22 January 2018

RAWATAN CIRIT-BIRIT YANG RINGKAS DAN SELAMAT

assalamualaikum....
salam sejahtera...

memulakan hari selepas bercuti 2 hari setengah....lemau jadinya. sama dengan lemau si Nabila budak bertuah yang malamnya beria-ia berjanji nak ke sekolah tapi paginya meliat nak bangun. biasanya pai-pagi abahnya yang kejutkan...kurang sikit mengada-ngada bila dengan abah. bila abahnya tak ada macam hari ni, maka waktu bangun pagi abahnya kena call, kejutkan dia melalui phone. pagi tadi dia sembang ja dengan abahnya tapi tak bangun pun. last-last abah buat video call....hahaa....tak boleh nak mengelat. abah nampak.

makin besar makin banyak akalnya.....sabar saja laa...

hari ni dia ke sekolah diiringi debaran di hati umienya sebab hari Sabtu dan pagi Ahad dia cirit-birit. berlaku waktu pagi saja. sensitif pula perutnya lepas kejadian muntah dan cirit birit dua minggu lepas. tak boleh ambil makanan bersusu buat sementara ni.

walaupun dia boleh ke tandas sendiri tapi bila tak sihat macam ni, risau juga. dia pun ada rasa malu bila pakaiannya kotor. alhamdulillah, cikgu-cikgu dan PPM sentiasa membantu. kalau perlu mereka akan call untuk ambil anak. 
moga Nabila sihat-sihat saja. tambahan pula hujung minggu ni ada kenduri yang "must attend"...insyaAllah moga dipermudahkan urusan.


apa rawatan yang biasanya saya gunakan untuk Nabila bila dia alami cirit-birit?
1.    pastikan dia makan dan minum walaupun sedikit. 
2. probiotik...saya lebih suka guna probiotik untuk menstabilkan semula keadaan ususnya berbanding ubat untuk memberhentikan cirit-birit. probiotik yang saya gunakan adalah dari jenama profido ataupun hexbio.
3.   immune booster nutriferon. ini untuk mempercepatkan pemulihannya dengan membantu sistem imun bertindak lebih pantas.
4.    jaga pemakanan. elakkan yang bersusu, pedas dan berminyak.

saya tak bagi dia ORS sebab dia tak akan minum. jadi gunakan air masak atau teh o dengan sedikit gula. kalau ada air kelapa boleh juga digunakan untuk memberi tenaga.

kenapa saya tak gunakan ubat untuk memberhentikan cirit-birit? sebab pembuangan najis itu adalah salah satu cara badan menyingkirkan kuman yang telah masuk ke dalam saluran usus. jadi biarkan sahaja ia keluar tetapi pastikan anak tidak kekurangan air (dehydrated). hanya bila perlu sangat, saya akan berikan ubat sekadar untuk mengurangkan kekerapan ke tandas (dos ubat yang kecil).


pemulihan memang agak perlahan. perlu bersabar asalkan anak kembali sihat sepenuhnya.


untuk kes yang serius, sila bawa anak ke hospital untuk rawatan selanjutnya. kehilangan air dan garam galian dari tubuh yang tidak terkawal boleh mengancam nyawa.









No comments: