Showing posts with label sembang kosong. Show all posts
Showing posts with label sembang kosong. Show all posts

12 July 2017

ZIARAH RAYA SECARA BERHEMAH

salam sejahtera...
salam syawal...

dah pertengahan syawal pun...tapi takpa, raya kan sebulan.ziarah kan sepanjang masa.

anda yang sibuk dengan urusan rumah terbuka/kenduri kahwin, moga semua urusan berjalan lancar.

kami seperti biasa. tak ada rumah terbuka. sesiapa nak datang, boleh ja bila-bila masa dengan syarat bagitau dulu. mana tau kan, penat2 datang tuan rumah tak ada atau tuan rumah ada tapi tak sempat nak sajikan menu sedap. almaklum, kat rumah memang tak ada buat stok bahan-bahan untuk masakan. semua beli pada hari nak masak atau sehari sebelum tu sebab kedai dekat sahaja. 

mungkin ada yang berpendapat, nak datang rumah pun kena bagitau dulu? macam tak sudi terima tetamu.
bagi saya, ia adalah untuk keselesaan tuan rumah. orang nak datang rumah kita takkan kita tak nak sediakan apa yang patut. rumah pun nak juga kemaskan sedikit sebanyak. biar tetamu juga selesa dan puas hati.
kami juga, bila hendak berkunjung ke rumah orang lain pasti akan beritahu terlebih dahulu sekalipun pada hari raya. tak seronok rasanya bila kita sampai di rumahnya, tuan rumah sedang beraya di rumah orang lain dan terpaksa bergegas balik untuk melayan kita. seboleh-bolehnya,biarlah semuanya berlaku dengan teratur. tuan rumah tidak kelam kabut, tetamu tidak berkecil hati. bonusnya bila tuan rumah sempat masak hidangan istimewa buat kita....hihi..


perjalanan Aidil Fitri kami pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya...

apa yang berbeza?
next entry...


selamat meneruskan kemeriahan Syawal...
maaf zahir dan batin








20 June 2017

BEBELAN NAK CUTI

assalamualaikum...
salam sejahtera...
Ramadhan ke 25 dah.....sekejap saja masa bergerak.
mesti ramai yg dah siap planning nak balik bercuti raya kat kampung masing-masing. jangan ada yg bergaduh dan berkecil hati sesama pasangan pula. ambil giliran dengan adil dan saksama.
senang cakap kannn?hihi..nak melaksanakan tu bukan mudah tambah-tambah kalau cuti pendek..untuk orang yang tak ada ibubapa macam saya ni takla pening sangat nak fikir balik rumah mak/ayah mana. ada seorang mak mertua dan seorang lagi mak mertua tiri. raya kat rumah sendiri, lepas tu ke rumah mak mertua....settle yang utama. habis yang tu bolehlah nak merayau ke mana2 pun tapi biasanya ke rumah adik-beradik yang dekat-dekat ni dulu.
cuma tahun ni plannya nak ke rumah adik beradik arwah bapa dan emak pada hari raya pertama....moga-moga sempat... 


kat utara ni jalan dah mula sesak sebenarnya....nanti masuk hujung minggu lagilah padat.makanya, nak bergerak pada petang raya tu amat mencabar. sebab tu saya jarang berada kat jalanraya pada waktu petang di musim raya. tapi tahun ni rasanya kena redah juga.dah moga cuaca cerah sepanjang hari.


you all pun, yang nak bergerak banyak pada musim cuti ni, rancanglah betul-betul. yang penting minda kena prepare siap-siap untuk hadap jem. bila kita dah mentally prepared, insyaAllah tiada rasa amarah dalam jiwa, tak ada rushing dan boleh enjoy the day.

yang ada anak-anak kecil tu, jagalah pemakanan mereka supaya tak ada yang perut meragam diperjalanan...sebenarnya anak kami si nabila tu pun ada kalanya buat kalut dalam kereta (nak ke toilet) sebab jenis makan tak boleh nak halang.jadi ke mana-manapun pergi, dari kecik sampai sekarang, ada satu beg untuk dia. bawa baju spare. lengkap sepasang dengan tuala dan sikat. kadang-kadang bawa lebih. bila kat rumah adik beradik mesti bagi dia ke tandas siap2.


oklah dulu.....
selamat membuat persiapan menyambut aidilfitri.
selamat menjalani ibadah puasa dan menambah ibadah2 lain di bulan mulia ini.

jaga kesihatan....jaga keselamatan.


jangan lupa berdoa sebelum menaiki kenderaan...mohon Allah lindungi bukan sahaja diri dan keluarga kita tetapi juga semua pengguna jalanraya yang lain.
ramai-ramai berdoa, moga Allah terima doa kita.


***kat Kedah dan Penang semua tol pakai kad....no cash.
sila top up kad touch & go siap-siap.





12 June 2017

AIR OH AIR

salam sejahtera...
Ramadhan ke 17 dah hari ni....
menuju ke 10 malam terakhir...moga amalan dapat ditingkatkan lagi.

Ramadhan di kawasan kami agak mencabar tahun ni. cuaca yang sebelumnya sentiasa hujan dan dingin, bertukar secara tiba-tiba. terus panas dan kering. sekali sekala berangin sepoi-sepoi bahasa menghilangkan bahang.

Menambahkan keresahan bila bekalan air paip selalu terganggu. alhamdulillah, fasa perumahan yg saya duduki tidak terlalu teruk terjejas. sekali sekala terhenti dalam jangka waktu yg singkat. kemudian alirannya perlahan di selang seli dengan air paip yg laju.
Namun di beberapa fasa perumahan yg lain, air terhenti beberapa jam. ada kalanya melebihi 24 jam. begitu juga di kampung dan taman-taman perumahan lain di Kedah.

Jadi, kepada anda yang akan  balik kampung, berhari raya di Kedah, harap membuat persediaan lebih awal. tanyakan keluarga di sini sama ada rumah mereka terlibat dengan masalah air ini (ada kawasan yang elok sahaja bekalan airnya). jika ada masalah bekalan air, mungkin perlu bawa bekalan pakaian yang lebih terutamanya jika ada anak kecil. bersedia juga untuk beratur di kedai-kedai dobi. permintaan pasti meningkat di musim perayaan. tambahan pula pasti ada yang menutup operasi beberapa hari sempena cuti umum. musim perayaan tahun lepas ramai yang menghadapai masalah tiada bekalan air paip. dijangka tahun ini juga akan berlaku perkara yang sama.


masalah yang entah bila akan berakhir.
sabar.....







03 March 2017

CELOTEH JUMAAT

assalamualaikum...
selamat tengahari...

March yang penuh debaran...alhamdulillah melepasi fasa yang sukar.
moga terus diberi ketenangan dan kemudahan oleh Allah swt untuk terus menjadi hamba yang dikasihiNya.


Bagi yang sedang menghadapi fasa sukar, teruskan berdoa. InsyaAllah Dia tak akan biarkan kita. Ujian dariNya untuk melihat kesabaran dan keimanan kita.Teruskan juga berusaha kerana sekadar doa tanpa usaha tiada penyudahnya juga.


Alhamdulillah juga...pada 1/3/17 mak mertua telah selamat tiba dari tanah suci setelah selesai menjalani ibadah umrah. tiba dalam keadaan sihat kecuali suara yang serak....mungkin kurang minum di sana.


alhamdulillah juga....kemarin 2/3/17, anak saudara sepupu (anak menakan pupu kata org Kedah) telah selamat melahirkan anak pertama...bayi perempuan.
melangkah ke alam perkahwinan mereka juga diuji dgn pelbagai kesukaran dari luar hingga hampir membatalkan semuanya...namun jodoh diatur Allah. cinta sejati pasangan muda teguh diikat... moga mereka bahagia hingga ke syurga.
nanti nak balik kampung tengok cucu menakan.....nama apa pun tak tau lagi..


Itu dulu celoteh untuk hari ini...

sesiapa yang tak sihat dan yg sihat tapi nak maintain tenaga boleh wassap untuk beli suplemen yang selamat...

guna nombor ni.....0107796751.




