Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

04 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI

salam sejahtera...
lama benau tak menulis kat sini....haishhh....

cerita bulan 8...
18.8.18....tarikh pilihan untuk kenduri kahwin.
ramai yang akad nikah/kenduri kahwin pada tarikh tersebut. kami sendiri ada 4 undangan tapi hanya boleh hadir satu sahaja sebab lokasi yang satu itu terletak nun jauh di pantai timur dan pemilik kenduri adalah anak saudara suami....maka haruslah yg ini diutamakan. kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, maka saya hanya perlu bercuti pada hari Ahad.
kebetulan juga tarikh tersebut ada event group suami di Kuala Terengganu maka jimatlah belanja perjalanan kami....kira 2 in 1 gitu.


seperti biasa, untuk perjalanan yang jauh kami suka keluar awal pagi. sekitar jam 4 pagi adalah waktu pilihan dengan anggaran tiba di restoran Salim di Gerik sekitar waktu subuh. waktu yang elok untuk berhenti solat dan bersarapan sambil merehatkan tulang belakang. namun kta hanya merancang, Allah yang menentukan....hihihi.... mem rumah terlajak lena. terjaga sekitar jam 3.45 pagi. mana sempat dah nak bergerak jam 4 dengan nak bersiap2 dan nak kejutkan Nabila lagi... berkira-kira sorang diri, maka ambil keputusan untuk keluar selepas subuh. kejutkan suami, bagitau dia dan dia iyakan saja (dia bukan sedar pun rupanya...).


tok tek tok tek....dekat pukul 7 baru bergerak dari rumah....dalam keadaan hujan renyai2, encik suami berbunyi. tak puas hati sebab keluar lewat...tak rasa macam pergi bercuti katanya....hmmm....


tiba di Kuala Ketil perut dah berbunyi maka kami singgah ja kat gerai tepi jalan. tengah sedap2 makan hujan pula turun dengan maha lebat. tersadai sekejap kat situ sebab tak boleh nak ke kereta. alhamdlillah, tuan gerai yang baik hati gorengkan cempedak dan jamu semua pelanggannya....hujan2 kena cempedak goreng, apa nak dikata.   licin sepinggan kat meja kami.


meneruskan perjalanan dalam hujan yang sekejap reda sekejap lebat, tapi kebanyakannya lebatlah. kereta tak banyak tapi disebabkan hujan, perjalanan jadi perlahan. lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di puncak Titiwangsa. sejuk tak terkata....duduk dalam kereta rasa lebih panas daripada kat luar. 

kat sini terserempak dengan seorang anak muda, menunggang motosikal seorang diri dari Bukit Kayu Hitam ke Terengganu...saja jalan-jalan. menggigil kesejukan sebab ride dalam hujan....gigih betul dia. kebetulan berjumpa dengan seorang lagi solo rider jadi dapatlah juga kawan untuk dia ride sama-sama.

NI POSING....BUKAN GAMBAR CANDID


semasa nak bergerak dari puncak Titiwangsa ni, suami terperasan ada bunyi sesuatu dari bawah kereta. intai punya intai rupanya penutup tayar spare dah terbuka sedikit. sebahagain daripada penutup tu terkena jalan bila kereta reverse.....dah masalah pula. jalan basah nak letak lutut pun payah...suami big size, dia suruh wife dia betulkan.... kahkahkah....macam la wife dia ni tau sangat bab2 kereta. 
teringat ada plastik toto dalam kereta maka potonglah plastik tu sikit untuk alas lutut suami....dia yang buat sendiri....cek mana reti nak repair. guna gelang keychain untuk jadi cangkuk sementara. alhamdulillah bolehla sampai ke Nissan service centre untuk dibetulkan. tu pun tak ada spare part. depa ikat guna cable tight ja....dok guna yg itu sampai hari ni.


