih (suami nak berjumpa kawannya) dan kemudian lunch di Kota Bharu (anak dara nak makan ayam percik Yati) sebelum bergerak balik. namun kita hanya merancang. lain pula jadinya. Encik suami ada urusan lain pula dengan kawannya di Kuala Terengganu....maka tersasarlah timing. selepas makan nasi ayam Hainan dan suami settlekan urusan dia semua, sekitar pukul 3 ptg baru nak bergerak keluar dari KT. batallah agenda menyinggah di Kelantan. kami terus saja bergerak balik ke Kedah. dalam perjalanan bertemu dengan kawan yang baru balik dari Pulau Redang. jadi kami bergerak bersama dari Jeli menuju Sungai Petani. dalam letih dan mengantuk disertai hujan di beberapa tempat, akhirnya selamat tiba di ruamh menjelang 12 malam.  syukur alhamdulillah...perjalanan yang dilindungi oleh Allah swt.


BAIKLA KONONNYA....


Isnin & Selasa saya kerja...Rabu hari raya korban..
minggu yang sangat meletihkan..


seronok bercuti di Terengganu....insyaAllah nanti ada usia & kelapangan akan dijengah lagi. 






04 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI

salam sejahtera...
lama benau tak menulis kat sini....haishhh....

cerita bulan 8...
18.8.18....tarikh pilihan untuk kenduri kahwin.
ramai yang akad nikah/kenduri kahwin pada tarikh tersebut. kami sendiri ada 4 undangan tapi hanya boleh hadir satu sahaja sebab lokasi yang satu itu terletak nun jauh di pantai timur dan pemilik kenduri adalah anak saudara suami....maka haruslah yg ini diutamakan. kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, maka saya hanya perlu bercuti pada hari Ahad.
kebetulan juga tarikh tersebut ada event group suami di Kuala Terengganu maka jimatlah belanja perjalanan kami....kira 2 in 1 gitu.


seperti biasa, untuk perjalanan yang jauh kami suka keluar awal pagi. sekitar jam 4 pagi adalah waktu pilihan dengan anggaran tiba di restoran Salim di Gerik sekitar waktu subuh. waktu yang elok untuk berhenti solat dan bersarapan sambil merehatkan tulang belakang. namun kta hanya merancang, Allah yang menentukan....hihihi.... mem rumah terlajak lena. terjaga sekitar jam 3.45 pagi. mana sempat dah nak bergerak jam 4 dengan nak bersiap2 dan nak kejutkan Nabila lagi... berkira-kira sorang diri, maka ambil keputusan untuk keluar selepas subuh. kejutkan suami, bagitau dia dan dia iyakan saja (dia bukan sedar pun rupanya...).


tok tek tok tek....dekat pukul 7 baru bergerak dari rumah....dalam keadaan hujan renyai2, encik suami berbunyi. tak puas hati sebab keluar lewat...tak rasa macam pergi bercuti katanya....hmmm....


tiba di Kuala Ketil perut dah berbunyi maka kami singgah ja kat gerai tepi jalan. tengah sedap2 makan hujan pula turun dengan maha lebat. tersadai sekejap kat situ sebab tak boleh nak ke kereta. alhamdlillah, tuan gerai yang baik hati gorengkan cempedak dan jamu semua pelanggannya....hujan2 kena cempedak goreng, apa nak dikata.   licin sepinggan kat meja kami.


meneruskan perjalanan dalam hujan yang sekejap reda sekejap lebat, tapi kebanyakannya lebatlah. kereta tak banyak tapi disebabkan hujan, perjalanan jadi perlahan. lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di puncak Titiwangsa. sejuk tak terkata....duduk dalam kereta rasa lebih panas daripada kat luar. 

kat sini terserempak dengan seorang anak muda, menunggang motosikal seorang diri dari Bukit Kayu Hitam ke Terengganu...saja jalan-jalan. menggigil kesejukan sebab ride dalam hujan....gigih betul dia. kebetulan berjumpa dengan seorang lagi solo rider jadi dapatlah juga kawan untuk dia ride sama-sama.

NI POSING....BUKAN GAMBAR CANDID


semasa nak bergerak dari puncak Titiwangsa ni, suami terperasan ada bunyi sesuatu dari bawah kereta. intai punya intai rupanya penutup tayar spare dah terbuka sedikit. sebahagain daripada penutup tu terkena jalan bila kereta reverse.....dah masalah pula. jalan basah nak letak lutut pun payah...suami big size, dia suruh wife dia betulkan.... kahkahkah....macam la wife dia ni tau sangat bab2 kereta. 
teringat ada plastik toto dalam kereta maka potonglah plastik tu sikit untuk alas lutut suami....dia yang buat sendiri....cek mana reti nak repair. guna gelang keychain untuk jadi cangkuk sementara. alhamdulillah bolehla sampai ke Nissan service centre untuk dibetulkan. tu pun tak ada spare part. depa ikat guna cable tight ja....dok guna yg itu sampai hari ni.


meneruskan perjalanan ke Terengganu dengan lapang dada tapi sekali sekala panas sebab kereta banyak yang slow....pergerakan jadi perlahan walau jalan lurus. hala tuju adalah Batu Buruk Terengganu sebab kami tempah bilik di situ. tapi sebelum ke bilik, suami nak ke stadium dulu untuk ambil tshirt eventnya. kami tiba di situ sekitar jam 6 petang dalam suasana hujan renyai2.sebelum itu....singgah sekejap di Penarik untuk lunch sambil layan nabila main buaian di tepi pantai dan kemudiannya solat di masjid berhampiran.
kemudian baru bergerak ke hotel bajet dan check in menjelang magrib. 
macam pergi ke JB dah jadinya....12 jam perjalanan.

PANTAI PENARIK

apa2pun, alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi....



lokasi penginapan ialah Intan Beach Resort..
deretan rumah teres dua tingkat di tepi pantai yang dijadikan hotel.
tidur satu malam  di sini. bilik di tingkat 1,dengan 2 katil queen, bertingkap dan berada di sudut tepi dengan pemandangan laut...harga sekitar rm127 satu malam....selesa dan puas hati dengan tahap kebersihannya.


INTAN BEACH RESORT


malamnya, dalam hujan lebat kami keluar ke majlis makan malam di 'bos' encik suami. hujan2 pun datang juga sebab jemputan adalah "you must attend"...hihi....dia pun suka sebab dapat jumpa kawan2 dari Johor.
makan sikit ja...sembang yang lebih (biasa la kan). saya pun makan sikit sebab perut tak berapa nak ok....sebu semacam ja. nabila yang pulun sakan. dia ni kat mana2 pun menang kalau bab makan.
plannya nak ke rumah kenduri lepas majlis makan malam tapi tak jadi sebab dah terlebih letih....balik bilik dan tidur saja la...

DI MAJLIS..
MAKAN SAJA....

JIWANG SEBELUM CHECK OUT





01 March 2018

KEBAHAGIAAN TIKA MEMENUHI UNDANGAN DAN HAJAT

salam sejahtera....

selamat bertemu kembali.

ingin berkongsi pengisian hujung minggu pada penghujung Januari yang lalu.
perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan dan kemudiannya ke Selangor dan kembali ke Kedah. bermula dari tengahari Khamis dan tiba semula ke rumah sekitar jam 10 malam hari Sabtu.

tujuan utama adalah untuk memenuhi undangan majlis resepsi perkahwinan anakanda sulung Puan Mona Din dan Encik Zul di Shah Alam pada hari Sabtu 27.1.18.

kebetulan pula jiran lama mak mertua baru dapat berhubung semula dan ingin sangat bertemu selepas berpuluh tahun terpisah, maka kami bergerak serentak. Jiran yg dulunya tinggal di Shah Alam telah menetap di Port Dickson. maka ke sanalah hala tuju kami pada hari Khamis tu.

alhamdulillah, perjalanan yang lancar. tiba di PD sekitar jam 8 malam....disambut dengan keramahan tuan rumah. kami bermalam di situ dan esoknya selepas zohor bergerak ke Selangor dengan doa moga ada kesempatan untuk bertemu lagi.

di Shah Alam, mak mertua masih dengan agenda jejak kasih jiran-jiran lamanya. sempat ziarah satu rumah di sebelah malam, satu rumah di pagi Sabtu & satu lagi selepas kenduri (di Klang)....sungguh pertemuan yang menyentuh rasa & mengimbau memori. almaklum, berpuluh tahun terpisah. kita yang tak kenal ni pun tumpang seronok. famous rupanya suami akak masa kecik2 dulu....semua jiran ingat dia. siap simpan gambar2 lama. zaman kurus melidi.
insyaAllah ada kesempatan akan berkunjung lagi. dah ada dua jemputan kenduri pun, bulan Mac di Klang & bulan Julai di Shah Alam.


Untuk jemputan kenduri pada hari Sabtu tersebut, alhamdulillah, dapat tiba ke lokasi sekitar jam 1 tengahari ketika tetamu belum begitu ramai. check out hotel dan terus bergerak ke lokasi majlis.
Majlis sederhana tapi meriah berlangsung di D'Tahta @ I-Soho I-City Shah Alam. Jelas kelihatan kemesraan tuan rumah melayan tetamu & jelas kelihatan juga bagaimana cerianya tetamu dapat bertemu muka dengan tuan rumah.
dewan terhias indah sekali....boleh jengah ke facebook Mona Din untuk lihat keindahan hiasan dewan tersebut serta pakej-pakej yang disediakan....harganya pun sangat berpatutan. untunglah bagi orang-orang yang tinggal di kawasan sekitar kerana anda punyai satu lagi pilihan lokasi majlis yang menawan dengan kos yang tak membebankan.


selepas majlis kenduri tersebut kami bergerak ke Klang menjejaki seorang lagi jiran lama MIL di Taman Andalas. berbekalkan peta mulut dari kawannya, suami nekad mencari. hanya petua ikut lorong/jalan tertentu. kata suami dia pernah datang ke rumah tersebut tapi telah bertahun lamanya.
tersilap pada lorong pertama, bertemu juga pada lorong yang seterusnya. itupun perlu tanya orang...malu bertanya sesat jalan kannn.... alhamdulillah, hanya berselang dua rumah dengan wanita yang memberikan lokasi...
walaupun suami tuan rumah tiada ketika itu kerana ada urusan kerja di tempat lain,bertautlah kembali talian persahabatan yang lama terputus (MIL & suami agak terkeciwa sebab ingin sangat bertemu suami tuan rumah juga). seketika di situ kami memohon berundur diri untuk bergerak balik ke Kedah. esoknya Ahad anak-anak dah mula sekolah maka tak boleh nak berlama-lama di situ.


seperti juga perjalanan pergi, perjalanan pulang dipermudahkan Allah. perjalanan yang lancar dan selesa.
alhamdulillah....selamat tiba di rumah dengan rasa syukur kerana dapat memenuhi undangan insan yang berhajat untuk melihat wajah Nabila, serta syukur dapat menunaikan impian MIL untuk bertemu kawan-kawan lamanya.

cuma Nabila yang agak tidak puas hati dengan percutian tersebut sebab tiada sesi mandi kolam...tak sempat juga nak jelajah I City walau dah berada dalam wilayahnya.


insyaAllah penghujung Mac ini akan cuba memenuhi undangan majlis perkahwinan di Klang pula. moga dilapangkan masa dan kewangan serta diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt.








22 January 2018

RAWATAN CIRIT-BIRIT YANG RINGKAS DAN SELAMAT

assalamualaikum....
salam sejahtera...

memulakan hari selepas bercuti 2 hari setengah....lemau jadinya. sama dengan lemau si Nabila budak bertuah yang malamnya beria-ia berjanji nak ke sekolah tapi paginya meliat nak bangun. biasanya pai-pagi abahnya yang kejutkan...kurang sikit mengada-ngada bila dengan abah. bila abahnya tak ada macam hari ni, maka waktu bangun pagi abahnya kena call, kejutkan dia melalui phone. pagi tadi dia sembang ja dengan abahnya tapi tak bangun pun. last-last abah buat video call....hahaa....tak boleh nak mengelat. abah nampak.

makin besar makin banyak akalnya.....sabar saja laa...

hari ni dia ke sekolah diiringi debaran di hati umienya sebab hari Sabtu dan pagi Ahad dia cirit-birit. berlaku waktu pagi saja. sensitif pula perutnya lepas kejadian muntah dan cirit birit dua minggu lepas. tak boleh ambil makanan bersusu buat sementara ni.

walaupun dia boleh ke tandas sendiri tapi bila tak sihat macam ni, risau juga. dia pun ada rasa malu bila pakaiannya kotor. alhamdulillah, cikgu-cikgu dan PPM sentiasa membantu. kalau perlu mereka akan call untuk ambil anak. 
moga Nabila sihat-sihat saja. tambahan pula hujung minggu ni ada kenduri yang "must attend"...insyaAllah moga dipermudahkan urusan.


apa rawatan yang biasanya saya gunakan untuk Nabila bila dia alami cirit-birit?
1.    pastikan dia makan dan minum walaupun sedikit. 
2. probiotik...saya lebih suka guna probiotik untuk menstabilkan semula keadaan ususnya berbanding ubat untuk memberhentikan cirit-birit. probiotik yang saya gunakan adalah dari jenama profido ataupun hexbio.
3.   immune booster nutriferon. ini untuk mempercepatkan pemulihannya dengan membantu sistem imun bertindak lebih pantas.
4.    jaga pemakanan. elakkan yang bersusu, pedas dan berminyak.

saya tak bagi dia ORS sebab dia tak akan minum. jadi gunakan air masak atau teh o dengan sedikit gula. kalau ada air kelapa boleh juga digunakan untuk memberi tenaga.

kenapa saya tak gunakan ubat untuk memberhentikan cirit-birit? sebab pembuangan najis itu adalah salah satu cara badan menyingkirkan kuman yang telah masuk ke dalam saluran usus. jadi biarkan sahaja ia keluar tetapi pastikan anak tidak kekurangan air (dehydrated). hanya bila perlu sangat, saya akan berikan ubat sekadar untuk mengurangkan kekerapan ke tandas (dos ubat yang kecil).


pemulihan memang agak perlahan. perlu bersabar asalkan anak kembali sihat sepenuhnya.


untuk kes yang serius, sila bawa anak ke hospital untuk rawatan selanjutnya. kehilangan air dan garam galian dari tubuh yang tidak terkawal boleh mengancam nyawa.









18 January 2018

HANYA KESYUKURAN DARI KAMI....

18.1.18....
cantik tarikhnya...

hari yang agak sibuk dan meletihkan....ni baru nak rehat (sambil bekerja).
awal-awal pagi temankan kakak sulung buat follow up mammogram dan ultrasound payudara. biasanya kakak ke 2 yang temankan tapi hari ni suami kakak ke 2 juga nak buat ujian darah maka kami berbahagi tugas.

keluar awal ke hospital, sebelum pukul 7 pagi sebab nak pastikan dapat parking yang dekat dengan unit radiologi.parking kat HSAH ni memang sangat terhad. alhamdulillah, sampai hospital jam 7.15 am....banyak parking kosong. lega rasa hati sebab kakak tak perlu berjalan jauh. kalau setakat diri sendiri memang tak ada masalah sangat. bila bawa kakak ni, kena cari yang memudahkan dia.

lebih kurang sejam tunggu kat unit radiologi, alhamdulillah ke dua-dua ujian membawa khabar gembira. tiada masalah baru.

lebih kurang 4 tahun lepas dia diagnosakan dengan kanser payudara. sebelah payudaranya telah dibuang (radical mastectomy) dan telah menjalani 6 sesi kimoterapi. rawatan radioterapi tidak dilakukan atas sebab masalah peribadinya yang menjadikan persekitaran untuk rawatan itu sangat tidak sesuai untuknya. kami sungguh-sungguh berserah kepada Allah kerana terpaksa menidakkan radioterapi. agak lama berbincang dengan pakar untuk membuat keputusan tersebut. sesungguhnya, dengan anugerah sihat yang dikurniakan Allah kepada dirinya sehingga ke waktu ini membuatkan saya dan kakak ke 2 agak lega dan sangat bersyukur. sebolehnya kami tidak mahu lagi melihat dia melalui fasa yang sukar itu.


moga Allah terus melindungi dia daripada sebarang kesukaran dunia.....moga Allah kurniakan dia kebahagiaan yang hakiki. di sebalik segala kekurangannya, kami tetap mengasihi dia...




09 January 2018

DAH TUA KITA NI KANNN?...MAJLIS MERAIKAN ANAK SAHABAT....

salam sejahtera....

cerita 6.1.18 (Sabtu)..
berlangsungnya majlis kenduri kahwin anak lelaki kepada teman persekolahan menengah. alhamdulillah, jalinan persahabatan yang bermula sejak tahun 1982 masih berlangsung dengan baik antara kami. bukan setakat sesama batch tetapi juga dengan juniors dan seniors....cuma bila berlainan batch ada kekeliruan & keterlupaan nama serta wajah. maklumlah semua dah hilang wajah2 comel zaman awal remaja.

kebelakangan ini, majlis reunion mula berubah corak. reunion biasa-biasa berganti dengan majlis-majlis perkahwinan anak-anak. ada yg berbesan sesama satu sekolah (berlainan batch).

pada majlis begini, bukan sekadar sahabat sekolah yang berkunjung, tetapi juga guru-guru yg berada berhampiran. sesungguhnya jalinan keakraban antara guru-murid untuk pelajar2 asrama sememangnya sgt bernilai.


bila berjumpa diusia begini dua topik hangat yang dibincangkan....untuk kaum ibu shj....kaum ayah lain kisahnya kot.

1....isu berat badan
2....isu usia (dah hampir separuh abad tapi tetap rasa macam zaman sekolah....huhhh)


walau bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana masih memberikan kami usia dan kesihatan untuk terus sama-sama meraikan anak masing-masing.
sesungguhnya, berjumpa sahabat-sahabat yg tinggal berjauhan adalah satu terapi. bertepuk tampar, gelak ketawa, nasihat menasihati adalah saat yang indah. walau sekadar duduk berbual sambil makan kuih muih dan kemudiannya bergambar, it can take hours.....


sesungguhnya jalinan persahabatan itu sesuatu yang perlu dihargai, dijaga dan dihormati.
alhamdulillah, bagi batch kami biar lelaki atau perempuan, sehingga saat ini tiada yang terasa hati sesama sendiri. memang ada yang menyepi namun itu atas sebab2 lain yang tidak bersangkutan dengan ikatan persahabatan ini.


kepada pasangan pengantin yang diraikan, moga kalian bahagia dunia dan akhirat. selamat melayari alam rumahtangga dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.


terimakasih Dar & suami seisi keluarga atas jemputan ke majlis yang indah dan santai....moga Allah merahmati family Dar yang sentiasa pemurah dan baik hati.


berapa jam ntah lepak kat meja ni....

the aunties and granny  

 antara makanan dan minuman...
ada banyak lagi makanan sebenarnya selain nasi berlauk.
semuanya sedap2 belaka.
kenduri yang santai....betul2 meraikan jemputan.

friends forever...ladies & gents
bersama mak pengantin (duduk dua dari kiri) 
dan cikgu Nafsiah yg sentiasa sporting (duduk di tengah)

kata cikgu bila diletakkan satu kerusi untuknya...
"you all nak ambik gambar macam gambar kelas....cikgu tak mau laaa....malu cikgu..."
maka letaklah kerusi2 lain buat peneman cikgu

letak nama di sini sebagai kenangan
berdiri dari kiri...azwan, rosli kassim, laily, anita,saya, izwan, nuni, mina dan lily
barisan paling belakang dari kiri...yg terlindung ialah abg mad (suami anita),jibeng, rosli ramli dan che'en (suami nuni...sama batch)
duduk di depan dari kiri ... Na, mak pengantin Puteri Norhamidar aka Dar, cikgu Nafsiah, habibah dan Ija 

yang tiada dalam gambar...tina, kam, pahyam, ahmadi, arip
yang tak sempat jumpa....wanman, ila, ela, LJ


moga berjumpa lagi...insyaAllah



selesai kenduri balik rumah sekejab...lepas asar bergerak ke Pantai Remis Perak pula.....misi mencari nasi kandar dan bertemu sahabat.



05 January 2018

TERKINI DI 2018

salam sejahtera.....
pagi hari ke 5 bagi tahun 2018...
lewat update blog sebab data habis...hihi..

saya guna broadband celcom. alhamdulillah rezeki tahun baru. nak upgrade data dapat pula pakej baru yg jimat. harga yg sama dgn pakej lama tapi dapat data yg lebih banyak.
dari 4GB kepada 10GB dengan rm40+ sebulan....cukuplah untuk kegunaan sendiri. ni pakej khas untuk yg berniaga. nak tahu lanjut sila ke cawangan celcom berhampiran anda.


cerita 2018....
Nabila dah mula sekolah sejak Isnin.....alhamdulillah hari pertama dan ke dua dia ok ja...nak masuk hari ke 3 dia dah start isytihar sekolah cuti. jenuh nak bangunkan dia pagi-pagi. seperti biasa umie dia tak berapa nak mampu tahan sabar, so pass kat abahnya ja. nak bangun ja susah. bila dah mandi semua ok ja. ceria ja nak pi sekolah. marah kat kita plk katanya kita lambat. mana tak lambat, dok ambil masa nak bangunkan dia.


