Showing posts with label teman yang kehilangan. Show all posts
Showing posts with label teman yang kehilangan. Show all posts

18 July 2013

DI SAAT KITA BERGEMBIRA.......ADA YANG BERDUKA

salam...

ramadhan ke 9....
cuaca sejuk...hujan sekali sekala.....alhamdulillah.
moga hari ini kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.

mesti ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya kan?
dalam kita bergembira,jangan lupa kepada insan2 yang kurang mampu dan golongan2 yang sedang diuji.

saya baru saja berbual dgn seorang ibu yang baru kehilangan anak tersayang..anak yang lahir sebagai anak istimewa namun membesar dengan baik..sudah mampu berlari & bercakap.namun ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menahannya.
siangnya dia aktif...malamnya muntah dua kali....dan itulah pengakhiran hayatnya.
satu ujian hebat buat ibu ini....
dipinjamkan anak ini selama 2 tahun+.

tabahlah umie...tabahlah abah....tabahlah abang2 berdua......
Allah yang menentukan jalan anak syurga ini....
moga hari2 mendatang kalian sekeluarga sentiasa di dalam rahmat & keberkatan Allah.

hari ini adalah hari ke 21 pemergian arwah....dan saya juga mengenali arwah sejak dia di dalam kandungan ibunya lagi...

Takziah & Al Fatihah.

25 June 2013

MOGA SAYANG CEPAT SEMBUH

salam....

malam tadi selepas habis kerja kami sekeluarga bergerak ke rumah adik sahabat yg baru kehilangan isterinya.....entry di SINI.
ada majlis tahlil selepas permergian arwah memasuki tempoh dua minggu.memang tidak sempat untuk majlis tahlil tersebut yg diadakan selepas Isya...sekadar menghadirkan diri memenuhi jemputan seorang sahabat.

saat ini anak yg paling kecil pula mengidap demam panas (selepas abangnya)......sayu saja melihat wajah si kecil ini (mirip arwah ibunya)...berusia 5 tahun pastinya sangat merindui ibunya terutama sekali dalam keadaan tidak sihat seperti ini.

moga anak2 ini dilindungi Allah dan diberikan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.

12 June 2013

PEMERGIAN YANG TIDAK TERDUGA

salam...
dalam mood kemengantukan....

apabila kita diberi ujian...seketika kemudian kita akan diperlihatkan dengan ujian utk orang lain pula agar kita tidak mengeluh & berputus asa....
berapa kali kita bertembung dgn situsi seperti ini?
saya?...memang kerap sebab setiapp hari saya berjumpa dgn orang yg mempunyai pelbagai masalah....kesihatan,emosi,keluarga dsb.

kisahnya...
awal malam tadi kami menerima berita pemergian adik ipar seorang sahabat NARC....kematian yg tidak diduga.dalam keadaan kesihatan yang baik (tanpa pernah mengalami sebarang penyakit) arwah tiba2 mengalami bengkak kaki dan beliau dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.belum sampai seminggu beliau dipanggil kembali kepada Penciptanya....seorang isteri & ibu dalam usia 30an..meninggalkan 4 orang cahaya mata berusia antara 5 tahun sehingga 13 tahun......

punca kematian dikatakan sebagai 'kegagalan buah pinggang' namun apakah punca kepada kegagalan fungsi buah pinggang itu masih belum diketahui.masih menunggu keputusan biopsi.pemeriksaan post mortem juga telah dilakukan malam tadi.

bersama ahli keluarganya,kami mengiringi jenazah dari Hospital Bukit Mertajam sehingga ke rumah keluarganya.jenazah selamat tiba ke kampung halamannya sekitar jam 3 pagi.majlis pengkebumian dilakukan pagi ini.kami hanya berada di situ sehingga jam 5 pagi....bergerak kembali ke rumah & selamat tiba sekitar jam 6 pagi tadi.

agak lega kerana semasa di rumah arwah awal pagi tadi anak2nya sedang tidur..saya tidak dapat membayangkan apakah reaksi anak2 arwah apabila melihat sekujur tubuh kaku ibu mereka....sedangkan adik2nya juga tidak berhenti mengalirkan air mata apatah lagi anak2 yang saban hari bersama ibu mereka (seorang suri rumah)...syukur kerana saya tidak diberikan peluang melihat detik pilu itu.

semoga Arwah ditempatkan bersama hamba2Nya yang beriman...
semoga suami arwah bersabar & kuat menghadapi ujian berat ini (suaminya tidak sempat untuk bersama Arwah diakhir hayatnya....beliau keluar sebentar dari wad kerana melihatkan keadaan arwah yang agak baik berbanding hari sebelumnya).

ALFATIHAH.....



02 April 2013

KEMBALI KEPADANYA....ALFATIHAH

assalamualaikum buat semua:

pasti ramai yang membaca & mengetahui tentang kisah kasih sayang seorang suami bernama ABIL yang pernah diterbitkan di akhbar & tv.


mendapat berita dari blog & fb AI..
isteri kesayangan saudara Abil telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

sama2 kita sedekahkan AL FATIHAH buat Arwah Gee..
moga beliau di tempatkan bersama hamba2 kesayangan ALLAH swt...
moga tenang & damai di SANA.

buat saudara ABIL....
moga kasih sayang anda menjadi panduan buat semua insan lain yang menghadapi saat kepayahan..
moga kasih sayang & pengorbanan anda kepada arwah mendapat balasan kebaikan daripada ALLAH..
moga sabar & tabah menghadapi kehilangan insan tersayang..


01 November 2012

ADA NOMBOR

salam..
1. lama sungguh tidak mencoret di sini...kehilangan mood sebenarnya.banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni.suka duka....sabar sajalah.
alhamdulillah ada nabila yang mampu menceriakan suasana walaupun kadang2 hilang sabar dgn kelakuan dia.makin pandai menunjukkan degil....makin pandai juga menunjukkan lawaknya.

2. pagi tadi masa meninjau FB terbaca status seorang sahabat sekampus yang kehilangan anak sulungnya yg berusia 14 tahun.terkejut kerana selama ini tidak pernah dinyatakan sebarang masalah kesihatan arwah...arwah juga seorang anak pintar & aktif dalam sukan.
punca kematian belum dinyatakan.tidak sampai hati juga utk bertanya...biarlah sehingga mereka lebih tenang.
moga kamu & isteri tabah menghadapi dugaan besar ini...bak kata kamu..."Allah mengetahui yang terbaik buat kita".moga jua arwah ditempatkan besama hamba2Nya yang soleh.

3. kenapa orang kita selalu tidak mahu berfikir sebelum bertindak terutama apabila perkara yg nak dibuat itu jelas sekali salah?seorang wanita berkahwin di sempadan dan tidak didaftarkan perkahwinan itu..kemudian hamil tanpa dirancang.kehamilan telahpun masuk ke trimester ke 2 dan suami pula kini punya rumah ke 3....masalah bukan?moga2 dia tidak bertindak sehingga memudaratkan anak yang dikandungnya.bayi yang tidak bersalah.

4. kenapa entry ini bernombor?
sebab ceritanya tiada kesinambungan..

nanti kita sambung elok2...insyaAllah.


12 June 2012

KEPADANYA JUA...

salam..
dalam perjalanan balik dari town sekejap td SU dapat call dari teman...
memaklumkan pemergian birasnya ke rahmatullah sekitar jam 3 ptg td.
akan dikebumikan selepas Isyak nanti.
agak mengejutkan juga kerana tidak mendengar sebarang berita mengatakan dia sakit atau sebagainya....
cerita sebenar belum ttg punca kematian belum kami ketahui...(belum bertanya).
insyaAllah akan ke rumahnya sebentar lagi..(menunggu nurul balik dari sekolah).

Al Fatihah buat arwah Ad.....moga di tempatkan bersama hamba2nya yg beriman.
takziah buat keluarganya...sabarlah menghadapi dugaan ini.
bersama ahli kelab semasa konvoi Kelantan-Terengganu 2010.
arwah agak jarang mengikuti program konvoi kerana kekangan waktu kerja.


30 May 2012

SHOCKING NEWS

salam...

mood yang agak suram...
malam tadi baca mesej ttg pemergian seseorang ke rahmatullah..

mesej masuk petang tapi oleh kerana telefon tu tertinggal kat rumah maka ia hanya dibaca sekitar jam 9.30pm.
ditakdirkan utk tidak berjumpa sedangkan tengah hari semalam kami ke Penang.balik sekitar 4.30 ptg...waktu itulah mesej masuk ke phone saya.

siapa dia?
dia adalah bekas bos saya semasa di O&G Kulim dulu..walaupun sekejap shj bekerja di bawahnya kerana dia membuka maternity home sendiri selepas itu,persahabatan tetap terjalin.sering juga merujuk kepadanya bila ada perkara berkaitan O&G.
tapi sejak setahun dua  ni agak kurang berhubung..masing2 sibuk.
dia adalah seorang bos yg understanding..tegas tapi ada kalanya kelakar,kdg2 merajuk dgn kami anak2 buahnya.banyak ilmu yg dikongsi bersama.bila on call dgnnya tak pernah rasa bimbang...call saja pada waktu mana pun..biarlah kes yg bagaimana pun...dia tetap layan kita dgn baik.juga punya komunikasi yg sgt baik dengan pesakitnya.suka bila ada morning round dgnnya...gelak2 saja.patient pun kadang2 tergelak dengan kata2nya.
saya melihat dia sbg seorang yg senang didekati,tahu hala tujunya,business minded....grab apa saja peluang yg ada didepannya.
dengan keluarganya...(isterinya juga doktor)..kami dari luar melihat dia sebagai seorang suami & bapa yg penyayang.

basically...he's such a wonderful person..
pemergiannya secara tiba-tiba (collapsed & died....heart attack)...tanpa sebarang penyakit yg diketahui (oleh kami) sebelum ini memang mengejutkan.

alFatihah utk arwah Dr Abdul Hamid..moga arwah ditempatkan bersama hamba2nya yang soleh di sana..
salam takziah dari kami buat Dr Azrina sekeluarga.moga tabah menghadapi kehilangan ini.kami temannya merasa kehilangan yg teramat..apatah lagi kamu sebagai isteri....sabarlah.

antara kenangan bersama arwah.
1..dia seorang yg suka makan...cakap saja kat mana yg best..hatta cendol pulut tepi jalan sekalipun..mencangkung dia di situ menikmati keenakannya (dia ceritakan hal ini kepada kami).