meneruskan perjalanan ke Terengganu dengan lapang dada tapi sekali sekala panas sebab kereta banyak yang slow....pergerakan jadi perlahan walau jalan lurus. hala tuju adalah Batu Buruk Terengganu sebab kami tempah bilik di situ. tapi sebelum ke bilik, suami nak ke stadium dulu untuk ambil tshirt eventnya. kami tiba di situ sekitar jam 6 petang dalam suasana hujan renyai2.sebelum itu....singgah sekejap di Penarik untuk lunch sambil layan nabila main buaian di tepi pantai dan kemudiannya solat di masjid berhampiran.
kemudian baru bergerak ke hotel bajet dan check in menjelang magrib. 
macam pergi ke JB dah jadinya....12 jam perjalanan.

PANTAI PENARIK

apa2pun, alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi....



lokasi penginapan ialah Intan Beach Resort..
deretan rumah teres dua tingkat di tepi pantai yang dijadikan hotel.
tidur satu malam  di sini. bilik di tingkat 1,dengan 2 katil queen, bertingkap dan berada di sudut tepi dengan pemandangan laut...harga sekitar rm127 satu malam....selesa dan puas hati dengan tahap kebersihannya.


INTAN BEACH RESORT


malamnya, dalam hujan lebat kami keluar ke majlis makan malam di 'bos' encik suami. hujan2 pun datang juga sebab jemputan adalah "you must attend"...hihi....dia pun suka sebab dapat jumpa kawan2 dari Johor.
makan sikit ja...sembang yang lebih (biasa la kan). saya pun makan sikit sebab perut tak berapa nak ok....sebu semacam ja. nabila yang pulun sakan. dia ni kat mana2 pun menang kalau bab makan.
plannya nak ke rumah kenduri lepas majlis makan malam tapi tak jadi sebab dah terlebih letih....balik bilik dan tidur saja la...

DI MAJLIS..
MAKAN SAJA....

JIWANG SEBELUM CHECK OUT





19 November 2012

KEDAH-SELANGOR-KL-MELAKA

salam..
sedikit gambar buat kenangan dari cuti2 hujung minggu yg lepas (10 - 13/11/12).

bergerak dari rumah menghala ke selatan melelui lebuhraya.singgah di Lumut sekejap..ke rumah kawan sebab SU nak hantar barang yg dikirim.dah singgah tu faham2 sajalah..makan & sembang2 sampai tengah hari.

terus bergerak ke Selangor melalui jalan biasa.

 terserempak dengan kumpulan konvoi 1MALAYSIA i di kawasan Lekir.
ahli kumpulan konvoi ni terlibat dgn kemalangan dgn treler menyebabkan kesesakan yg panjang.


sampai di Selangor sekitar jam 5 petang.ronda2 dulu cari rumah kawan & rumah kenduri supaya pagi2 esok tak kelam kabut nak cari.
kemudian hantar MIL ke rumah saudaranya kat Shah Alam untuk bermalam di situ.
kami lepak kat hotel bajet ja....area2 situ juga.

malam tu hujan renyai2 tapi nekad bawa juga budak2 pi ICity.
basah jugalah tanah & jalan kat ICity tu tapi alhamdulillah sepanjang berada di situ hujan berhenti.
 budak kecik yang sangat2 teruja bila dapat lepas bebas...dengan suasana yg meriah tu memang penatla nak control budak ni.
(mata dia jadi pelik...hihi)

 nak sangat naik benda alah ni...nama...circus apa ntah..
sekali bila dah naik...ambik kau...ketakutan..hahaha
tengok muka gabra tu...sib baik tak jerit nak turun.

 budak lasak kan...dah kena tarik telinga dgn abah sebab laju ja nak turun kat kawasan tanah belakang dia tu...licin kat situ sebab tak dak rumput..simply tanah...& basah.

 gila posing.
kakak nak bergambar sorang2 dia cepat ja mencelah..boleh buat gaya sama plk tu.