abahnya....mula mengisi masa terluang dengan grabcar....isi masa sungguh sampai tak lekat kat rumah. alhamdulillah rezeki untuknya. 


umienya....macam biasa...kerja macam biasa. on off, ada sibuk ada relax (kat tempat kerjalah....kat rumah ada ja benda nak buat). ada cita-cita baru sebenarnya tapi ntah celah mana nak selit masa pun tau lagi. bila ada yg jadi nanti kita update kat blog.


anak bujang sulung....dah habis belajar....dok tunggu kerja mai cari dia...


anak dara besar....dah nak habis belajar. akan mula praktikal bulan 3 nanti. alhamdulillah dah dapat tempat untuk praktikal tersebut. moga ada rezeki terus kerja di situ atau mana2 tempat yg dekat degan rumah.


selamat menempuhi 2018 yang pastinya lebih mencabar....be tough be happy...



31 December 2017

PENUTUP TIRAI 2017

salam sejahtera....
hari terakhir untuk tahun 2017....moga kita menjenguk ke 2018 dengan kenangan manis. yang pedih, duka tu biarlah tertinggal di 2017.

saya mengakhiri hari bekerja 2017 dengan kemengantukan yang teramat sepanjang sesi pagi tadi. alhamdulillah untuk petang ni mata dah makin cerah.

kisahnya, petang semalam sebaik memasuki Pulau Pinang (saja-saja meronda kata husband), mak mertua call bagitau sepupunya di Perak meninggal dunia. nak pergi ziarahlah. oleh kerana hari ni saya bekerja maka kami buat keputusan untuk pergi dan balik malam tadi juga. 
dari Pulau Pinang nak bergerak balik ambil masa juga. singgah makan dan solat magrib di perjalanan akhirnya tiba di rumah sekitar jam 9 malam.

diringkaskan cerita, kami bergerak ke Ipoh sekitar jam 11 malam. tiba di sana pukul 1 lebih. mengantuk tak sangga dah...maka saya ambil kesempatan baring dan terlelap sekejap di sana. kebetulan rumah masih sunyi (tengah malam katakan).....belum ada kunjungan kecuali adik beradik arwah.

lebih kurang jam 3.30 pagi bergerak balik ke Kedah. memang lelaplah dalam perjalanan sebab duduk kerusi belakang temankan anak dara kecil. angin apa ntah nak dekat-dekat dengan umie dia ni.tapi tu laa, tidur dalam kereta tak sama dengan dalam bilik. sekejap2 terjaga. 

sampai dengan selamat di rumah jam 6 lebih....alhamdulillah.sempatlah baring sekejap lepas solat.
bila masuk kerja memang macam orang mabuk. mengantuk dan lenguh-lenguh badan.
sejak umur bertambah banyak ni selalu juga lenguh badan kalau lama sangat dalam kereta. dulu2 masa rajin berkonvoi amal, ok ja. walaupun masa tu posisi duduk dalam kereta memang tak normal sebab kena rakam gambar & video sepanjang jalan. sekarang ni sorry la...tak mau buat dah macam tu. kesian kat badan.

hari ni...selesai buat pendaftaran sekolah untuk anak dara kecil. selesaikan yuran dan bayaran untuk buku serta kelengkapan sekolah. untuk anak-anak istimewa ni tak banyak yang dibelanjakan. keperluan sekolah mereka tak seperti anak-anak tipikal. 

esok bermulalah sesi membangunkan anak dara kecil ni di awal pagi. moga tahun ini dia lebih mudah bangun pagi...tak ada lakonan sakit sana sini lagi hendaknya.
kalau ikutkan umur, tahun 2018 dia berada di usia anak-anak UPSR....

moga dengan peningkatan usia, anak dara kecil ini semakin bijak menjalani kehidupan seharian dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

google pic


**memasuki 2018 ada beberapa agenda baru dalam ekonomi rumahtangga kami....mohon pertolongan sahabat untuk mendoakan ianya menjadi kenyataan dan berjalan dengan sempurna.


**Al Fatihah buat arwah yang meninggal petang semalam. moga Allah mengampuni semua salah silapnya dan menerima semua malan baiknya serta ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman.