Selamat menghayati Jumaat yang mulia.





26 February 2017

4 HARI JA PUNNNN....

salam sejahtera....

hari ke 4 kena tinggal....
macam mana la orang yg PJJ...berbulan-bulan baru jumpa..
Ni 4 hari pun rasa lama sangat dah.
malam ni dia balik....moga perjalanannya dilindungi Allah dan selamat tiba ke pangkuan kami. tak beli apa-apa pun tak pa asalkan balik sihat sempurna.
Penat juga dah dok asyik kena jawab soalan Nabila...sehari tak tau la berapa kali...asyik tanya ja  "abah mana?"...

Encik suami ke Sabah atas urusan kerja...tapi nampak macam jalan-jalan ja pun...hehe... nak buat macam mana kannn....memang kerja dia macam tu. buat event so banyak jalan-jalan. kadang jeles pun ya jugak....rasa nak ikut ja tapi dah kerja. terpaksalah kena tinggal.


hari Rabu nanti mak mertua pula balik dari umrah....moga selamat juga semuanya.
17/2/17 berangkat ke Madinah....pulang pada 1/3/17. Peluang yang dinantikannya. Sangat bersemangat. Semua buat sendiri....daftar dengan group pun buat sendiri senyap-senyap ja....tiba-tiba ajak hantar pergi kursus. Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar.Moga perjalanannya dilinungi Allah dan mendapat umrah yang mabrur.

Moga dipanggil pula untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji akan datang....InsyaAllah....





06 February 2017

ANAK MRSM

salam sejahtera...
Februari 2017 menghampiri penghujung minggu pertama. hari ini 6/2/17 adalah hari pendaftaran pelajar2 MRSM untuk tingkatan 1 dan 4.
Tahniah kepada anak-anak yang berjaya menghuni MRSM seluruh negara. Moga peluang yang diberi dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Ramai yang berebut untuk berada dalam kelompok pelajar MRSM kerana kredibiliti tenaga pengajarnya yang cemerlang. Dengan persekitaran pembelajaran yang baik memungkinkan pembentukan individu yang cemerlang akademik dan sahsiahnya.

Bagi bekas pelajar, pasti keinginan meneruskan legasi gelaran pelajar MRSM di kalangan anak-anak adalah tinggi. Tahniah kepada sahabat2 yang berjaya memperolehi peluang ini untuk anak masing-masing.

Moga pihak MARA dapat bertahan dan terus berjuang untuk membantu kejayaan bumiputera.





13 April 2016

UJIAN DARINYA...

salam sejahtera....

cuaca masih panas membara......
2 hari lepas hujan turun agak lebat sekitar jam 12 malam....paginya berawan mendung.ingatkan musim kemarau makin berakhir.rupanya telahanku salah belaka.
bagaimanapun alhamdulillah, bekalan air di rumah semakin baik. cuma bila sembang dengan patient yang datang klinik ni rasa simpati pula dgn mereka.masih banyak kawasan kampung yang mengalami gangguan bekalan air.bukan setakat air perlahan sekarang ni, malah banyak rumah yang langsung tak ada air.

seorang makcik bagitau di rumahnya langsung tak ada air sejak hujung bulan februari....maknanya dah sebulan lebih.mengharapkan air dari SADA yg masuk setiap 3 hari sehari..org SADA pun penat juga, ke hulu ke hilir hantar air, siang malam kerja demi membantu rakyat yg memerlukan.yang ada perigi @ telaga pun dah makin kering.


kadang saya terfikir, apakah ini secebis balasan yg Allah berikan kepada kita atas kelalaian kita akan perintah2Nya.walau bukan semua yg alpa tapi Allah pasti menurunkan balasan kepada seluruh alam agar menjadi pengajaran dan panduan.

moga kita semua kembali insaf akan kesilapan masing2...cuba berusaha memperbaiki amalan dan kehidupan agar berada di landasan Islam yg benar.sebagai individu yg bukan siap-siapa, kita mulakan sahaja dari dalam rumah sendiri, untuk ahli keluarga kita.

moga Allah menyayangi kita semua.










29 October 2014

NASI GORENG BERLAUK

salam sejahtera semua....

dah masak untuk lunch?...saya belum lagi...tak masak kot hari ni.kerja dan rasa macam takdak mood ja...nak masak mesti ada mood sebab kalau dipaksa-paksa confirm makanan tu jadi tak sedap.tengah ada mood masak simple-simple pun sedap.

bila SU takdak kat rumah kami anak-beranak biasanya makan simple ja...mana yg sempat...hihi.
salah satu menu simple saya ialah nasi goreng berlauk ni.

beli ikan kembong bakar dengan sambal belacan dari kedai sebelah.nasi pun beli juga...(ishhh...).
balik asingkan isi ikan.
potong bawang putih & bawang merah.
karot potong dadu (tak guna sayur campur ready made tu sebab budak-budak tak suka).



kemudian...
tumis bawang...
masuk isi ikan....biar garing sikit.
masukkan karot diikuti telur.
kacau2...
masukkan nasi.
tambah garam & sedikit perencah nasi goreng ayam dan kunyit.

nasi goreng berlauk

gaul rata....
saya keluarkan sikit dari kuali untuk bahagian nabila....kemudian masukkan sambal belacan ke dalam nasi yg masih dalam kuali tadi.
gaul rata sekali lagi....
sedia untuk dimakan.
selamat untuk lunch....

dinner kira lain plk..

simple kan?....janji sedap & licin dimakan...
kalau SU ada jarang masak macam ni sebab dia kurang sikit dengan nasi goreng.

PERLUKAN BANTUAN UNTUK ALAHAN KULIT?


22 October 2014

AKTIVITI PAGI DEEPAVALI

salam sejahtera untuk semua....


cuti sekolah yang panjang minggu ni....seminggu untuk sekolah menengah.dua minggu untuk si kecik sebab sekolahnya perlu renovate lagi..."re renovate" sebab yg buat baru-baru ni tak ikut spec.budak kecik ni dah boring duduk rumah...moga2 Ahad minggu depan boleh start semula.tak perlu extend macam dulu.

ummienya tak cuti hari ni...cuti-cuti yang tak berkenaan semua dah kumpul bawa ke raya puasa, raya haji dan cuti makan angin.

pagi tadi cuaca sangat best...sejuk berkabus.


keluar ke belakang tengok kerja yang belum settle.hari Sabtu baru ni dah cangkul pokok serai ni sebab dah tak elok.tapi dalam rumpun yang tak elok tu ada juga yang masih segar.tertangguh2 kerja maka pagi ni selitkan masa untuk siapkan proses pokok ni sebab takut rosak kalau biar berhujan berpanas lama-lama.sayang pulak.


nampak macam banyak tapi bila dah bersihkan dapat banyak ni saja....
ini yang elok.tak tau nak buat apa dengan serai ni maka ambik keputusan sedekah kat kawan yang berniaga kedai makan.kalau simpan pun rosak juga nanti.nak jual sikit sangat..jadi lebih baik bagi orang.

yang kecik-kecik lebih kurang sebanyak ini juga...buat benih tanam semula.
baru tanam separuh...yang separuh lagi rendam dulu...Sabtu nanti tanam sebab kena bersiap untuk masuk kerja.plannya nak duduk luar setengah jam saja tapi dah terlajak ke hampir sejam.
sambil-sambil tengok pokok bunga dan pokok daun.



near future task....trim pokok bunga ros dan pokok bunga raya.
dalam proses membonsaikan bunga raya....harap-harap menjadi...bukan pandai sangat pun.


13 June 2014

I'M BACK

salam....
mak oiii....
lamanya tak post kat sini....

sementara nak taip entry baru....
layan sat muka budak kecik ni....


latest....bulat dah...

21 May 2014

KETAGIHAN TEH

salam sejahtera...


hari ni Kedah cuti....cuti peristiwa sempena kemangkatan Tengku Bendahara Kedah awal pagi tadi...semua perkarangan sekolah jem tiba-tiba sekitar jam 9.30 ke 10.30 pagi bila semua waris datang untuk ambil anak masing-masing.
awal pagi SU ada bgtau sekolah cuti tapi oleh kerana musim peperiksaan saya hantar juga budak berdua ke sekolah...pukul 10 abahnya pi ambik...hehehe..

saya tak cuti pun sebab nanti bulan 6 nak cuti...so kita carry forward cuti ke situ saja....ada reunion universiti nanti...rugi plk kalau tak hadir...dah musim cuti sekolah....mengimbau nostalgia zaman uni di Kelantan...tak sabar rasanya.dah 20 tahun sejak graduasi...cepatnya masa berlalu....semua fizikal berubah namun jiwa tetap sama...jiwa muda...hiiii....

hari ni sebenarnya nak tunjuk gambar ni...


teh ais kegemaran kami sekeluarga...boleh ketagih dibuatnya.
memang tak elok amalkan teh ais sebab kandungan gula yang tinggi,kandungan kafein serta pewarna yang tidak elok untuk kesihatan.tapi bila tiba rasa ketagihan tu....mana boleh tahan dah...mesti nak cari juga.istimewanya teh ais ni...beli pagi boleh minum sampai petang...rasa maintain ja....memang rasa yang terbaik...susu & teh seimbang.
tengok tokey ni bancuh....guna tin susu saja pun...tak ada kole besar.
sebab tu sedap kot....wallahualam.
***teh ais Pak Abu Tg Dawai***





24 April 2014

KES LUPA

salam semua....sihat bahagia hendaknya semua yang membaca di sini..

kisah hari Khamis 24.4.14.
pagi-pagi isteri keluar dulu untuk ke tempat kerja...tengah kerja suami masuk ofis...
"yang...minta kunci...kunci ayg tertinggal dlm bilik...wallet semua tak ambik lagi".
isteri senyum-senyum ja...
"nah...kunci syg ada dlm kereta...ambiklah...satg wakmai balik kunci kereta tu"
kesnya...isteri pun malas nak keluar masuk ofis pi buka kereta tu...

menjelang tengah hari...
suami call..
"baca mesej dak?"
"dakpun...syg keluar pi beli lauk kedai sebelah...tak bawa phone..awat?"
"semua kunci ada kat ayg ni...kunci rumah syg..kunci kereta syg..."...sambil gelak.
"laaa..."
"lupa nak bagi...cemana ni?"...tanya plk si suami ni.
"ayg ada mana ni?"
"pulau" (penang)
"cemana lagi...tunggu ayg balik lahhh...syg duduk sini ja lahhh"

maka...bertapalah si isteri kat dalam ofis ni sepanjang break 4 jam ni....semua plan dibatalkan...
lauk budak2 suruh staf tolong hantar pi rumah.nak suruh anak mai ambik pun tak boleh sebab kunci motor dalam bilik.
mujur jugak budak2 berdua ni ponteng sekolah hari ni...kalau dak, depa pun bertapa kat sekolah sementara abah nak balik...hehehe...confirm bebai.

sekian kisah untuk hari ini.

MASALAH SAKIT SENDI?


02 January 2014

PEMBUKA KALAM

salam sejahtera buat semua...

hari ke 2 untuk tahun 2014...
selamat memulakan persekolahan kepada yg baru bermula hari ini....orang Kedah dah masuk hari ke dua.
yang di rumah ni.....along dah masuk form 5
nurul dah masuk form 4......(PMR alhamdulillah baik2 saja walaupun asyik melangut TV).
nabila dah ....hmmm..... kat situ juga lagi....tapi akal makin meningkat dengan pesat.
walaupun Disember sekolah dibuka,nabila tetap bercuti sama macam abg & kakaknya....kawan-kawan nabila pun sama.Ahad nanti baru sama2 nak mula sekolah.

2013....
banyak kenangan yang ditinggalkan...
paling memberikan impak adalah bila kakak saya didiagnosakan dengan 'breast cancer'.perjalanan hidup agak kelam kabut buat seketika namun alhamdulillah keadaan semakin baik menjelang penghujung 2013....moga makin bertambah baik selepas ini.

pahit manis dalam kehidupan adalah lumrah...tiada manusia yg tidak diberikan ujian olehNya.....sama ada ujian dalam kesukaran atau ujian dalam kesenangan.
Allhamdulillah...dengan setiap ujian itu akan lebih mendekatkan kita dengan Allah swt.


selamat mengharungi kehidupan...moga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNya.

21 November 2013

SIHAT...TAK SIHAT

salam...

esok dah Jumaat...complete seminggu bekerja dlm keadaan tak selesa...mula sikit2 hujung minggu lepas...ting tong terus minggu ni.tapi kerja tetap kerja.
ramai sangat yg batuk depan muka kita...then tengok banyak tekak yg merah....dah tentu2lah terjangkit sekali.
suara pun masih 'rock' lagi.alhamdulillah lebih baik berbanding kelmarin...bukan penyanyi ja yg susah kalau suara hilang...doktor pun....nak sembang banyak2 dgn patient pun tak boleh.kelmarin dapat seorang patient yg juga hilang suara...hehe..sama2 'rock'lah kita kak...
(cikgu pun payah jugak kalau takdak suara kan?...budak2 buat bising cikgu takleh nak jerit....).

budak kecik nabila macam suam2  malam tadi...pagi ni alhamdulillah ok ja.harapnya taklah berjangkit kat dia.susah nak duduk jauh dari budak ni...larang pun tak mau faham.asyik dok mai kissing kat muka kita.nak tidur pun nak berkepit2 juga.
Ahad baru ni nabila kena inject booster dose...dua2 bahu sekali.bahu pertama ok..bahu ke dua melalak jugak.dua orang kawan sebaya dia bagus...sengih2 ja lepas kena inject.budak kecik ni biasalah...drama queen...sampai hari ni dok sakit lagi bahu tu...kononnya lah.lepas inject tu terus bagi PCM utk kurangkan sakit.melantak tidur selama 2 jam lepas tu (nabila dah tak tidur siang sekarang ni)...alhamdulillah tak ada apa2 reaction utk dia (baca kisah2 reaction to immunisations kat internet ni agak merisaukan juga).

tindakbalas alahan kepada suntikan pelalian memang ada cuma jarang berlaku..maka perlulah kita pertimbangkan kebaikan & keburukan sesuatu pelalian itu untuk kanak2.dulu saya mmg agak 'firm' dengan suntikan ni tapi bila dah lama2 kerja ni saya agak berubah perspektif sikit....maksudnya,tidak lagi mendesak pesakit untuk memilih apa yang kita nak.terangkan keperluan sesuatu prosedur,kepentingannya,akibat kalau tak dibuat & risiko2 andai ia dilakukan...then the choice is back to the patient/parents...keputusan di tangan pesakit/ibubapa sendiri.

sekian untuk hari ini....nak balik rumah ni...hiii
assalamualaikum.


20 June 2013

TIGA BERADIK

salam...

moga diberi kelapangan pada hari Sabtu ini untuk memperbetulkan keadaan pokok2 bunga yg ditanam di kawasan rumah....
jiwa kacau bila melihat kebanyakannya rosak dikerjakan oleh makhluk bertiga yang semakin rancak beraktiviti di rumah.
marah pun tak guna.....tiga2nya tak faham bahasa.

dalam kekalutan meguruskan keadaan my sis...pokok2 semuanya diabaikan seketika.
sekarang keadaan kembali stabil...moga hujung minggu sehari kali ini dapat dipergunakan sebaiknya (walau ada yg telah 100% pasti tidak dapat diselamatkan)...

 'belang'
 'cemey'
'pok'
muka tiga beradik yg makin terlebih aktif.....

*****ooo.....sabtu ni Dato' MB akan ke kawasan taman ini ..........tengok pokok sajalah....takyah sibuk2 nak jumpa MB...biar SU ja yg ke situ*****

14 April 2013

LUNCH

salam ukhwah...


lunch apa hari ni?
ramai yang masak istimewa kot sebab hari ni bercuti.
saya hari ni lauk beli2an saja....ready made.
oleh kerana en SU tak ada kat rumah maka tak perlulah bersusah payah sangat nak masak bagai.balik kerja, ambil budak sekolah lagi...kalau masak tak sempat plk nak melepak melayan budak kecik.
budak2 ni pun tak kisah sangat...makan seadanya.

malam nanti en SU balik...maka esoklah kita main masak2.

SU ke Phuket Thailand...bawa orang (kawan) yg teringin nak ber"songkran"....moga orang yg dibawa tu berpuas hati.

***selamat menjamu selera....***

11 February 2013

PENDEK SAJA

salam sejahtera...

masih dalam mood bercuti?
budak2 sekolah cuti seminggu...lega.takla rasa kalut dengan macam2 acara.
cuti2 ni macam biasa...banyak kenduri kahwin.
selamat pengantin baru kepada sesiapa yg menjadi pengantin....moga bahagia berkekalan.
teringat kemelut cinta Shila Amzah bila sebut2 bab kahwin ni....sabar la shila.moga bertemu jalan penyelesaian terbaik.
bercinta tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan dan sebuah perkahwinan yg aman bahagia juga tidak semestinya bermula dengan percintaan.bercinta selepas kahwin pun ada manisnya.
yang penting,jangan membelakangkan ibubapa dalam kita mencari bahagia hidup berkeluarga.

selamat bercuti...
selamat berkenduri...


18 January 2013

HUJUNG MINGGU

assalamualaikum/salam sejahtera..

weekend yg panjang utk budak2 sekolah minggu ni..
Ahad cuti umum sempena birthday Sultan Kedah.
hujung minggu depan pun tiga hari juga sebab Khamis Maulud Nabi.
maknanya minggu depan sekolah 3 hari saja....bestnya depa.

bila cuti umum banyak macam ni teringat zaman kerja kat klinik kesihatan...best.cuti banyak...boleh adjust bersambung2 plk tu sebab tak ada call.cuma kena pandai susun jadual follow up patient...kalau tak nanti habis cuti jenuhla mengadap....sampai ke petang tak habis tengok kes lagi.
masa kat hospital semua cuti2 ni tak bermakna sangat...kerja berjalan macam biasa.
bila kerja sendiri...cuti2 yg wajib kena ikut la...yg sunat2 tu atur sendiri.macam Maulud Nabi saya tak cuti...nanti raya nak cuti panjang.tu tak masuk hujung2 tahun cuti nak konvoi plk...hehehe..

hari ni kengkawan G-two girls ada yg pi jalan2 ke Hadyai...balik Ahad nanti.depa ajak tapi takleh nak ikut sebab hari ni kerja.teringin jugak la kannn...selalu pi dgn family & geng avanza...ni lepak2 dgn geng sekolah lama.mesti lain suasananya.hope you all enjoy la geng..floating market jgn lupa..

notes:
tadi review luka kaki patient mlm tadi...alhamdulillah nampak elok ja buat masa ni.Khamis depan review sekali lagi utk STO (buka benang).



28 December 2012

BYE..BYE..HAI..HAI...

salam...

minggu depan dah nak sekolah...
minggu depan dah tahun 2013...

2012 ditinggalkan dengan baaaaanyak kenangan pahit manis..
banyak sungguh perkara yg berlaku tahun 2012 ni..
boleh masuk kategori happening..
yang best...yang tak best..semua ada...

2012 banyak memberi pengajaran dalam hidup saya...
semoga 2013 memberi laluan yg lebih lancar..
sedang cuba mengatur langkah dengan lebih baik..


06 September 2012

KERJA SAJA

salam...

tengah kelebek function kat PC...buat homework cik nurul...
baguih kan budak ni.....homework guna PC pass kat umie...
tapi umie tak kisah...boleh jugak refresh benda2 yg dah lama tak buat.

***member dia punya pun kena buatkan jugak...boleh charge servis dak??...hehehe