Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Showing posts with label kehilangan. Show all posts

14 November 2017

7 TAHUN BERLALU....

salam sejahtera...

14.11.17...
mengikut tahun masihi....hari ini genap 7 tahun arwah mak meninggalkan kami.meninggalkan dunia yg penuh warna ini sebaik melepasi masuknya waktu solat subuh setelah 2 minggu menyepi.

berselang 2 minggu dengan kematian bapa....
disulami dengan kejadian banjir besar di utara semenanjung.

AlFatihah buat arwah mak & bapa...
moga Allah mengampuni semua dosa kalian....
moga Allah menerima semua amalan baik kalian...
moga dalam ilmu/didikan yg kalian berikan kepada kami serta amal bakti yg kami lakukan, mengalir juga pahalanya untuk kalian di sana...

merindui kalian selamanya...




28 March 2014

KEMBALI KEPADANYA

salam...


Malaysia & dunia masih di selubungi misteri kehilangan MH370....besarnya kekuasaan Allah untuk sama-sama kita hayati.

petang tadi sebaik masuk kerja,terus saja tengok handphone....message WA dari grup uni mencapai 100....pelik sebab tak pernah sebanyak tu dalam masa separuh hari kerana masing-masing sibuk dengan kerja...
terus saja baca....
ooo....rupa2nya ada berita sedih...
tengah hari tadi salah seorang sahabat sekuliah telah kembali menemui Allah...
sahabat yang sebelumnya sihat walafiat....sibuk dengan aktiviti permotoran di samping tugas hakiki seorang doktor.minggu lepas dikhabarkan dengan berita penyakit yang muncul secara tiba-tiba....pendarahan otak yang berpunca daripada struktur urat darah yang tidak normal (aneurysm).telah menjalani pembedahan pada hari Ahad yang lepas....namun kita manusia hanya merancag & berusaha...segala ketentuan adalah dari Allah swt.

to my friend arwah Dr Abd Rahim Ali...
moga Allah menerima segala amalan kebaikan kamu dan memberi ganjaran pahala kepadamu
moga Allah mengampunkan segala kesilapan kamu sepanjang berada di bumi milikNya ini
moga kamu damai di sana
bersama hamba-hamba yang dikasihiNya...

AL FATIHAH



03 June 2013

THE SABTU

salam...

penat berkenduri?
musim kenduri kahwin...
staf saya juga baru melangsungkan perkahwinan pada 1.6.13 & sekarang masih bercuti.sampai hari ni ja...esok masuk kerja semula.
pada 1.6.13 itu saya ada 3 jemputan...malangnya telah termiss satu sebab 100% terlupa...dan yg termiss itu adalah rumah cikgu masa sekolah menengah dulu....hari Ahad tgk kat fb baru teringat....maaf cikgu.menantu ke 3 nanti jemput lagi....insyaAllah ada umur yg panjang akan cuba utk hadir.

agak kelam kabut sikit sebenarnya pada hari Sabtu tersebut sebab menghadiri pengkebumian mak saudara yg meninggal pada hari Jumaat malam di Alor Setar.kami sampai agak lewat iaitu semasa jenazah sedang diangkat utk dibawa ke masjid.maka kami menunggu sehingga selesai bacaan talkin iaitu menjelang zohor.

arwah adalah isteri kepada adik tiri bapa saya.walaupun saudara tiri bapa,hubungan kami agak rapat sejak kecil lagi.cuma bila masing2 meningkat usia,kami agak jarang bertemu melainkan ketika kenduri atau hari raya.arwah makcik meninggal kerana kegagalan jantung & buah pinggang.

ALFATIHAH buat arwah makcik Ma.



selesai di Alor Setar terus saja balik untuk ke kenduri staff saya...kemudian petangnya ke kenduri sahabat SU di SP....kenyang.

tak terus balik ke rumah....kami bergerak ke Taiping...saja meronda hingga ke zoo Taiping.malangnya sampai dekat pukul 7 mlm....gate dah tutup.tunggu utk buka kaunter Night Safari pk 8 mlm..lepak2 kat depan kaunter tu sambil melayan budak kecik meronda.setelah timbang tara dibuat,kami tak tunggu pun utk night safari...bergerak keluar cari makan & balik rumah....
bak kata Nurul bila ditanya abahnya..."jomlah...drp beli tiket,  aik guna duit tu utk makan".....hehehe....jenis pentingkan perut semuanya....

tak ada mood sebenarnya nak masuk Night Safari sebab tak boleh ambil gambar.lgpun dah gelap2 tu belum tentu boleh nampak binatang2nya.

untungnya bawa budak kecik macam nabila ni...tak kisah nak masuk ke tidak (sebab dia bukan tau pun yg itu adalah zoo)....janji dia boleh bebas berjalan.

begitulah berakhirnya hujung minggu saya...
dan semalam (Ahad) berhujan sekeluarga ke kenduri sepupu arwah ibu budak2 ni...
sakit pinggang sampai hari ni sebab mengangkat budak kecik yg tak mau balik....ishh...dahla hujan.


