Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

21 November 2014

ORKID DI LAMAN

salam sejahtera...

sejak beberapa hari yang lepas dok perhati tunas bunga orkid ni...
dah lama tunggu dia berbunga...
lambat sungguh....
dua tahun dah rasanya...




yang merah ni beli serentak tapi dah beberapa kali berbunga.



seronok bila jengok kot tingkap bilik boleh nampak bunga2 ni...
tambah lagi kalau ada burung dok menumpang main.
hari ni tak ada la pula burung-burung kecik tu.
##saya tak tau nama orkid....tau tanam & tengok bunga dia saja...hihi




22 October 2014

AKTIVITI PAGI DEEPAVALI

salam sejahtera untuk semua....


cuti sekolah yang panjang minggu ni....seminggu untuk sekolah menengah.dua minggu untuk si kecik sebab sekolahnya perlu renovate lagi..."re renovate" sebab yg buat baru-baru ni tak ikut spec.budak kecik ni dah boring duduk rumah...moga2 Ahad minggu depan boleh start semula.tak perlu extend macam dulu.

ummienya tak cuti hari ni...cuti-cuti yang tak berkenaan semua dah kumpul bawa ke raya puasa, raya haji dan cuti makan angin.

pagi tadi cuaca sangat best...sejuk berkabus.


keluar ke belakang tengok kerja yang belum settle.hari Sabtu baru ni dah cangkul pokok serai ni sebab dah tak elok.tapi dalam rumpun yang tak elok tu ada juga yang masih segar.tertangguh2 kerja maka pagi ni selitkan masa untuk siapkan proses pokok ni sebab takut rosak kalau biar berhujan berpanas lama-lama.sayang pulak.


nampak macam banyak tapi bila dah bersihkan dapat banyak ni saja....
ini yang elok.tak tau nak buat apa dengan serai ni maka ambik keputusan sedekah kat kawan yang berniaga kedai makan.kalau simpan pun rosak juga nanti.nak jual sikit sangat..jadi lebih baik bagi orang.

yang kecik-kecik lebih kurang sebanyak ini juga...buat benih tanam semula.
baru tanam separuh...yang separuh lagi rendam dulu...Sabtu nanti tanam sebab kena bersiap untuk masuk kerja.plannya nak duduk luar setengah jam saja tapi dah terlajak ke hampir sejam.
sambil-sambil tengok pokok bunga dan pokok daun.



near future task....trim pokok bunga ros dan pokok bunga raya.
dalam proses membonsaikan bunga raya....harap-harap menjadi...bukan pandai sangat pun.


25 November 2013

DIA ACTING LAGI

salam sejahtera...

alhamdulillah sihat...sakit badan pun dah kurang banyak....kemarin habis tegang urat saraf sebab buat ni...

dah ada rumput menyelit?????

gigih nak habiskan taburan batu2 putih tu.almaklum hanya Sabtu ja yg free tu pun bukan tiap-tiap minggu.kot lagi dibiarkan tumbuh semula rumputnya....dah satu hal nak bersihkan pulak.....oleh kerana en SU takdak kat rumah,maka gigihlah sorang2 dengan gangguan budak kecik bulat tu....best juga sebab peluh berjurai-jurai....rasa segar.
hari Ahad rasalah kekejangan ototnya...hehehe....jalan pun macam orang baru kena episiotomy.....tak kisahlah kan...janji kerja siap.
bukan 100% siap pun sebab batu tak cukup...tapi kira oklah utk orang yg gatai tangan nak buat sendiri.ruang ni nampak ja kecik...dah guna 11 beg batu pun tak cukup lagi.
so di tepi-tepinya saya tanam rumput carpet (yang pastinya akan disulami rumput2 biasa sebab tak ada lapik2 apa pun).
pokok yang senang hidup & senang mati..

budak kecik bulat...
dua tiga hari ni dia suka buat mulut senget macam ni...siap tangan kejang lagi.
hari ni paling lama dia buat.
nak ambik barang pun dia tak buka jari2 tu...
guna dua2 tangan untuk kepit barang...
berlakon sampai luar rumah...

jangan risau...dia bukan sakit...cuma berlakon.tiru apa yg dia nampak kat TV.tanya kakaknya siapa yang dia tiru....bila dia tengok?rupa2nya tiru Norish Karman...cerita apa ntah yg depa tengok berdua petang2.
penat kalau tengok tv dgn budak ni.habis ja cerita mesti dia tiru.kadang2 ajak kita buat sekali apa yg ada kat tv tu...kalau drama jerit2..marah2...satg dia pun jadi macam orang dalam drama tu.suara dahla nyaring....jenuh tunggu sementara nak habis mood drama dia.
sabar ja lah...


28 June 2012

TETIBA LAMANKU BERBAU WANGI

salam...

pagi ni masa keluar nak ke tempat kerja tetiba terbau wangi ja kat porch...
pelik juga...rasa macam tak ada sapa2 pun yg datang pagi tu..
hmmm....biarlah...

masa siram pokok (mmg habit siram pokok sambil tunggu enjin kereta panas) terpandang pokok jiran sebelah....
oooo...patut la wangi..
melur besar dia sedang galak berbunga...
bagus juga...
boleh tumpang ambil bau..
lepas ni minta benih...hihi


ni pokok melur 7 lapis saya yg hampir punah dulu tu.


dah mula berbunga..
yg ni baru nak kembang.
ada yg dah layu pun..

25 May 2012

BILA BUNGA BERKEMBANG

salam...


dua tiga hari lepas nampak kudup pokok ni...
excited..
maklumla..dah dekat setahun tanam tak juga berbunga.
mungkin sebab kurang cahaya matahari.


hari ni dapat capture bunga yang dah kembang...pokok biasa ja.
tapi memang saya dah macam ni...syok lebih bila tengok pokok berbunga.
pokok ni saya ambil kat MRSM depan ni..minta dari staf depa..
bukan ambik gitu ja noooo...pokok apa ntah namanya..

dan ini bunga apa?
tak tau memang saja laaa....



03 May 2012

ROS PELANGI

salam awal malam...

cuaca yg sangat best hari ni...hujan & mendung kemudian hujan...
sekarang sedang hujan....

tadi lalu2 kat tepi rumah nampak ros sedang berbunga semula...
tapi semak kat keliling tak yah ceritalah...
tunggu Sabtu panggil pakcik tukang potong rumput tolong clearkan.

ros saya macam yg saya postkan hari tu...ros kampung...
biasa2 ja..




tadi jumpa ros anggun macam ni masa dok jalan2 kat internet.


ini ros betul tau...bukan tipu2 punya.
baca ceritanya kat SINI...

kot boleh dapat species ni kat Malaysia kan best...

29 April 2012

UNTUNGNYA BERJIRAN DENGAN RUMAH CONTOH

salam..
sejak malam tadi FB penuh dgn kisah2 pemBERSIHan.....
rimas...malas nak baca.

mood...tak sabar tunggu Selasa...cuti kan...nak lepak kat rumah tengok pokok.hari Sabtu tak puas belek sebab my sis datang & petang MIL ajak temankan pi town.
rumput kat laman dah nak jadi hutan semula sebab kerap hujan.

tapi Sabtu hari tu terperasan kat belakang rumah ada rumput karpet yg tumbuh dgn subur.coveragenya pun agak luas.rupanya dah kerap hujan ni,rumput karpet dari rumah belakang dah menjalar ke rumah saya.rumah belakang tu adalah rumah contoh dulu.
alhamdulillah...tak payah susah2 nak beli rumput lagi...jaga yang tu ja.
rumput sekarang ni pun mahal juga.kebetulan juga rumput tu sama jenis dgn yg saya tanam se'toit' kat bahagian depan.
bila dah banyak nanti bolehla ubah2 ke depan juga.
rezeki Allah dari bumi ni...



23 March 2012

TAK KENAL...

salam...
beberapa hari lepas masa pusing2 rumah tengok pokok bunga ternampak kudup pokok ni...wallaaa......boleh tak perasan.

pokok ni saya cucuk ranting masa kat rumah kakak kt kampung.pastu biar ja kat situ.bila tgk dah hidup saya bawa balik rumah.sejak ambik dari rumah kakak kat kampung saya dok ingat pokok bunga kertas.so tanam pun gitu2 ja.kejap siram kejap dak.pokok bunga kertas kan tahan lasak so takla risau sangat.sekali bila dah keluar kudup baru perasan...bunga ros laaa....boleh tak cam pokok ros..apadaaa....


esok kena kelebek2 sikit pokok ni bagi lebih cun...

16 March 2012

SWEET

salam...
pagi2 tadi sebelum ke tempat kerja,ronda2 dulu keliling rumah.
tengok pokok bunga (& semak samun).


nampak bunga ni berkembang...first time berbunga.
suka....cantik sangat.macam bunga plastik.


tengah hari tadi tgk dah tukar ke warna pink..
esok layu rasanya....(sad).


tapi ada banyak lagi kudup....kalau berkembang serentak tentu lagi cantik.
saya tak tau apa nama pokok ni...
anyone???


01 March 2012

PATAH TUMBUH......

SILA SAMBUNG AYAT DI ATAS....


assalamualaikum...selamat pagi.


di sini musim hujan sekarang esp waktu petang.saya suka sebab sejuk & tak payah siram pokok.pokok2 pun tumbuh segar ja termasuklah pokok rumput.
ingat tak cerita pokok melur saya yg kena cantas dek kawan yg potong rumput dulu tu?ni rupa pokok tu lepas kena cantas...tinggal batang ja.


ini pula rupa dia lepas berulang kali kena panas & hujan..


alhamdulillah.
seronok tengok pokok membesar.
tapi ikut pengalaman lepas,lambat lagila nak berbunga.
takpa...biar lambat asal lawa.


***hajat hati nak buat garden tapi tak juga kesampaian lagi...***