Showing posts with label G-two Kulim. Show all posts
Showing posts with label G-two Kulim. Show all posts

16 June 2013

SELAMAT.....

salam...


update....
my sis dah discharge dari hospital kemarin....alhamdulillah....post op was uneventful.
next adalah ultrasound abdomen pada 18/6 & tunggu tarikh temujanji onchology penang..depa pi bagi tarikh hari Sabtu makanya kenalah depa call penang semula...sapa kerja hari Sabtu kannnn???!!
anyway....selama my sis duduk kat wad & beberapa kali saya ulang alik keluar masuk....saya dapati nurse2 kat situ semua ok.mesra pelanggan belaka.alhamdulillah.
malam ni nak buang benang jahit tu (STO)...buat sendiri sajalah kat rumah....

lagi satu cerita...
tahniah kepada warga G2 yang telah memenangi pertandingan futsal ANSARA 69 (SPM 1986) kemarin...mengalahkan KB dn jaringan 5-0......
berbaloi top scorer terbang balik dari jauh semata2 utk bermain futsal....(dari arab sana...Abu Dhabi kot).
dia senyum sorang2 dalam kapalterbang malam ni (terbang balik rumah dah)...

depa ni semua mmg footballer zaman sekolah dulu.
well done guys...
tahun depan boleh menang lagi kot?

 dua2 gambar ni diciplak dari fb group tanpa kebenaran...hihi


Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.....moga menjadi bapa yang disayangi & dihormati anak2....
ALFATIHAH buat arwah bapaku yang tersayang...miss u so much & forever.

16 January 2013

31 TAHUN LALU

assalamualaikum/salam sejahtera..


hari ni 16 Januari...
31 tahun yg lalu (1982)....
saya bersama rakan2 lain serta ahli keluarga masing2 dengan penuh debaran menempuh hari pertama bergelar pelajar sekolah menengah berasrama penuh.
dengan nombor maktab 150/82,saya dengan rasa tidak konfidennya mula menempuhi alam hidup di asrama...

lima tahun di alam menengah & setahun di matrikulasi membuatkan kehidupan di MRSM Kulim menjadi sebati dalam hidup....kenangan terindah yang tiada gantinya.

hari ini di group FB masing2 mengimbau detik pertemuan pertama itu..
31 tahun........
cepatnya masa berlalu...
moga terus diberikan ingatan yang baik oleh ALLAH untuk mengingati detik2 manis dalam hidup.
G-two....we're friends forever.


notes:
ada anak2 yang menangis bila masuk ke asrama buat kali pertama....
katanya,duduk asrama tak seronok seperti yang disangkakan...
well....baru seminggu memang tak seronok...tunggulah lepas sebulan.

tapi tak dinafikan,bukan semua anak serasi tinggal di asrama.yang paling utama....hidup di asrama ada peraturan yang perlu diikuti...belajarlah untuk mentaati peraturan tersebut kerana bila dewasa nanti juga akan ada lebih banyak peraturan hidup yang perlu kita hadapi.....
ia adalah proses pembelajaran untuk hidup.
be strong...dont give up.
tempat pertemuan pertama setiap generasi MRSMK
Dewan Besar
tempat lepak sambil baca buku...sambil usha orang...
pintu masuk ke perpustakaan
juga tempat buat bising dgn miss maz masa matrik
(org takleh marah sebab dia cikgu..hehehe)
tempat tidur @ asrama (dulu2 warna kayu ja)
ini Dang Anum...tempat bermastautin masa form 2.
banyak sangat2 peristiwa notty kat sini...maklumlah form 2...no big exam.
first time plk duduk satu batch dalam satu asrama (sebelum tu campur2 dgn senior)
all of us....
kelas alpha,beta,delta,omega,sigma,theta
latest version of G-two...sebahagian daripadanya.
notes:
semua gambar dari album reunion baru2 ni.

25 December 2012

LONG LOST FRIEND

salam...

long lost friend...

sahabat yg di tengah itu telah menyepikan diri sejak tamat sekolah menengah dulu (1986)...atas daya usaha beberapa org sahabat yg lain maka misi memujuk beliau utk kembali bersama memunculkan diri telah berjaya.

kehadirannya sgt ditunggu-tunggu oleh semua.
our happy go lucky beloved friend...enot..
sahabat yang paling suka gelak...
selamat bertemu kembali..
jangan hilang lagi....

gambar kat atas tu....dia bukan menangis tu...tengah gelak sebab kena terkam.

p/s...tahniah sebab anak enot dapat 6A dlm PMR baru2 ni.


23 December 2012

G-2

salam..
kembali bekerja selepas ber"reunion" malam tadi.

happening...sampai pening.. hahaha...sebab tak cukup tidoq.
makan...sembang...gelak...tau2 dah pukul 1 pagi.

anyway...tahniah buat semua AJK yg bertungkus lumus hingga ke malam tadi (hari ni pun sibuk lg kot dok kemas2 apa yg patut).
terima kasih buat semua guru & bekas kakitangan yg hadir memeriahkan majlis.....maaf andai yg tak ingat nama (lama tak jumpa....30 years !!!).

****terimakasih kepada teknologi terkini.......facebook yang menjadi medan pengantara pertemuan kami generasi ke 2 MRSM Kulim (G-two)......buat penjenamaan semula sebab depa kata macam nama kereta...tak berapa nak best****

sinar harian edisi Utara hari ini