jalan punya jalan sedar2 dah dekat pukul 1 pagi...macam cepat ja masa bergerak.
balik la kan...nak tunggu apa lagi.budak kecik pun dah selekeh...kaki kotor kena air becak.saya basuh ja sikit dgn air mineral...marah dia sebab air tu sejuk..masuk ja dalam kereta terus lelap.

 kami bermalam kat hotel ni..rm80 ja satu malam.
bilik ok la juga..standard hotel bajet kan.cumanya saya tak berapa nak lelap sebab boleh dengar pung pang pung pang dari bilik2 bersebelahan...

esoknya bergerak ke rumah sedara MIL kat seksyen sebelah tu.ingatkan awal lagi rupanya dah pk 12 lebih..cuaca redup.sampai rumah sedara tu sembang2 & makan2 dulu....kira sarapan la.

lepas tu baru ke tempat tujuan sebenar.rumah kenduri di Bandar Bukit Raja Klang...rumah kawan lama SU sekeluarga.tapi rupa dah macam sedara..tak nampak mcm kawan pun.ini kenduri last dalam family ni sebab tu kena datang juga.
lauk semua sedap tapi 'maha pedas'....sedih sebab tak dapat nak menikmati...saya jenis tak tahan pedas.
 pengantin yg dirai...
tengok budak kecik tu...berlari nak menyelit dalam gambar...hish!!

lepas kenduri ni kami ke rumah member kat Meru...tokey nasi lemak.
lupa plk nak ambil gambar.nasi lemak dia memang terbaik la...tak dak bajet diet dah...org hidang depan mata tunggu apa lagi...cover balik yg makan tak puas tadi tu.

lepas sembang2 bagai,kami bergerak ke KL sebab esoknya SU ada urusan kerja.terus saja ke hotel Maluri Cheras.
 bilik best betoi...SU ambik dua bilik....connecting sebab mak dia ada sekali.nak bagi selesa.tengok la budak kecik tu...menghayati...
malam tu bagi dia tidur sorang satu katil queen tu..siap tolak tepi dinding & letak bantal2 kat sebelah satu lagi...boleh dia jatuh katil lagi...hish...lasak sungguh.
tak mau bg dia jatuh lagi,terpaksalah umie tdur dgn dia.

esoknya kami lepak2 saja dalam bilik sementara tunggu SU buat kerja.plannya nak suruh budak2 ni mandi kolam tapi depa tak mau la plk..tak ada geng katanya.
pukul 1 tgh hari baru SU siap kerja...terus checked out.
tetiba SU bgtau, kalau diikutkan dia kena tengok bilik kat Melaka utk program bulan 12 nanti.
fikir2...bincang2...jom ke Melakalah kita...kalau balik minggu depan kena datang lagi...jenuhla nak atur duit.saya pun ada cuti satu hari lagi...jalan teruslah.

maka kami pun menjelajahla Melaka...cari bilik.
untuk kami malam tu sekadar bermalam di Chalet Kak Long di Alai.semua sumbat satu bilik tapi ok la jugak..ada 2 queen bed & 2 single bed..ngam2 utk kami.
harga...rm130/nite.

siang esoknya lepas checked out menjelajah lagi ke beberapa hotel...at last satisfied with Hotel Mahkota di tengah2 pekan.

bergerak balik mengikut jalan biasa.
singgah lunch kat dalam kebun kelapa sawit ni..hujan2 gitu...so tak boleh bawa turun kamera.ni kat area Masjid Tanah.
nasi arabnya sedap...cendol lempuk pun ok juga.tapi cendol lempuk yg tapau utk MIL masam plk santannya...sian dia..takleh makan.bukannya simpan lama pun...masuk kereta terus makan.mungkin santan yg dia guna tu dah tak elok.masuk air hujan kot..hehe.



walaupun agak penat...perjalanan kali ni telah mencapai matlamat yg ditetapkan..
1...makan kenduri kawan SU
2...makan nasi lemak Siti (katanya sekarang dah jadi nasi lemak Meru)
3...dapat jelajah ICity..puas kot budak2 ni bergambar
4...SU dapat settle beberapa perkara di KL
5...dapat cari hotel kat Melaka
6...dapat ambil koordinate UITM Melaka utk member sebab anaknya nak register hujung minggu ni

satu niat ja tak tercapai....nak melawat nabila & adiknya naufal...
insyaAllah one day.


....alhamdulillah.

04 May 2011

SALAM KEMBALI...JOM CUCI MATA

salam kembali..
tu diaaaa!!!!berkurun tak masuk rumah ni...ish..ish..ish...

minta maaflah kepada semua tetamu yg menjenguk..tuan rumah weng2 sikit.banyak kerja nak kena buat.tapi dalam banyak kerja tu sempat lagi pi makan angin...eh!!...makan durian.

30.4.2011 (sabtu)...weekend yg agak panjang.
memang pantang la ada weekend panjang2 gini...mesti nak berarak kat jalan raya.makanya,sempena meraikan penghujung musim durian (season pertama) kami ahli2 NARC sempat memeriahkan kawasan perkelahan ULU KENAS Kuala Kangsar Perak.

keluar rumah pukul 7.30 pg kemudian berhenti sana sini nak cukupkan korum maka akhirnya sampai juga kat tempat berkelah tu sekitar jam 11 pagi.semua yang join adalah 9 keluarga (avanza sahaja)

ketibaan kami disambut oleh deretan ini...

seperti biasa,acara pertama ialah mengisi perut.
pulut pun ada.
nasi & lauk pauk pun ada gak.

abang baby dgn penuh gaya...tapi gagal..hahaha!!

sambil tu chip potong kek dgn anak2 terunanya..
3 beranak ni lahir bulan april..

sikecik & abahnya berkongsi tarikh lahir....
sebab tu perangai serupa kot.

lepas makan terjun sungailah....
nurul...nabila...anis

area kami

pasir halus & bersih..macam kat pantai
haris & ???...lupa nama la dik...sori no..

turn abah pegang nabila
budak kecik ni tak tau takut...letih nak pegang dia.dah la berat.

ibu2 bergosipping..
budak baju merah (boboy) baru lepas sentap

bahagia la depa...
our sukuriti gad

tempat yang cantik.....air laju mungkin sebab musim hujan.
memang kena hati2 sebab kedalaman air tak sekata walaupun dalam satu 'pool'.

sisa makanan 'opet'

lepas mandi..makan lagi...pastu mandi lagi...pastu makan lagi..
memang hantu air & hantu makan la geng ni..
si kecik kenit yang sangat baik...
lain kali ada konvoi join lagi yer...

main dgn pokok sb semua org tak larat nak layan dah.
dia uk..uk masa ni tapi umie tak perasan.dia dah bgtau tp umie tak percaya...(hihi).
sib baik sebelum bergerak tu terperasan jugak...terus salin.terpaksalah org lain tunggu.
bukan senang nak salin pampers budak ni...banyak main2.

lebih kurang 4.30 ptg baru bergerak balik.tapi singgah dulu kat pekan KK sebab ada KARNIVAL VESPA,MOTOR KLASIK & KERETA ANTIK.saya tak join..tunggu dlm kereta ja sb dah tak berdaya nak jalan...lgpun hujan.mek kecik pun dah terbongkang.


4 sekawan...our bujang teruna

actually pameran tu pun dah nak habis sebab dah lewat petang.
lepas pilot2 & anak2 teruna jamu mata kat situ kami bergerak untuk isi perut sekali lagi (see...hantu makan kan???)
dah tak cukup 9 family

lepas makan baru bergerak balik rumah.
highway jem!!!

sampai rumah pukul 9 lebih sebab SU ajak singgah PERDA utk isi perut lg...(lagi????)...dia ja yg makan.kami minum ja pun.

sekian laporan cuti kami...
(laporan ttg budak bambam menyusul kemudian)