2..kes kematian maternity kami yg pertama....patient datang dalam keadaan yg sudah tenat..ibu & dua2 bayi kembarnya tak dapat diselamatkan...kami bersama (berserta pakar bedah) mengendalikan kes dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 ptg...hanya kes itu sahaja.dia datang ke labour room well dressed kerana hari itu adalah hari perasmian hospital..

3..ada kes yg memerlukan BTL tapi MO tak dapat nak yakinkan suami untuk menandatangani borang walaupun bermacam penjelasan diberikan.bagi saja kes kepada dia...sekejap shj dapat persetujuan suami pesakit.
saya pernah tanya..
"Dr Hamid,you cerita apa kat husband patient ni?boleh setuju plk dia?"
jawabnya sambil tersenyum bangga.."biasalah...org lelaki".

4..dia cuba menganjurkan jurnal club walaupun saat itu kami hanya ada 3 MO di unit O&G..tujuannya utk melatih & menggalakkan kami membaca jurnal.dapatlah beberapa kali meeting.

5..nak bercuti memang mudah asalkan ada MO cover ward.cuti dulu,isi borang kemudian pun ok saja bg dia.

6..juga baik dengan maidnya...pernah dia berkata..
"you tau...maid I dulu masa I mula ambik dia...kurus kering ja.sekarang ni tengoklah...sihat.mana taknya...apa yg kami makan semua dia makan.."...sambil gelak2.masa tu tgh berjalan balik ke kuarters lepas habis kerja.

dan....banyak lagi kenangan...



23 May 2012

MOGA DAMAI DI SANA

salam..
jumpa posting kat FB...


ALFATIHAH buat arwah Norma..
salam takziah buat suaminya yang setia..Talib..
serta seluruh isi keluarganya.
republish gambar dari blog moon


pasti ramai yang mengikuti kisah arwah Norma..
kisah yang menyentuh hati..
kesetiaan suami yang tidak berbelah bagi...


yang belum pernah membacanya boleh jengah ke blog MOON..
jadikan kisah mereka sebagai inspirasi untuk mengukuhkan ikatan 
suami isteri dan kekeluargaan.


moga arwah Norma tenang dan damai disisiNya..

03 February 2012

ALFATIHAH

salam...
kejiranan kami baru saja kehilangan seorang lagi saudara yang banyak memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
arwah meninggal dunia awal malam tadi akibat serangan jantung.
jenazah baru saja di bawa ke tanah perkuburan.
melihat bilangan pelawat yg hadir,kita dapat menelah siapakah arwah di hati jiran tetangga,sahabat & saudaranya.


semoga Allah mengampunkan segala dosanya,meletakkan beliau bersama orang2 yang beriman di sisiNya.
semoga ahli keluarganya tabah & sabar menempuhi kehilangan secara tiba2 ini.


ALFATIHAH buat arwah En Baharom.

02 February 2011

SAD SHOCKING NEWS

salam.
malam tadi masa OTW keluar makan with my family dapat news drp my sis call suruh bayar duit kutipan ahli khairat kematian.rupanya my regular patient's husband meninggal secara tiba2.masa dapat berita malam tadi everything was blur..sebab & masa kematian pun tak tau sb mayat still kat hospital.
balik dari makan tu terus ke rumah jiran yg uruskan khairat.dapat cerita sebenar dari jiran sorang lg yg kebetulan datang utk bayar duit juga.
kisahnya arwah jatuh lepas habiskan separuh masa pertama perlawanan bola sepak.arwah meninggal dalam perjalanan ke hospital.

sungguh...saya terkejut & sgt2 simpati kepada isteri arwah.dia bukan setakat customer klinik tapi dah menjadi teman saya & keluarga.banyak membantu masa arwah parents saya sakit dulu.paling saya sedihkan ialah dia juga sedang menjalani rawatan kesihatan sekarang.sayu hati bila melihat anak lelakinya (sekolah rendah) yg sedang seronok berbual dgn kawan2 di laman rumah mereka malam tadi...pastinya dia akan terasa kehilangan bila semua teman kembali ke rumah.kakaknya (usia sebaya nurul rasanya) hanya diam membisu..

sesungguhnya ujian ini amat berat untuk kak ana.tapi apakan daya kita.Allah lebih mengetahui.hanya redha & sabar dgn ketentuan ini.

AL FATIHAH UNTUK ARWAH.

ermmm.....kepada semua smokers...berhentilah merokok.sayangi diri & keluarga anda.