12 June 2012

KEPADANYA JUA...

salam..
dalam perjalanan balik dari town sekejap td SU dapat call dari teman...
memaklumkan pemergian birasnya ke rahmatullah sekitar jam 3 ptg td.
akan dikebumikan selepas Isyak nanti.
agak mengejutkan juga kerana tidak mendengar sebarang berita mengatakan dia sakit atau sebagainya....
cerita sebenar belum ttg punca kematian belum kami ketahui...(belum bertanya).
insyaAllah akan ke rumahnya sebentar lagi..(menunggu nurul balik dari sekolah).

Al Fatihah buat arwah Ad.....moga di tempatkan bersama hamba2nya yg beriman.
takziah buat keluarganya...sabarlah menghadapi dugaan ini.
bersama ahli kelab semasa konvoi Kelantan-Terengganu 2010.
arwah agak jarang mengikuti program konvoi kerana kekangan waktu kerja.


30 May 2012

SHOCKING NEWS

salam...

mood yang agak suram...
malam tadi baca mesej ttg pemergian seseorang ke rahmatullah..

mesej masuk petang tapi oleh kerana telefon tu tertinggal kat rumah maka ia hanya dibaca sekitar jam 9.30pm.
ditakdirkan utk tidak berjumpa sedangkan tengah hari semalam kami ke Penang.balik sekitar 4.30 ptg...waktu itulah mesej masuk ke phone saya.

siapa dia?
dia adalah bekas bos saya semasa di O&G Kulim dulu..walaupun sekejap shj bekerja di bawahnya kerana dia membuka maternity home sendiri selepas itu,persahabatan tetap terjalin.sering juga merujuk kepadanya bila ada perkara berkaitan O&G.
tapi sejak setahun dua  ni agak kurang berhubung..masing2 sibuk.
dia adalah seorang bos yg understanding..tegas tapi ada kalanya kelakar,kdg2 merajuk dgn kami anak2 buahnya.banyak ilmu yg dikongsi bersama.bila on call dgnnya tak pernah rasa bimbang...call saja pada waktu mana pun..biarlah kes yg bagaimana pun...dia tetap layan kita dgn baik.juga punya komunikasi yg sgt baik dengan pesakitnya.suka bila ada morning round dgnnya...gelak2 saja.patient pun kadang2 tergelak dengan kata2nya.
saya melihat dia sbg seorang yg senang didekati,tahu hala tujunya,business minded....grab apa saja peluang yg ada didepannya.
dengan keluarganya...(isterinya juga doktor)..kami dari luar melihat dia sebagai seorang suami & bapa yg penyayang.

basically...he's such a wonderful person..
pemergiannya secara tiba-tiba (collapsed & died....heart attack)...tanpa sebarang penyakit yg diketahui (oleh kami) sebelum ini memang mengejutkan.

alFatihah utk arwah Dr Abdul Hamid..moga arwah ditempatkan bersama hamba2nya yang soleh di sana..
salam takziah dari kami buat Dr Azrina sekeluarga.moga tabah menghadapi kehilangan ini.kami temannya merasa kehilangan yg teramat..apatah lagi kamu sebagai isteri....sabarlah.

antara kenangan bersama arwah.
1..dia seorang yg suka makan...cakap saja kat mana yg best..hatta cendol pulut tepi jalan sekalipun..mencangkung dia di situ menikmati keenakannya (dia ceritakan hal ini kepada kami).

2..kes kematian maternity kami yg pertama....patient datang dalam keadaan yg sudah tenat..ibu & dua2 bayi kembarnya tak dapat diselamatkan...kami bersama (berserta pakar bedah) mengendalikan kes dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 ptg...hanya kes itu sahaja.dia datang ke labour room well dressed kerana hari itu adalah hari perasmian hospital..

3..ada kes yg memerlukan BTL tapi MO tak dapat nak yakinkan suami untuk menandatangani borang walaupun bermacam penjelasan diberikan.bagi saja kes kepada dia...sekejap shj dapat persetujuan suami pesakit.
saya pernah tanya..
"Dr Hamid,you cerita apa kat husband patient ni?boleh setuju plk dia?"
jawabnya sambil tersenyum bangga.."biasalah...org lelaki".

4..dia cuba menganjurkan jurnal club walaupun saat itu kami hanya ada 3 MO di unit O&G..tujuannya utk melatih & menggalakkan kami membaca jurnal.dapatlah beberapa kali meeting.

5..nak bercuti memang mudah asalkan ada MO cover ward.cuti dulu,isi borang kemudian pun ok saja bg dia.

6..juga baik dengan maidnya...pernah dia berkata..
"you tau...maid I dulu masa I mula ambik dia...kurus kering ja.sekarang ni tengoklah...sihat.mana taknya...apa yg kami makan semua dia makan.."...sambil gelak2.masa tu tgh berjalan balik ke kuarters lepas habis kerja.

dan....banyak lagi kenangan...