Showing posts with label aktiviti hari cuti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hari cuti. Show all posts

12 August 2016

SATUN THAILAND.....MELAKSANAKAN AMANAH

salam sejahtera....
rindunya kat blog ni....
lama terbiar.

banyak lifestory yg tak tercatat di sini.....insyaAllah nanti kita share sikit2.

ni kisah hujung minggu yg baru berlalu.

bersempena Ramdhan dan nuzul Quran baru2 ni, en suami telah mengambil inisiatif sekali lagi mengadakan kutipan Al Quran untuk diwakafkan kepada pihak yang memerlukan.
alhamdulillah, lebih 200 naskah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai (terutamanya kenalan).

maka pada hari Jumaat baru-baru ini, kami sekeluarga telah bergerak ke Satun (selatan Thailand) untuk menghantar naskah2 AlQuran ini kepada wakil di sana.

memasuki negara Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian, keadaan agak lengang berbanding Bukit Kayu Hitam.tak perlu beratur panjang, tak perlu dengar bunyi enjin dan hon lori2 besar, tak perlu sedut asap kenderaan yang banyak....tenang dan selesa.

Tiba di tempat yang dijanjikan dengan wakil di sana sekitar jam 6 petang di Kampung Ban Khuan, Satun. kami bertemu di sekolah yg didirikan oleh pemuda ini atas bantuan/sumbangan kewangan sahabat2nya dari Malaysia.sekolah terletak bersebelahan dengan masjid menampung pembelajaran hampir 400 org murid beragama Islam. setiap malam diadakan kelas mengaji Al Quran manakala pada hujung minggu diadakan kelas Bahasa Melayu. Pemuda yg berasal dari Malaysia ini merupakan pengasas dan guru Bahasa Melayu kepada kanak2 tersebut.
semuanya dilakukan secara sukarela dengan niat membangunkan dan memperkasakan bahasa Melayu dan agama Islam dalam jiwa kanak2 ini.

dari masjid ini kami bergerak ke rumah pemuda tersebut untuk meninggalkan naskah2 Al Quran sebelum ianya dihantar kepada pihak yang memerlukan.penerima yg dipilih adalah guru2 agama yang mengajar AlQuran di rumah mereka sendiri.

damai sekali kawasan rumahnya....jauh ke dalam kampung. bersebelahan dengan sungai yang bersih dan jernih.


selesai menurunkan naskah2 Al Quran, kami bergerak ke Pakbara untuk dinner dan bermalam di situ.
hajat awalnya nak bermalam di Satun, namun tak digalakkan oleh sahabat tadi kerana katanya tiada apa yg menarik  di situ terutamanya di waktu malam.


maka, sampailah kami di Pakbara menjelang waktu magrib.
menginap di bilik bersebelahan pantai namun tak rasa angin laut kerana air telah surut.

paginya, selepas sarapan dan santai2 sekejap di tepi pantai, kami bergerak untuk balik ke Malaysia.
singgah sekejap di Wang Kelian, meronda dan membeli apa yang teringin.


biasanya pagi Sabtu dan Ahad, pekan Wang Kelian di tanah Semenanjung penuh dengan deretan gerai penjaja serta sesak dengan pengunjung tapi kini tiada lagi suasana meriah itu.
tiada peniaga2 tepi jalan.....kosong dan sunyi.
bangunan bazar yg disediakan juga kosong.nampak seperti ada beberapa gerai di belakangnya namun suram.

jika ingin shopping di Wang Kelian, rakyat Malaysia perlu melintasi sempadan dang menggunakan border pass atau passport. tidak lagi seperti dulu di mana hanya perlu gunakan kad pengenalan.perkara ini menyebabkan gerai2 di seberang sempadan juga agak lengang.


kembali ke Malaysia.....bersinggah2 dahulu di Arau dan Kuala Kedah atas urusan encik suami...


tiba di rumah sekitar jam 10 malam....
dengan rasa lapang dada dan syukur kepadaNya kerana satu amanah yang berat selesai dilaksanakan.

sebelum tiba di rumah, wakil di Thailand telah mengirimkan gambar2 penerima naskah2 AlQuran tersebut melalui wassap kepada encik suami. sebahagian besarnya diedarkan pada petang hari yg sama.








01 April 2014

MALAM CINTA RASUL, YAN KEDAH

salam buat semua...
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkelana di bumi ini...
moga kita semua sentiasa di dalam perlindunganNya..

memasuki bulan ke 4 kalender masihi..
April...
bulan kelahiran Rasulullah saw (20 April tahun Gajah)...
dan bulan kelahiran empunya blog...hiiiii....

Sabtu 29.3.2014...

bertempat di Padang Majilis Perbandaran Pantai Murni Yan Kedah....





bersama-sama Habib Syech Abdul Qadir Assegaf
disertai Ustaz Don.








MALAM CINTA RASUL....

sangat2 menunggu program ni sebab masa yang buat kat Alor Setar dulu tu termiss atas masalah teknikal (hehe....).

tiba di kawasan program sekitar jam 7.00 petang...kawasan ni agak sempit...parking kat dalam bendang @ sawah...musim kemarau bendang kering.
kebetulan setelah sekian lama kering,hari tu hujan turun...di kawasan SP agak lebat tapi masa tiba kat Yan cuaca masih cerah.menjelang maghrib rintik2 hujan mula turun...dalam hati mendoakan supaya tak lebat.
selepas maghrib siap landing kat tempat yang dirasakan terbaik di hadapan pentas...tengah tunggu acara bermula (solat Isyak & solat Hajat beramai2),hujan makin lebat...dengan angin ribut sekali.kawasan tepi pantai maka anginnya agak kuat.
terus berlindung di bawah khemah pameran tapi hujan berterusan maka solat beramai2 dibatalkan.masing2 bersolat di surau berhampiran.

selesai Isyak hujan mula renyai...maka program dimulakan.walaupun agak terlewat sebab masalah teknikal akibat kejadian ribut orang ramai tetap memenuhi ruang....duduk bersila di padang dengan berpayung.kami?....tak ada payung2....seronok pula mandi hujan...sekejap renyai sekejap lebat...memang lencun @ kuyup....tapi best....terasa syahdu bila menghayati alunan qasidah & salawat dalam kawasan terbuka sambil disirami hujan...
pukul 11.30 mlm barulah hujan berhenti sepenuhnya.
kagum dgn semangat pengunjung yang bawa anak2 kecil...berpayung terus2an tanpa berganjak tempat duduk..anak2 pun elok saja.tak ada yang menangis meraung...tenang agaknya dengan alunan kalimah memuji Rasul.

sedikit ceramah dari Ustaz Don....seronok dengar dia bercakap...lembut saja suara..mula2 ditenggelami oleh suara makcik2 yang bersembang kat sebelah saya...tapi lama2 suara Ustaz makin tegas & lantang...rasa macam singkat plk ceramahnya.doa dari Ustaz Don sangat menyentuh rasa....begitu juga doa yang dibaca oleh Datok Jamil Khir di akhir program...bergenang airmata dibuatnya.

program tamat sekitar jam 12 malam...macam yang dijangkakan....berjalan balik ke parking selepas hujan adalah mencabar...tanah bendang kena hujan...hehe...licin & melekat2 di tapak kasut....mujur tak ada yang tergolek..& alhamdulillah kereta tak tersangkut dalam bendang tu.tapi ambil masa jugalah nak bersihkan kaki.tu pun dapat bersih sebahagian ja....balik sambung cuci kat kedai makan (sempat lagi singgah kedai makan)...laparrrr....lunch sekitar jam 1 tengah hari kat rumah kenduri...mana tak lapar.sampai rumah hampir jam 3 pagi...kawan sefamily lagi sampai rumah jam 5 lebih...
letih?...memanglah...
tapi best...sangat2 berbaloi...kalau ada lagi di kawasan utara ni pasti akan ikut lagi (moga diberi kesempatan)...

***tak bawa Nabila sebab takut tak terlayan lasak dia...
***nabila pun boleh cam wajah Habib ni...kalau nampak poster yg ada muka Habib dia akan cakap "umie..tu....lalalalala....Allah!" (lalalala = ya hanana)


03 June 2013

THE SABTU

salam...

penat berkenduri?
musim kenduri kahwin...
staf saya juga baru melangsungkan perkahwinan pada 1.6.13 & sekarang masih bercuti.sampai hari ni ja...esok masuk kerja semula.
pada 1.6.13 itu saya ada 3 jemputan...malangnya telah termiss satu sebab 100% terlupa...dan yg termiss itu adalah rumah cikgu masa sekolah menengah dulu....hari Ahad tgk kat fb baru teringat....maaf cikgu.menantu ke 3 nanti jemput lagi....insyaAllah ada umur yg panjang akan cuba utk hadir.

agak kelam kabut sikit sebenarnya pada hari Sabtu tersebut sebab menghadiri pengkebumian mak saudara yg meninggal pada hari Jumaat malam di Alor Setar.kami sampai agak lewat iaitu semasa jenazah sedang diangkat utk dibawa ke masjid.maka kami menunggu sehingga selesai bacaan talkin iaitu menjelang zohor.

arwah adalah isteri kepada adik tiri bapa saya.walaupun saudara tiri bapa,hubungan kami agak rapat sejak kecil lagi.cuma bila masing2 meningkat usia,kami agak jarang bertemu melainkan ketika kenduri atau hari raya.arwah makcik meninggal kerana kegagalan jantung & buah pinggang.

ALFATIHAH buat arwah makcik Ma.



selesai di Alor Setar terus saja balik untuk ke kenduri staff saya...kemudian petangnya ke kenduri sahabat SU di SP....kenyang.

tak terus balik ke rumah....kami bergerak ke Taiping...saja meronda hingga ke zoo Taiping.malangnya sampai dekat pukul 7 mlm....gate dah tutup.tunggu utk buka kaunter Night Safari pk 8 mlm..lepak2 kat depan kaunter tu sambil melayan budak kecik meronda.setelah timbang tara dibuat,kami tak tunggu pun utk night safari...bergerak keluar cari makan & balik rumah....
bak kata Nurul bila ditanya abahnya..."jomlah...drp beli tiket,  aik guna duit tu utk makan".....hehehe....jenis pentingkan perut semuanya....

tak ada mood sebenarnya nak masuk Night Safari sebab tak boleh ambil gambar.lgpun dah gelap2 tu belum tentu boleh nampak binatang2nya.

untungnya bawa budak kecik macam nabila ni...tak kisah nak masuk ke tidak (sebab dia bukan tau pun yg itu adalah zoo)....janji dia boleh bebas berjalan.

begitulah berakhirnya hujung minggu saya...
dan semalam (Ahad) berhujan sekeluarga ke kenduri sepupu arwah ibu budak2 ni...
sakit pinggang sampai hari ni sebab mengangkat budak kecik yg tak mau balik....ishh...dahla hujan.


27 February 2013

BILA TAK SEKOLAH

salam....

kisah budak kecik bambam..
petang semalam dia buat marthon lena.
lepas kena marah dgn abahnya sebab buli kucing,dia tidur....kena tepuk2 jugakla baru nak lena...masa tu lebih kurang pk 4 ptg.semalam redup & berselang seli dgn hujan...buka pintu ja angin sejuk menerpa masuk.mmg best melayan zzzzz....

saya pergi kerja pun dia tak sedar.pukul 8 lebih dia bangun..kakaknya bagi mandi.pakai pampers...dia boleh sambung tidur lagi...sampailah pagi ni.tapi hari ni bangun awal la...pk 6 lebih.ikut abah hantar along & kakak ke sekolah.dah terlebih dari cukup tidurnya tu maka segar bugar & ceria ja lah hari ni.dah la tak sekolah (ada session utk physiotherapy shj)..

hari ni ikut abah buat kerja...

agenda utama..
basuh pak hitam yg dah tukaq jadi kelabu..
semangat nak basuh kereta...siap senteng seluar.
gebu la bb oiii!!!!

lepak saja la....
kamu bkn nk basuh...nk main ja pun.

agenda seterusnya...
ikut abah laaa....