Showing posts with label mrsm. Show all posts
Showing posts with label mrsm. Show all posts

28 November 2012

BERATNYA MATA...

salam...

mengantuk laaaaa.....
minggu ni sunyi sungguh..
orang pi makan angin kot...
ataupun pasai gaji tak masuk lagi...

bila sunyi2 ni mulalah nak mengisi perut..
cemana nak kuruih???

mujoq la jugak kat FB dok riuh rendah pasai gathering GEN2 bulan 12 nanti..macam2 gambaq lama depa bawak keluaq...cerita lama zaman2 budak nakai kat sekolah menengah pun ada...boleh la baca & layan buat mengisi masa.

moga segala urusan untuk gathering dipermudahkan oleh Allah...
tak sabar utk 2 benda...
1...jumpa kawan2 yang mula2 jumpa 30 tahun lepas
2...nak tengok sekolah lama....banyak memori di situ



08 May 2012

REFLEKSI KEHIDUPAN

salam...


sekarang ni mesti ramai student yg excited bila dapat tahu dah dapat masuk mana2 IPT kan...tahniah kpd yg berjaya...
yg tak dapat tu jgn risau...there's always something for you..asalkan berusaha.
(yang malas tu lain ceritalah).

malam tadi layan tonton.com tengok BERSAMAMU episod 18.
sebelum ni tengok kat TV tapi gitu2 ja sebab ada hal lain nak dibuat.saya tertarik utk tengok semula kisah keluarga kat Terenggganu ni sebab ia mengingatkan kepada kisah silam saya sendiri masa sekolah menengah dulu.hampir sama situasinya.

kesempitan keluarga tidak menghalang untuk berjaya dengan sokongan pelbagai agensi yg ada dalam negara ni...bagi kami anak MRSM semestinya bantuan MARA.cuma di zaman saya dulu taklah terasa sangat jurang dgn kawan2 sebab masa tu taraf hidup kita taklah terlalu advance macam sekarang ni.semua sekadar ada saja.mana ada pelajar guna handphone,laptop dsb.anak pesawah atau anak menteri nampak sama ja masa kat asrama.
makan kat luar pun ala kadar ja.MRSM bukannya dibina dalam bandar besar.nak dapat restoran KFC sebijik pun payah...PIZZA HUT...berangan sajalah.kalau keluar pekan pun semuanya setakat beli apom balik...makan kat gerai tepi jalan....(hu ha hu ha buat kecoh kat kedai org...mmm...bestnyer) atau kalau ada duit lebih sikit dudukla makan kat restoran.masa kat Kulim dulu ada restoran Nasi Padang...sedap sangat masakan dia..puas hati.sekarang ni tak taulah ada lgi tak..dah lama tak ke sana.

sekarang ni MRSM dah banyak..dekat dengan bandar2 besar.pelajar pun dah tak susah nak bershopping.kenapa cerita pasal MRSM?...sebabnya anak perempuan dalam family BERSAMAMU tu dapat belajar kat MRSM..form 2 (sebaya nurul).katanya kadang2 ada kawan bawa makanan2 segera ni.walaupun tak semahal mana tapi dia tak mampu..jadi pendamkan saja hasrat utk makan walau keinginan itu ada....simpati saya mendengarnya.
dia anak sulung, maka kenalah berjimat cermat.ada 3 lagi adik yg juga perlukan perhatiandari ibubapanya.
bapanya sekadar bekerja kampung (bantu org buat rumah)....pada usia 52 tahun dia nampak jauh lebih berusia.mungkin sebab kerja kuat sejak dari muda.....tengok wajahnya teringat kepada arwah bapa saya.....pengharapan dia kpd anak sulungnya...sama seperti arwah bapa saya.berbeza loghat bahasa tapi intinya sama.
YaAllah...mereka seperti refleksi kehidupan saya dahulu..

moga Allah memberi perlindungan kepada keluarga ini..
moga kejayaan mengiringi anak remaja ini serta adik2nya..



