Showing posts with label hari bapa. Show all posts
Showing posts with label hari bapa. Show all posts

15 June 2014

ABOUT HIM

salam....

pasti ramai bapa tersenyum riang hari ni...
dapat ucapan,hadiah atau special treatment dari anak-anak.

kepada anak-anak yang masih mempunyai bapa...
sayangi dan hargailah mereka.
sentiasa ingat bahawa apa sahaja yang bapa lakukan ia adalah untuk kebaikan anak-anak (bapa yang tidak bertanggungjawab tu kes lain la kan).
cara bapa & cara ibu menunjukkan kasih sayang tidak sama.namun di hati mereka tetap sama...semuanya untuk kebaikan anak-anak.

kepada yang telah kehilangan bapa...ingatilah dia dalam setiap doa kita.

telah menghampiri 4 tahun....
masih ingat senyumannya..
masih ingat tawanya..
masih ingat marahnya..
masih ingat bicaranya..
masih ingat sentuhannya..
masih ingat pesanannya..
masih ingat kesukaannya..
masih ingat segalanya tentang dia...
semoga aku terus ingat akan dirinya..

Al Fatihah buat arwah bapa tersayang.


16 June 2013

SELAMAT.....

salam...


update....
my sis dah discharge dari hospital kemarin....alhamdulillah....post op was uneventful.
next adalah ultrasound abdomen pada 18/6 & tunggu tarikh temujanji onchology penang..depa pi bagi tarikh hari Sabtu makanya kenalah depa call penang semula...sapa kerja hari Sabtu kannnn???!!
anyway....selama my sis duduk kat wad & beberapa kali saya ulang alik keluar masuk....saya dapati nurse2 kat situ semua ok.mesra pelanggan belaka.alhamdulillah.
malam ni nak buang benang jahit tu (STO)...buat sendiri sajalah kat rumah....

lagi satu cerita...
tahniah kepada warga G2 yang telah memenangi pertandingan futsal ANSARA 69 (SPM 1986) kemarin...mengalahkan KB dn jaringan 5-0......
berbaloi top scorer terbang balik dari jauh semata2 utk bermain futsal....(dari arab sana...Abu Dhabi kot).
dia senyum sorang2 dalam kapalterbang malam ni (terbang balik rumah dah)...

depa ni semua mmg footballer zaman sekolah dulu.
well done guys...
tahun depan boleh menang lagi kot?

 dua2 gambar ni diciplak dari fb group tanpa kebenaran...hihi


Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.....moga menjadi bapa yang disayangi & dihormati anak2....
ALFATIHAH buat arwah bapaku yang tersayang...miss u so much & forever.