17 December 2017

KE HTF UNTUK KALI KE DUA

salam sejahtera...
satu lagi hujung minggu berlalu pergi...

kisah kami pada hujung minggu baru ni?
tak ada apa sangat pun sebab suami ke KL atas urusan peribadi. Sabtu pagi dia sampai ke rumah semula. plannya nak masak sebelum dia sampai rumah, baru ja selesai shopping kat pasar tani dia call ajak sarapan kat luar. rupanya dah nak sampai rumah pun.

maka bila dah keluar tu, mula la beratur-atur urusan luar rumah. niat memasak tinggal niat saja. semua belian masuk peti ais dulu.

jam 3.30 petang bergerak ke Kangar melawat suami kepada ibu mertua tiri saya (mak tiri suami) yang masih dirawat di ICU HTF. suami dah terkebil-kebil mengantuk. dia start drive dari KL sekitar jam 4 pagi lagi. maka saya take over pemanduan...risau sebab dia boleh ja terlelap masa memandu.....satgi semua pakat-pakat berehat kat hospital plk. bila saya drive, lambat la sikit nak sampai....pemandu berhemah katakan..kenderaan pun banyak. lepas singgah solat di Changlon barulah husband drive semula. sampai kat HTF sekitar 6.45 petang. ada 15 minit untuk melawat. cukuplah tu sebab melawat pesakit ICU mana boleh nak sembang/duduk lama-lama.

alhamdulillah, pakcik nampak makin segar. dah dihentikan ubat tidurnya. cuma dipasangkan tracheostomy maka tak bolehlah dia bersembang. jangkitan pada dadanya terkawal. kata makcik, dressing di bilik pembedahan dibuat selang sehari. dressing kena buat di bilik pembedahan sebab kawasan yg terlibat agak luas dan juga untuk pastikan steriliti terkawal sempurna.

apa sakitnya?.....bermula dengan bisul di ketiak, kemudian melarat hingga ke bahagian tisu yg lebih dalam melibatkan dada kanan di depan dan belakang.alhamdulillah tidak memasuki tisu paru-paru.

jadi isunya....jangan anggap bisul yang kecil itu suatu penyakit yg ringan dan mudah. ia boleh merebak dengan cepat dan mengancam nyawa pesakit apatah lagi bagi pengidap kencing manis yang tahap ketahanan badannya adalah lebih rendah.

moga pakcik terus kuat melawan jangkitannya dan dapat kembali pulih seperti sediakala.


agak senang melawat di ICU HTF ni....terletak di tingkat 1 bangunan (di tepi Jabatan Kecemasan). boleh bawa anak sampai ke situ tapi tak boleh masuklah....anak tunggu kat luar ja. nak masuk melawat cuma ambil pas pelawat, gantung kat leher dan boleh masuk tanpa masalah. sekali masuk hanya dua pelawat sahaja utk seorang pesakit (sama di mana2 hospital). tak risau nak bawa anak sebab tak perlu tinggal jauh kat parking.tapi, nasihat saya kepada yang ada anak-anak kecil, tak payah la bawa ke kawasan hospital. banyak cross infection yang boleh berlaku. tinggal sekejap dengan saudara mara di rumah atau dalam kereta. kita yg dewasa ni bergilir-gilirlah melawat pesakit. anak saya dah 11 tahun lebih, sebab tu saya bawa. 

selepas melawat pakcik, bawa adik ipar makan dan belikan makanan untuk makcik dulu kemudian baru kami bergerak balik....tapi tak terus ke rumah.
menyinggah ke destinasi makan kegemaran suami. uptown tepi stadium Alor Setar....cari nasi lemak. dan saya dapat ketagihan baru di sini ie teh tarik ais....memang power tehnya (mujoq depa dok di aloq setaq takleh nak pi selalu)...bahaya kalau diamalkan selalu. sekali sekala nak layan selera bagi chance la kannn....berbaris jugak nak beli teh tarik ni pun.

gerai nasi lemak...
beroperasi setiap hari dari jam 6 ptg hingga 12.30 malam
cuti tak tetap....aka ikut keperluan empunya gerai

simple tapi sedap...boleh ketagih jugak ni

the night view


macam biasa......gangguan siaran


selesai jamu selera baru balik rumah...tup tap tup tap dekat pk 12 juga baru sampai. masalahnya tak boleh nak tidur plk...tak mengantuk. encik suami hanyut dibuai mimpi entah ke mana....cik akak ni pk 3.30 pagi dok terkebil2 lagi...pk berapa ntah terlelap. penangan teh, kopi dan seumpamanya kot. hari ni kerja dalam mengantuk.....mujoq takdak bos...sendiri bos, sendiri kuli.