18 January 2012

SAPA KATA ORANG PANDAI TAK NAKAL?

salam..
pagi tadi otw ke ofis dengar2 celoteh kat radio sinar (saya suka sb lagu time2 saya dulu banyak kat siaran ni)...
tema kali ni ialah dedikasi utk org2 yg tertentu dlm hidup masing2.salah sorang pemanggil ni (lelaki) buat dedikasi utk cikgunya...
tergelak2 saya dengar...beria2 dia cerita.macam nak buat cerita seram plk.

kisahnya...
pada satu malam dalam hujan lebat dia telah menghumban tong sampah dalam kereta cikgunya (tanpa rasa bersalah semestinya)..
puncanya...
dia marah kat cikgu tu sebab cikgu tu bagitau kat perhimpunan yg dia tak pakai seluar dalam......
macam mana cikgu tu tau dia tak pakai seluar dalam?
masa buat spot check kat asrama cikgu tu check loker dia tapi tak jumpa walau sehelai pun seluar dalam.....

yang bestnya....
tong sampah tu dia ambil dari blok asrama yg lain.maka yg kena denda cuci kereta cikgu tu adalah budak2 blok tersebut.
katanya sampai sekarang cikgu & budak2 blok asrama tu tak tau bahawa dia yg buat semua tu.

yang paling best...
dia adalah budak MRSM Kuantan & sekarang katanya dah jadi kaunselor......


p/s:.......saya suka tengok perangai budak2 yg super nakal tapi smart kat sekolah.

dengar cerita kaunselor ni teringat kisah sahabat2 masa kat sekolah dulu....semuanya dibongkar dalam FB...baru sekarang tau betapa sahabat2 yg berjaya hari ini telah membuat macam2 perkara pelik masa sekolah dulu....perkara2 yg boleh buat warden naik hantu.

jadi bila ada org cerita pelajar MRSM kat depan ni ada yg liau (lompat pagar) taklah menghairankan sangat...benda tu baru nakal tahap biasa.

moral of the story:
biar nakal asal berjaya....
muda hanya sekali,gunakan sebaiknya...(positif shj ok)

dan satu lagi..
ini motto kami budak2 perempuan masa menengah dulu..
"UNDANG-UNDANG ADALAH UNTUK DILANGGAR"
......hihi....jgnla ikut motto ni.


16 January 2012

HAPPY 30th ANNIVERSARY

salam...


16.1.2012...
30 tahun yg lepas......


16.1.1982
hari yang sgt nostalgia...sgt bermakna bagi kami ahli GEN2 MRSMK...
pendaftaran sebagai pelajar tingkatan 1.
hari yg menemukan kami...sahabat2 baru dari segenap pelusuk negara (kebanyakan dari utara).dengan pelbagai latar belakang keluarga & pendidikan.dengan pelbagai sifat & personaliti.
lima tahun bersama membesar dengan bimbingan guru2 yg diibaratkan ibubapa sendiri.
lima tahun menempuhn cabaran suka duka penghuni asrama.


hari ini...kami masih lagi bersama.
sentiasa dalam ingatan masing2.......bertemu saban hari di alam maya (group FB).....mengetahui perkembangan setiap ahli meski ada yang terus menyepi.terima kasih kepada teknologi yang membantu mengeratkan silaturrahim kami..


moga bulan june nanti mampu menemukan semua ahli GEN2 di maktab yg penuh nostalgia itu...dan lebih indah andai pertemuan itu turut dihadiri mentor2 kita dulu.


lagu maktab.......

wahai putera puteri bangsaku
ayuh segera menuju
mengikut gerak langkah maju
bersatu mencari ilmu

di zaman sains dan teknologi
negara perlukan jasamu
janganlah rasa malas lagi
bersatu memegang teraju

di maktab rendah sains m.a.r.a
tuntut ilmu jangan jemu
ikrar taat setia pada guru
berdisiplin selalu

hari ini hari mulanya
hari esok berjaya
lengkapkan segala yang ada
ke kuliah kita segera...



15 May 2011

DALAM SUKA ADA DUKA.......

salam.

esok 16 Mei...HARI GURU.
selamat menyambut hari guru buat semua warga 'pendidik'.
moga anda semua dapat membentuk anak2 Malaysia yang berjaya & berakhlak mulia.
pastinya kebanyakan sekolah mengadakan sambutan hari guru esok..kebetulan lusa (Selasa) hari cuti umum (Wesak).sekolah anak2 saya tak taulah lagi...
tunggu balik sekolah petang ni...adalah berita dari wartawan kami, Nurul.

dalam kemeriahan sambutan hari guru ni saya mendapat khabar sedih dari rakan2 FB...
salah seorang guru masa sekolah menengah dulu sedang terlantar di HDU salah sebuah hospital kat utara ni.belum ada diagnosis tepat ttg masalah kesihatannya.
walaupun dia tidak pernah mengajar kelas saya tetapi kami satu sekolah tetap mengenali beliau kerana dia adalah seorang guru yg sgt baik.begitu juga isterinya...juga guru di sekolah saya dulu.
both are very friendly & easy to get along with.
(segmen kisah cinta kalian antara yang menarik semasa di sekolah dulu)

moga Allah segera menyembuhkan cikgu Teh.
buat cikgu Ummi....sabarlah menghadapi dugaan ini...
we pray for the best for him.
get well soon sir.
 
 saya ambil gambar ni dari fb cikgu without permission.
harap cikgu izinkan.

07 March 2011

JASAMU KU KENANG

salam..
sapa kenal orang ni?
hehehe...harusla...
gambar diambil dari FB senior saya.
letak kat blog sebagai tanda penghormatan & ingatan.

ni cikgu sejarah saya masa saya sekolah menengah dulu.cikgu SALEH.
dia ajar masa form 2 rasanya.cikgu paling lawak & merapu.sampai satu tahap saya terfikir.."cikgu Saleh ni cikgu ke bukan??"...memang merapu la dok dalam kelas dia.lots of fun & jokes.my friend NIDA mmg gelak tak sepanjang kelas...
masa mengajar dia siap dgn action lg.bila ada perkataan pelik2 (sejarah mesti ada perkataan pelik) dia make fun with the words...ubah2 bunyi dsb.walaupun saya tak suka sejarah (drop sejarah utk SPM) berada dalam kelas cikgu Saleh tak pernah boring.
sekarang dah jadi pengetua.
moga Allah beri kesihatan yg baik buat cikgu.
terima kasih atas ilmu yg telah diberi...

will always remember this..."nolle me tenggere".....tak pasti ejaan..tapi macam tulah sebutannya.
sepanjang kelas dok sebut ni...

30 January 2011

ELLA JADI CIKGU?

salam..
cuba teka yg di tengah2 tu sapa?
kawan?
bukannnn
senior??
bukannnn
abis tu?
kakak kandung??
bukannnn...
tengok kaler lah..beza kan?
dia adalah....
*
*
*
*
*
cikgu yg paling rapaaatttt dgn kami.
ni pun masa matrik satu.
tapi dia tak ajar kami.ni cikgu BI matrik UKM (kami USM).
housemate dia adalah cikgu BI kami & cikgu bio matrik UKM.
tiga2 kepala gelewaq.best sgt kawan dgn cikgu2 3 org ni esp yg dlm gambaq nilah.
selalu lepak kat rumah depa esp bila takdak ayaq kat hostel.kdg2 weekend tidoq kat situ.

kami panggil dia ella...takdak nak panggil cikgu ke miss ke..just simply ella & dia pun tak kisah.
puncanya masa mula2 nampak dia rambut dia curly & kembang sikit..so masa dia jalan dari tepi muka nampak macam ella penyanyi tu.
pastu ada sekali dia cakap dgn kami..
"eh uols...hari tu I p KL jumpa Ella dgn kakak dia....OMG!!!....she's sooooo beautiful..her skin is so nice.uol jgnla panggil I ella...buat malu I ja.."
tapi tak sapa peduli...still panggil dia ella.
nama sebenar dia langsung takdak bunyi ella..
*
*
*
*
miss u ela...
& u too my dear fren.

p/s: anybody kenal this lady?dah loss contact..
      also the other two teachers...ms aida & miss roslinah...must be moms now.

29 January 2011

PERNAH MENIPU TAK??

salam..
jumpa gambar ni masa belek album.
tak scan pun just capture terus dgn kamera.

gambar zaman sekolah.kat McD Komtar.masa matrik 1.keluar dgn my BFF (ME tau la sapa kan).perasan tak beg besaq tu?yg tepi saya tu beg dia..kat depan saya adalah beg saya lahhh...agak2 apa yg ada dalam beg tu sampai nampak sendat mcm tu?buku???oh tidak...sekolah kat kulim.pi komtar nak jalan2 takkan bawa buku.
isi beg2 kami tu adalah uniform maktab kami...hehehe..

kisahnya....
kami kononnya nak keluar pakai baju biasa.sekali masa pi jumpa warden (ustaz) utk sign kad keluar maktab kena tegur dgn warden tu..
"kenapa pakai baju biasa?"
"sajalah ustaz"
"tak boleh...pi tukaq pakai baju maktab dulu"
"ala...bolehla ustaz"
"tak boleh...tak tukaq baju saya tak sign"
mmmmm...nak kata apa lagi..panjat bukit balik asrama tukaq pakai uniform la.

kami nak tengok wayang sebenarnya.mmg itulah aktiviti kami 2 org kalau pi penang.gila wayang sungguh.takkan nak pakai uniform masuk panggung.so sumbat ja baju biasa dalam beg.dalam hati suspen gak kot2 ustaz cek beg masa sign kad.sib baik dia tak buat macam tu.so sampai ja kat Komtar pi toilet tukaq bajulah jawabnya.sementara nak tunggu wayang start lepak2 kat McD dulu.

masa balik takdak masalah dah.pakai baju biasa pun takpa sb tak lalu rumah warden.kad ambik kat guard ja.pak guard sporting2..no hal.almaklum my BFF tu best student..semua org kenal.....budak baik..hihi
sapa kata best student tak buat hal????

p/s...ada sekali lagi kami buat propa kat cikgu semata2 nak pi penang tgk wayang....

23 January 2011

BEST KE SEKOLAH ASRAMA??

salam..
beberapa hari lepas saya ternempak dlm paper berita yg mengatakan anak2 yg memohon ke MRSM dah boleh semak nama2 mereka.saya baca tajuk ja sb tak berkaitan dgn saya pun.khabarnya pengambilan pelajar tingkatan 1 akan dibuat pada bulan Februari.secara peribadi saya mmg tak setuju dgn pengambilan lewat ni.bayangkan anak2 ni (ibubapa sebenarnya) telah mengeluarkan belanja yg bukan sedikit untuk kemasukan anak ke tingkatan 1 di sekolah biasa pd awal Januari.tiba2 bulan Februari dapat MRSM plk.semua uniform sekolah biasa dah tak boleh guna.kena keluar belanja sekali lagi untuk buat uniform baru.bukankah itu pembaziran?budak2 plk kena sesuaikan diri dgn suasana baru sekali lagi.apakah sebabnya kemasukan ini dilewatkan, saya tidak pasti.

dulu,kami masuk MRSM pada bulan Januari.walaupun tarikhnya lewat sedikit drp pendaftaran sekolah biasa tapi pengesahan ke MRSM tu dah dapat masa cuti hujung tahun.maka tak perlulah ibu bapa buat kerja 2 kali.
ingat lagi..16 JANUARI 1982.....
hari pertama di MRSM...menjadi warga GEN2 Kulim.masa hari pendaftaran bergema dewan dgn lagu2 Alleycats.bila balik rumah parents saya takleh dengar lagu2 tu sb teringat kat saya....syahdu..
masa tu saya susah.pergi sekolah pun sewa kereta org lain (sedara kat kampung).yang tak bestnya family saya tinggalkan saya kat sekolah tu masa saya tgh beli buku dgn senior yg ditugaskan utk jaga saya...huhu...sedih ooo bila habis beli buku,turun tingkat bawah tgk depa dah takdak.no salam2 bagai.senior yg ada kat situ cakap my family dah balik...geram + sedih.tapi tahan la...no cry2.tp saya faham depa buat mcm tu sb depa tak sanggup nak pisah dgn anak bongsu depa nih...maklumlah tak pernah berpisah sebelum tu.

maka bermulalah hidup berdikari di asrama.form 1 saya kat asrama Mahsuri...dorm ke 2.satu bilik ada12 org.campur...form 1 sampai form 5.budak lelaki satu asrama satu form.minggu pertama adalah minggu orientasi.buli muli toksah cakapla...memang kena.tapi lepas seminggu tu, those yg tukang buli tu adalah our closest sisters.abang2 pun ada gak tukang buli..depa ni buli sampai habis tahun..tension betoi!!

sistem pembelajaran seperti biasa cuma masa tu cuti hanya 2 kali setahun.cuti pertengahan & hujung tahun.setiap semester ada semester break selama seminggu tapi tak boleh balik sebab ada aktiviti.hujung minggu atau cuti2 umum lain tu bolehla balik.saya jarang2 balik kg.tunggu cuti semester ja.mana ada duit nak ulang2 walaupun dalam satu negeri.
bab duit..dapat biasiswa.RM30 sebulan..cukupla nak keluar pekan beli2 apa yg patut.setakat makanan hari2 tu dah ada yg free kat dewan makan.sehari 6 kali makan..cukup kenyang dah walaupun kdg2 tak ambik sebab tak sedap.
masa form 1....poyo ja..
girls..peye,faiezah,huda,tina,ailin,saya,yati,ani & nida
guys..razak,hijam,rosli,arwah fuzi,wanman,fazil,arwah lokman,_(sesungguhnya tak ingat nama dia ni...ampun),pian,nazrin,hisyam,fazli.

cikgu2..biasalah..ada yg best ada yg kurang.tapi yg kurang tu bukan sebab garang dsb tapi sebab cara pengajaran ja.warden biasalah.mana ada warden yg tak garang kan?tapi warden perempuan ok sikit.yg lelaki mmg 'real'lah garang depa.padanlah dgn budak2 lelaki tu yg nakalnya sampai terover2 (tak semualah).
mulai form 2 kami dah diasingkan asrama mengikut tingkatan.asrama saya betul2 kat sebelah rumah warden.ntah berapa kali kami kena aimbush dgn warden sb bising.maklumlah form 2...honeymoon year.

masa form 4 kelas dirombak sebab ikut subjek utk SPM.kemudian lepas percubaan SPM sekali lg kelas dirombak mengikut result percubaan itu.lepas rombakan ni yg tak best sebab ada member2 yg kecik hati takmo kawan..mulalah keluar ayat2 "sapalah kami ni...hampa kelas elok..."..memang tak best sb sebelum tu semua kelas adalah sama rata.tak ikut pencapaian pelajaran.yg brilliant & yg biasa2 semua campur sekali.mujurlah tempoh percubaan dgn SPM tu pendek ja.

masa SPM..biasa la..mcm org lain jg.study kat library..kat depan TV..hihi..tension la ngadap buku ja.tapi paper last..add maths ditunda seminggu sb pantai timur banjir.masa dengar pengumuman tu ...waktu malam...terjerit bebudak form 5 ni..kamilah...sapa tak happy dapat extra time..kakak2 matrik kat hostel sebelah dah risau ingatkan kami kena histeria..hahaha...GEN2 tak mainlah histeria2 ni..semua kepala weng2.tapi dapat extra time pun saya tak score pun add maths..cukup makan ja.

lepas menengah saya kat situ utk setahun lagi..matrikulasi.asrama atas bukit...best.nyaman.tapi nak pi dewan makan seksalah..lepas makan balik asrama dah lapar balik sebab panjat tangga yg tak rendah.

untuk 6 tahun di sana secara keseluruhannya..
it was the wonderful years in my life.great teachers...cool friends....nice seniors...fine juniors.
I learnt a lot.not just academic but also survival.and the best of all is GEN2 is still close among each others.
HAPPY 29th ANNIVERSARY..
2012 will be our 30th....planning for the best gathering.

dalam kelas prep...form 2.

13 December 2010

DAH NAK SEKOLAH

salam.
hari ni dah 13/12/2010.
sat saja masa bergerak.tak lama lg sekolah dah nak buka semula.hari tu kata nak siap barang sekolah anak2 awal sikit tapi sampai la ni tak beli lg pun.nurul dah suspen sb baju sekolah dia takdak lagi..hehe.takpa..dah booking mak tok dia utk jahit.beli kain ja.jimat katakan...

ada anak sesapa kawan bloggers yg dapat masuk asrama thn depan?dah dapat surat tawaran ke?seronok kan anak dapat sekolah asrama.boleh mak bapak honeymoon (kalau takdak anak lain lah).tapi biasanya bila anak esp yg nak naik form 1 masuk asrama parents yg risau lebih.al maklum..tak biasa berpisah.tapi takpa...jgn susah hati.pandailah anak tu bawa diri nanti.seronok tau duduk asrama.saya start dok asrama dari form 1 sampailah kerja...lama tu.memula mmg rasa tak best...rindu segala.tapi sat ja.dah dapat geng eloklah jadinya.lagi seronok kat asrama dari di rumah.setakat kena buli sikit2 tu biasalah.kena tiup kipas bg berpusing,tiup lampu bg padam...kena kokok pagi2 kat senior2 tertentu,basuh baju senior,beli food kat senior,kena kawad kat asrama,kena kemas katil senior....tak dak hal punya...bukan sakit badan pun...sakit hati ja.naik form 2 kita plk buat kat junior.tapi benda ni berlaku seminggu ja.masa minggu orientasi.lepas tu semua baik mcm adik dgn kakak.budak lelaki ja lain sikit.yg gangster & kaki buli tu mmg maintain sampai habis sekolah.terserempak pun kita dah suspen.

sekarang kat FB dah jumpa ramai member,senior & junior sekolah dulu.gangster2 pun dah jadi elok...bahagia dgn anak isteri.alahhh...gangster sekolah asrama penuh..setakat manalah sgt pun.dalam pagar sekolah tu ja.
so..kepada ibubapa yg nak hantar anak ke sekolah asrama penuh...jgn susah hati.jgn over demand kpd pihak sekolah.tak kiralah kita ni VIP ka sapa ka...bila anak kat asrama semua kena ikut peraturan yg sama.kalau kena cuci toilet pun buat sajalah..makan ikan sardin pun telan jugalah...(sedap la sardin).takyah komplen2.kita mewah tak semestinya nanti anak2 akan hidup mewah juga.biarlah dia belajar berdikari.sekolah berasrama bukan setakat utk cari ilmu akademik tapi juga ilmu utk survive.
dan kepada yg mampu takyah la minta biasiswa.bagilah kat golongan tak mampu.

p/s...seronok sgt bila cikgu yg dah berpuluh thn tak jumpa masih ingat nama kita...oopppss...petanda apakah itu????...saya budak baik okayy...

sentiasa ingat 3B tu

03 December 2010

RINDUNYA!!!!!!

salam...
saya ambil gambar ni kat FB senior sekolah menengah dulu..
nostalgik.
masa student tak terfikir pun nak simpan gambar2 macam ni.la ni baru tercari2.

ini adalah bangunan akademik..gambar diambil dari main gate.tempat anak2 MARA Kulim menuntut ilmu dari form 1 sampai form 5.satu bangunan yg menempatkan segala keperluan belajar....bilik darjah,makmal,bilik lukisan/senireka,bilik aktiviti ko kurikulum,bilik persatuan,library,dewan,bilik guru,pejabat pentadbiran.....one stop centre...semua kat sini.
kat dalam bangunan nilah banyak benda2 menarik berlaku...berkawan..bergaduh..bercinta...putus cinta...mengenakan cikgu..kena marah dgn cikgu...kena tangkap sb dating (org lainlah).......huh...memories...

tingkat atas..hujung sebelah kiri..kawasan yg gelap tu adalah koridor.sebelah kiri sekali makmal bahasa inggeris & kat depan makmal tu bilik cikgu bahasa.kami pangil bilik ni bilik gosip....sb kalau masuk bilik ni mesti ada ja cikgu tgh bergosip...hehe..
kat koridor nilah saya & beberapa org kawan lg suka dok study masa form 5.siap bawak kerusi meja.kami panggil bilik panorama...best study kat sini esp masa prep petang.kena angin sepoi2 bahasa pastu boleh menjamu mata.taklah boring.
padang kat depan tu bersebelahan dgn padang bola...tempat lepak2 lepas dinner.sambil tu usha2 budak lelaki dok main bola...
kat sebelah kiri jalan raya tu ada rumah pengetua..
sepanjang belajar kat sini (form 1 - 5 kemudian matrik 1 = 6 thn)...saya sempat dgn 2 pengetua.dua2 best...cikgu Mydin (now datok) & cikgu Zain.


terimakasih kpd semua guru....u are our teachers & our parents....forever.

30 November 2010

TERLEPAS PELUANG..!!

salam..
2,3 hari ni asyik layan FB tgk gambar2 member yg attend reunion pd 27/11/10 baru2 ni.patutnya saya pun join sekali.tapi nak buat cemana kan...ada hal2 keluarga yg nak kena settle dulu.takleh tangguh2 sb kena follow schedule.al maklum cuti sabtu ja.segala aktiviti nak sumbat ke situ.

mmg terkilan tak dapat join.tp takpalah...join yg 2012 plk.insyaAllah.moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
jom tgk sikit gambar yg ada.copy ja dr FB member...konfirm tak marah...kata adik beradik kannn...

the guys...standby nak main straw ni..
the girls @ mums
ada yg tak ingat nama...muka berubah.

gen2 offsprings.
main bowling buah nyoq.
yg besaq belah kiri tu tukang urus games...wanman.my classmate.
baru perasan...ada ibu terselit celah budak2 ni.

tahniah kepada committee..drp girls reunion terus berubah jd whole batch.

11 October 2010

MINI GATHERING GEN2 KULIM

salam...
spt yg disebut kelmarin...pada hari sabtu 9/10/2010 ada gathering (mini gathering actually) utk girls x kulim 1982.kebetulan Mina akan ke mekah pada 7/11 nanti maka Mina rajinlah (atau terpaksa rajin)memasak utk jamu kawan2 dia ni...tp dia ngelat...ajak mak dia tolong.
rumah Mina ni dekat ja dgn rumah saya tapi kalau tak kerana FB mmg tak jumpa lagilah...sejak habis form 5 nilah baru jumpa balik..huhhh...sapa kata FB tak elok???pandai2 sendirilah nak guna cemana kan..
yang hadir hari tu ialah....mina (tuan rumah),saya & family,izwan,ilah,laili & dotter,na & kids,kam & family,ela & family dan ida...sorg lagi teruna sesat..hehehe...wan.paling respect kat ilah laaa...sanggup drive dari selangor utk jumpa kawan2...dahla kecik,drive sorg2.then dia ambik izwan kat tronoh.

best makan kat rumah mina...sedap.
tgk ni....

biasalah...posing kena ada.
back...mina,na,ela
middle....me,laili,izwan
front...ilah
(very obvious....I must reduce my size...huhuu)

nabila spt biasa merayau macam kat rumah sendiri.pastu jumpa piano senyap sat...macam terror kan?tekan jelah baby oii...janji bunyi...kawan2 umie yg ramai ni pun bukannya pandai main.umie lagilahh..

lepas rumah Mina kami ke rumah Azwan...sorg lg kawan dr batch yg sama.tujuan ke sana adalah utk melawat & menyampaikan sumbangan sb rumah Azwan kena ribut & rosak teruk.minggu sebelum ni dah ada kaum lelaki yg pergi sampaikan sumbangan yg dikutip secara online drp kawan2 yg lain...kami ni pi tambah sikit lagi ja.
ni keadaan rumah dia...


dah sampai kat situ kebetulan plk bapa azwan baru bawa naik ketam dari sungai...habislah kaum yg jarang2 dapat tgk ketam fresh ni berhimpun kat situ plk....siap beli lg.wanman secara bidan terjun mengoffer diri utk masak ketam tu kat rumah Ida mlm nanti...tapi kesian kat wife dia la...tetiba kena jadi pembantu chef wan terjun...
wanman dok merapu apa ntah ttg ketam ni...
awat ilah?

selesai kat rumah Azwan saya balik ke rumah dulu sb jarak tak jauh manapun...malam lepas magrib baru bergerak ke rumah Ida...pun tak jauh mana.selalu lalu kot area PGR ni tp tak tau dia kat sini..see.....what a small world actually.

azwan,ida,wanman & wife
wanman at work...

sampai kat sini chef wan tgh sibuk memasak (ingatkan dah start makan)..azwan pun ada.riuh rendah ngalahkan kenduri..

mula2 hitam...dah masak jadi merah

rumah Ida ni cantik sgt kalau tgk dari luar,lampu2 bagai.tepi2 ada air terjun...best.Ida ni antara yg paling lemah lembut dalam batch saya.cakap pun sweet ja.sapa2 pun suka berkawan dgn dia.


mmg tak puas sembang sebenarnya.saya terpaksa balik awal drp yg lain2 sb nabila dah mula tunjuk taring.mata dah ngantuk mulalah macam2...ada ka ajak umie main naik turun tangga???ish!!!....

apa pun I'm waiting for end of November (moga Allah beri kelapangan masa)...tak sabar nak jumpa lebih ramai geng2 sekolah dulu...all girls this time kan?al maklumla...duduk asrama dari form 1 sampai form 5...dah macam adik beradik...sapa kuat tidoq,sapa kaki ponteng,sapa malas basuh baju...semua tau la...sapa bg hangit lantai hostel?...hahaha..

p/s...pics ke 9,10 & yg last adalah dari kamera fidi (husband ela)....sekarang dah jadi full time photographer...boleh tempah kalau nak buat apa2 event...(pepandai ja tlg promote...hehe)

fidi in action

23 July 2010

KENANGAN TERINDAH..

salam...
ntah kenapa dulu2 masa sekolah menengah (MRSM KULIM) suka sgt ambik gambar macam ni.tiga kali saya bergambar stail gini.
satu hanya dapat capture masa tiers roboh (kat tepi asrama),
satu yg ni & satu lg juga di pantai yg sama.
ni masa form 2.class saya ada 9 girls saja.
kalau 10 boleh naik setingkat lg..iyakahhhh???
aku yang tertunduk itu...berat la ngko tina..

ingatkan batch saya jer.rupanya batch senior pun ada gambar macam ni...jumpa kat FB..saya ambik gambar ni yer kak..halal kannn....
tapi depa boleh buat 2 level jer....kita 3 level....(bangga konon)
cinonet la plk gambar nie

cuba la ni buat macam ni....
mau patah pinggang yg dok bawah tu..

21 February 2010

kawan & sahabat

salam..
hari nie..21.2.2010,my best friend terbang jauh mencari kediaman baru demi insan yg disayangi..hmmm...dok kl pun payah nak jumpa.ni dah pindah p oversea thn bila lah plk nk tgk muka u lg..
she's the one in green...
to my dear friend..
kita berkawan sejak form 1..drp kasta yg berbeza (u anak org kaya maa...) tp bleh get along well..kenapa? I pun tak tau.serasi kot..nak kata sama terror pun tak jg..u always top student koman2 top 3... I?..hihi..top 100 kot.
form 1 sampai form 3 satu kelas..form 4 & form 5 kelas lain2 tapi satu hostel.homeroom yg sama dr form 1 sampai form 5.so kalau ada aktiviti homeroom mmg gerak sama2.
matrikulasi pun masih bersama...sama2 kena marah dgn ustaz ibrahim sb nak outing pakai baju biasa..sama2 kelentong cikgu farouq masa outing ke penang...(your idea okay..)sib baik tak jadi apa2....(huh..sapa kata best student tu budak baik??) then sama2 lepak kat rumah 'ella' masa weekend...(lots of memories in that house).
temankan u dating masa matrik dulu...remember?

bila masuk U kita terpisah sb u buat medik kt australia..I kt m'sia.tp bila cuti u'll alwez visit me kat U.kebetulan ur sister was my lecturer...pernah sekali u jumpa i masa tgh kelas..masa tu yr 5 rasanya.ada discussion kat ward.biasalah budak medik discuss case sambil berdiri jer kt dlm ward.u hentam join jer.pastu siap sembang kuk kik kuk kik dok gelak dua2 org..sib baik tak kena marah dgn lecturer..

masa i HO u still belajar tp masih jumpa bila u balik m'sia..i ingat lg masa kita g tgk preview ringgit kasorga tu.macam best jer dok line depan..pastu lena..hehehe..i penat ler..tau2 jelah HO..keja mcm kuli.

after u got married kita dah jarang2 sgt contact..sorry i tak attend ur wedding.i tgh sibuk uruskan my resignation masa tu..ingat lg tak u cakap 'sapa yg tak attend wedding kira putus friendship'....anyway u pun tak attend my wedding..hahaha..tp takpe coz u were pregnant 7 mth+ that time.jauh jg kl ke kedah ni.

last jumpa raya thn lepas..i thot bleh tgk muka hbby u tp u tak bawa pun..(tengok kt fb jer lah).tp at least bleh tgk muka anak2 u yg  tiga org tu..i suka mata ur dotter.cantik...& rambut dia just like yours masa student dulu.

ailin...i wish u the best for your life & for ur dotter too..moga persahabatan kita berterusan hingga ke 'sana'....i still remember what 'ella' wrote in my diary..."i love seeing ur friendship with ailin...but things will change as we grow up...i've seen how friendship survive & how it didn't...."& ada lglah sambungan kt belakang2 tu.
so...
do keep in touch my dear...i luv u & gonna miss u a lot..
zwani.com myspace graphic comments











 

28 January 2010

cerita lama..

salam...
ngantuk sgt ler ari nie..
last nite tdo pk 2.30 pg sb dok susun dokumen utk pas kt member buat income tax..serabut serabai..bil2 pun ada yg cari tak jumpa lg..macam selalu..lepas dah siap semua baru nak jumpa...grrr..

untuk mengisi masa mengantuk ni maka jalan2lah ke fb..tgk gambaq2 lama yg di postkan oleh sorg member yg rajin ni..seronok tgk gambar masa budak2 ni..lelaki pompuan semua toya2 ja..tapi dlm muka toya tulah
la ni dah jd pilot..doctor pakar..bisnessman...cikgu..lecturer...datok..keja gomen..keja sendiri..macam-macam adaaa...
haji & hajah pun dah ramai...(me?not yet...)
yg dah kembali kepadaNya pun ada jg...Al Fatihah untuk mereka..
kepada yg sedang sakit moga2 cepat sembuh..


masa mula2 jadi warga mrsmk
gambar budak pompuan nanti sy cari dlm album lama.....kena tepek yg comei2 ja..