18 January 2018

HANYA KESYUKURAN DARI KAMI....

18.1.18....
cantik tarikhnya...

hari yang agak sibuk dan meletihkan....ni baru nak rehat (sambil bekerja).
awal-awal pagi temankan kakak sulung buat follow up mammogram dan ultrasound payudara. biasanya kakak ke 2 yang temankan tapi hari ni suami kakak ke 2 juga nak buat ujian darah maka kami berbahagi tugas.

keluar awal ke hospital, sebelum pukul 7 pagi sebab nak pastikan dapat parking yang dekat dengan unit radiologi.parking kat HSAH ni memang sangat terhad. alhamdulillah, sampai hospital jam 7.15 am....banyak parking kosong. lega rasa hati sebab kakak tak perlu berjalan jauh. kalau setakat diri sendiri memang tak ada masalah sangat. bila bawa kakak ni, kena cari yang memudahkan dia.

lebih kurang sejam tunggu kat unit radiologi, alhamdulillah ke dua-dua ujian membawa khabar gembira. tiada masalah baru.

lebih kurang 4 tahun lepas dia diagnosakan dengan kanser payudara. sebelah payudaranya telah dibuang (radical mastectomy) dan telah menjalani 6 sesi kimoterapi. rawatan radioterapi tidak dilakukan atas sebab masalah peribadinya yang menjadikan persekitaran untuk rawatan itu sangat tidak sesuai untuknya. kami sungguh-sungguh berserah kepada Allah kerana terpaksa menidakkan radioterapi. agak lama berbincang dengan pakar untuk membuat keputusan tersebut. sesungguhnya, dengan anugerah sihat yang dikurniakan Allah kepada dirinya sehingga ke waktu ini membuatkan saya dan kakak ke 2 agak lega dan sangat bersyukur. sebolehnya kami tidak mahu lagi melihat dia melalui fasa yang sukar itu.


moga Allah terus melindungi dia daripada sebarang kesukaran dunia.....moga Allah kurniakan dia kebahagiaan yang hakiki. di sebalik segala kekurangannya, kami tetap mengasihi dia...




No comments: