Showing posts with label melawat Terengganu. Show all posts
Showing posts with label melawat Terengganu. Show all posts

05 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI (part 2)

salam sejahtera....

18.8.18....tarikh kenduri..

tak la pula kami terus ke rumah kenduri....
pagi-pagi berduaan dengan encik suami berjalan kat tepi pantai tunggu matahari muncul. hobi saya yang lamaaaa dah tak diulang. kebelakangan ni encik suami plk menunjukkan minat yang sama. senanglah nak bersantai di pagi hari, ada kawan. tapi nama ja jalan bersama....masing-masing buat hal sendiri. fokus mencari view menarik. seronok sebenarnya lepak tepi pantai sambil dengar bunyi ombak....pagi-pagi sunyi tak ramai orang. terasa lebih mendamaikan. 




selesai layan mata & minda di situ kami masuk semula ke bilik, bersiap untuk check out dan bergerak ke rumah kenduri. tapi sebelum tu singgah di gerai tepi pantai Batu Buruk untuk sarapan dulu. dengan perut yang masih tak berapa nak selesa tapi lebih baik dari hari sebelumnya, layan jugalah sikit makanan sambil beringat sebab nanti nak isi lagi di rumah kenduri.


kemudiannnya, kami bergerak ke lokasi sebenar....Kampung Padang Machang, Manir Terengganu. pertama kali ke rumah ini sebab sebelumnya mereka tinggal di Kelantan. alhamdulillah, tiba di lokasi tampa sebarang masalah. tetamu juga tidak terlalu ramai maka agak selesa walau panas tengahari agak terik. dapatlah makan, beramah mesra & lepak dengan tenang. Nabila pun bebas bergerak terutama sekali masa pengantin sampai...dia punya sibuk mengalahkan photographer berbayar.

PASANGAN PENGANTIN
BERSAMA KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN


selesai kenduri kami bergerak ke Primula Beach Resort untuk check in di situ pula. berpindah hotel sebab mencari yang ada kolam untuk nabila. dah gian sangat nak mandi kolam.




petang itu juga dia turun kolam....mandi sendiri dengan kanak-kanak lain. umie tengok ja sebab nak jumpa kawan (junior sekolah menengah) untuk sampaikan barang yang dikirim. abahnya dengan si kakak keluar cari kedai tayar sebab tayar depan dah kehilangan angin.
pening jugakla umienya. sembang dengan kawan pun tak puas sebab mata kena asyik tengok nabila ni...dalam dok perhatikan pun, terlepas juga dia ke kolam dewasa. alhamdulillah cepat nampak, dia belum sampai ke kawasan yang dalam lagi.


SERONOK NAMPAK HELIKOPTER

slide kat belakang tu....sampai ja kat kolam beria2 dia nak naik.
 larang pun tak jadi apa.
sekali meluncur ke air, terus tenggelam....
baru dia tau slide tu tinggi & air tu pun agak dalam.
tak naik dah lepas tu...

satu perkara tentang kolam di hotel ni ialah kolam dewasa dan kanak-kanak bersambung.....hanya diletakkan tali berpelampung sebagai pembahagi. agak bahaya sebab kanak-kanak boleh terlepas ke bahagian dewasa dengan mudah. saya dah nampak perkara ni dari awal semasa melihat gambar hotel dalam laman web. memang agak risau dan sentiasa berwaspada.


selesai mandi kolam abahnya bawa ke tepi pantai pula sementara saya menghantar kawan ke kereta. rupa-rupanya ada aktiviti mereka kat pantai tu. 
malamnya baru ditunjukkan kepada saya.....nabila kena buli dengan abahnya. kena lari kat pantai sebab abah nak shoot gambar....hihi....kesian plk tengok.


MUKA PENAT TAPI TERPAKSA SENYUM

malam tu nabila memang habis tenaga....ajak keluar meronda pun tak mau dah. nak lepak bilik ja katanya. tapi bawa keluar juga sebab nak makan. muncung ja dia....keletihan. lepas makan pergi pula rumah saudara...lagilah dia stress..



pagi Ahad 19.8.18...
hari bergerak balik. plannya nak bagi nabila main kolam seround lagi tapi dia dah tak daya nak buka mata.....letih sangat kot. maka biarkan saja dia melayan tidur sampai puas. kami dating berdua di cafe hotel. sarapannya ok la...tak banyak pilihan tapi dari segi rasa, bolehla. not bad.


FACING THE POOL
"DATING..."

lepas check out, rancangan asalnya nak ke Pasir Putih (suami nak berjumpa kawannya) dan kemudian lunch di Kota Bharu (anak dara nak makan ayam percik Yati) sebelum bergerak balik. namun kita hanya merancang. lain pula jadinya. Encik suami ada urusan lain pula dengan kawannya di Kuala Terengganu....maka tersasarlah timing. selepas makan nasi ayam Hainan dan suami settlekan urusan dia semua, sekitar pukul 3 ptg baru nak bergerak keluar dari KT. batallah agenda menyinggah di Kelantan. kami terus saja bergerak balik ke Kedah. dalam perjalanan bertemu dengan kawan yang baru balik dari Pulau Redang. jadi kami bergerak bersama dari Jeli menuju Sungai Petani. dalam letih dan mengantuk disertai hujan di beberapa tempat, akhirnya selamat tiba di ruamh menjelang 12 malam.  syukur alhamdulillah...perjalanan yang dilindungi oleh Allah swt.


BAIKLA KONONNYA....


Isnin & Selasa saya kerja...Rabu hari raya korban..
minggu yang sangat meletihkan..


seronok bercuti di Terengganu....insyaAllah nanti ada usia & kelapangan akan dijengah lagi. 






04 September 2018

JALAN-JALAN KENDURI

salam sejahtera...
lama benau tak menulis kat sini....haishhh....

cerita bulan 8...
18.8.18....tarikh pilihan untuk kenduri kahwin.
ramai yang akad nikah/kenduri kahwin pada tarikh tersebut. kami sendiri ada 4 undangan tapi hanya boleh hadir satu sahaja sebab lokasi yang satu itu terletak nun jauh di pantai timur dan pemilik kenduri adalah anak saudara suami....maka haruslah yg ini diutamakan. kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, maka saya hanya perlu bercuti pada hari Ahad.
kebetulan juga tarikh tersebut ada event group suami di Kuala Terengganu maka jimatlah belanja perjalanan kami....kira 2 in 1 gitu.


seperti biasa, untuk perjalanan yang jauh kami suka keluar awal pagi. sekitar jam 4 pagi adalah waktu pilihan dengan anggaran tiba di restoran Salim di Gerik sekitar waktu subuh. waktu yang elok untuk berhenti solat dan bersarapan sambil merehatkan tulang belakang. namun kta hanya merancang, Allah yang menentukan....hihihi.... mem rumah terlajak lena. terjaga sekitar jam 3.45 pagi. mana sempat dah nak bergerak jam 4 dengan nak bersiap2 dan nak kejutkan Nabila lagi... berkira-kira sorang diri, maka ambil keputusan untuk keluar selepas subuh. kejutkan suami, bagitau dia dan dia iyakan saja (dia bukan sedar pun rupanya...).


tok tek tok tek....dekat pukul 7 baru bergerak dari rumah....dalam keadaan hujan renyai2, encik suami berbunyi. tak puas hati sebab keluar lewat...tak rasa macam pergi bercuti katanya....hmmm....


tiba di Kuala Ketil perut dah berbunyi maka kami singgah ja kat gerai tepi jalan. tengah sedap2 makan hujan pula turun dengan maha lebat. tersadai sekejap kat situ sebab tak boleh nak ke kereta. alhamdlillah, tuan gerai yang baik hati gorengkan cempedak dan jamu semua pelanggannya....hujan2 kena cempedak goreng, apa nak dikata.   licin sepinggan kat meja kami.


meneruskan perjalanan dalam hujan yang sekejap reda sekejap lebat, tapi kebanyakannya lebatlah. kereta tak banyak tapi disebabkan hujan, perjalanan jadi perlahan. lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di puncak Titiwangsa. sejuk tak terkata....duduk dalam kereta rasa lebih panas daripada kat luar. 

kat sini terserempak dengan seorang anak muda, menunggang motosikal seorang diri dari Bukit Kayu Hitam ke Terengganu...saja jalan-jalan. menggigil kesejukan sebab ride dalam hujan....gigih betul dia. kebetulan berjumpa dengan seorang lagi solo rider jadi dapatlah juga kawan untuk dia ride sama-sama.

NI POSING....BUKAN GAMBAR CANDID


semasa nak bergerak dari puncak Titiwangsa ni, suami terperasan ada bunyi sesuatu dari bawah kereta. intai punya intai rupanya penutup tayar spare dah terbuka sedikit. sebahagain daripada penutup tu terkena jalan bila kereta reverse.....dah masalah pula. jalan basah nak letak lutut pun payah...suami big size, dia suruh wife dia betulkan.... kahkahkah....macam la wife dia ni tau sangat bab2 kereta. 
teringat ada plastik toto dalam kereta maka potonglah plastik tu sikit untuk alas lutut suami....dia yang buat sendiri....cek mana reti nak repair. guna gelang keychain untuk jadi cangkuk sementara. alhamdulillah bolehla sampai ke Nissan service centre untuk dibetulkan. tu pun tak ada spare part. depa ikat guna cable tight ja....dok guna yg itu sampai hari ni.


meneruskan perjalanan ke Terengganu dengan lapang dada tapi sekali sekala panas sebab kereta banyak yang slow....pergerakan jadi perlahan walau jalan lurus. hala tuju adalah Batu Buruk Terengganu sebab kami tempah bilik di situ. tapi sebelum ke bilik, suami nak ke stadium dulu untuk ambil tshirt eventnya. kami tiba di situ sekitar jam 6 petang dalam suasana hujan renyai2.sebelum itu....singgah sekejap di Penarik untuk lunch sambil layan nabila main buaian di tepi pantai dan kemudiannya solat di masjid berhampiran.
kemudian baru bergerak ke hotel bajet dan check in menjelang magrib. 
macam pergi ke JB dah jadinya....12 jam perjalanan.

PANTAI PENARIK

apa2pun, alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi....



lokasi penginapan ialah Intan Beach Resort..
deretan rumah teres dua tingkat di tepi pantai yang dijadikan hotel.
tidur satu malam  di sini. bilik di tingkat 1,dengan 2 katil queen, bertingkap dan berada di sudut tepi dengan pemandangan laut...harga sekitar rm127 satu malam....selesa dan puas hati dengan tahap kebersihannya.


INTAN BEACH RESORT


malamnya, dalam hujan lebat kami keluar ke majlis makan malam di 'bos' encik suami. hujan2 pun datang juga sebab jemputan adalah "you must attend"...hihi....dia pun suka sebab dapat jumpa kawan2 dari Johor.
makan sikit ja...sembang yang lebih (biasa la kan). saya pun makan sikit sebab perut tak berapa nak ok....sebu semacam ja. nabila yang pulun sakan. dia ni kat mana2 pun menang kalau bab makan.
plannya nak ke rumah kenduri lepas majlis makan malam tapi tak jadi sebab dah terlebih letih....balik bilik dan tidur saja la...

DI MAJLIS..
MAKAN SAJA....

JIWANG SEBELUM CHECK OUT