Showing posts with label MRSM Kulim. Show all posts
Showing posts with label MRSM Kulim. Show all posts

16 January 2018

36 TAHUN BERSAHABAT

salam sejahtera..

16.1.2018..

36 tahun berlalu.
16.1.1982 sentiasa dalam ingatan.
tarikh di mana kami pelajar-pelajar tingkatan 1 MRSM Kulim mendaftarkan diri sebagai ahli baru keluarga besar ANSARA Kulim.
setiap batch bermula dari Pioneers mempunyai nama sendiri....kami adalah batch G2.

hari ini, ahli-ahli G2 mengimbau kembali memori 36 tahun yg lalu. saat mula mengenali sesama sendiri. saat dilepaskan daripada keluarga untuk hidup berdikari di asrama. zaman dulu bukan macam zaman sekarang.
dulu langsung tiada pendedahan tentang apa yg bakal dialami. tambahan pula majoriti kami adalah anak-anak orang kampung yang hidup penuh kesukaran. maka peluang untuk belajar seperti itu pastinya tidak dilepaskan oleh ibubapa masing-masing. susah payah mencari modal untuk menghantar anak-anak demi masa depan yang lebih terjamin.

lima tahun bersama (ada yang 6 tahun termasuk setahun matrikulasi di situ), mengajar kami tentang survival, tentang disiplin, tentang perlunya kekuatan dalaman untuk terus berjaya. ragging pada minggu orientasi adalah lumrah. kami lalui dengan redha. tiada kes komplen daripada ibubapa. pada masa itu semua menganggapnya sesuatu yang perlu dilalui untuk lebih mengenali pelajar2 senior. tiada juga yang mengadu kepada guru-guru. bagaimanapun, ragging ketika itu tidaklah sampai ke tahap membuli secara fizikal sehingga mencederakan seperti yang kita baca di akhbar sekarang ini. sememangnya selepas itu, perhubungan antara pelajar-pelajar junior dan senior adalah baik malah berkekalan sehingga sekarang.


alhamdulillah, didikan guru menjadikan kami insan yang ada sekarang ini. biarpun ada yang terlebih nakal di zaman persekolahan, namun menjelang dewasa semuanya berjaya mengharungi kehidupan dengan baik. syukur kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk kami saling mengenali dan meneruskan ikatan persahabatan sehingga sekarang. moga keakraban ini berterusan ke akhir hayat dan dapat saling membantu di sana nanti.


anda yang membaca coretan ini, andai anak-anak terpilih ke asrama penuh, galakkanlah mereka untuk menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga ilmu untuk hidup bermasyarakat dan bersaudara.
segala bentuk aktiviti dan disiplin yang diterapkan semasa di asrama, insyaAllah akan menjadikan anak-anak insan yang mampu berdikari dan punyai jatidiri yang baik.





16 January 2013

31 TAHUN LALU

assalamualaikum/salam sejahtera..


hari ni 16 Januari...
31 tahun yg lalu (1982)....
saya bersama rakan2 lain serta ahli keluarga masing2 dengan penuh debaran menempuh hari pertama bergelar pelajar sekolah menengah berasrama penuh.
dengan nombor maktab 150/82,saya dengan rasa tidak konfidennya mula menempuhi alam hidup di asrama...

lima tahun di alam menengah & setahun di matrikulasi membuatkan kehidupan di MRSM Kulim menjadi sebati dalam hidup....kenangan terindah yang tiada gantinya.

hari ini di group FB masing2 mengimbau detik pertemuan pertama itu..
31 tahun........
cepatnya masa berlalu...
moga terus diberikan ingatan yang baik oleh ALLAH untuk mengingati detik2 manis dalam hidup.
G-two....we're friends forever.


notes:
ada anak2 yang menangis bila masuk ke asrama buat kali pertama....
katanya,duduk asrama tak seronok seperti yang disangkakan...
well....baru seminggu memang tak seronok...tunggulah lepas sebulan.

tapi tak dinafikan,bukan semua anak serasi tinggal di asrama.yang paling utama....hidup di asrama ada peraturan yang perlu diikuti...belajarlah untuk mentaati peraturan tersebut kerana bila dewasa nanti juga akan ada lebih banyak peraturan hidup yang perlu kita hadapi.....
ia adalah proses pembelajaran untuk hidup.
be strong...dont give up.
tempat pertemuan pertama setiap generasi MRSMK
Dewan Besar
tempat lepak sambil baca buku...sambil usha orang...
pintu masuk ke perpustakaan
juga tempat buat bising dgn miss maz masa matrik
(org takleh marah sebab dia cikgu..hehehe)
tempat tidur @ asrama (dulu2 warna kayu ja)
ini Dang Anum...tempat bermastautin masa form 2.
banyak sangat2 peristiwa notty kat sini...maklumlah form 2...no big exam.
first time plk duduk satu batch dalam satu asrama (sebelum tu campur2 dgn senior)
all of us....
kelas alpha,beta,delta,omega,sigma,theta
latest version of G-two...sebahagian daripadanya.
notes:
semua gambar dari album reunion baru2 ni.

24 December 2012

JUMPA-JUMPA SEMULA

salam..
sedikit gambar sekitar reunion..

The HALL.....
semua aktiviti berpusat di sini
pendaftaran...
dalam beg ada t-shirt & surat YASIN
tuala untuk dijual..isi tabung persatuan
bapa2 main volley...(court dah uzur laaa)
perlawanan antara kelas.
mula2 nampak macam kekok tapi after few minutes semua dapat rentak semula.
oleh kerana hujan lebat hanya satu game saja yg sempat habis
(dah masuk kategori 40an dah tak excited nak main hujan..hehehe)
mr MC yang comel...Am
yg lawa tu adalah assistantnya...Izwan (nama timangan ja ni)
antara orang jauh yg hadir...
Dr Meor sekeluarga dari Terengganu
(ramai yg jauh sebenarnya...dari Pahang pun ada...
ada juga yg baru balik dari oversea terus attend reunion...
tahniah kawan2 atas semangat utk bersama)
guru dan kakitangan masa kami belajar dulu
guru2 & kakitangan juga
guru2 & AJK (presiden berbaju melayu warna coklat)
cikgu miah (baju coklat) & suami,ustaz Ibrahim (kemeja hijau oren)...warden yg tegas tapi baik hati..
beberapa kali juga kena denda dgn warden dua org ni...hehehe
antara cikgu yg hadir
pemenang pertandingan volleyball yg kontroversi..hihi ..kelas Theta
2 team ja main.
kalau semua main sure Alpha johan..kehkehkeh
main volley tapi piala boling...hentam saja laaa kannnn..
special appearance...macam2 kategori
yg lama tak jumpa...
yang tak timbul dalam fb...
yg terlebih appearance dlm fb...
yg dah dapat menantu...
pemenang kategori kehadiran paling sikit...Sigma
terima hadiah dari Mr Presiden seumur hidup
mujoq tukaq bg tray...kalau hadiah asai, sian kat caen nak pi ambik.
pemenang kategori kehadiran terbaik utk tahun ini..
Alpha (setelah 2 kali berada di tangga tercorot).
tahniah Alpha...
ada dua org lg tak masuk dalam gambar..pi merayau mana ntah.
pemenang kategori awet muda..
Kam & Dr g-beng
sorang lawa sorang lagi maintain comey (masa student rasanya takla comey sgt..hihi)
mesej dari sahabat yg jauh
ikan & udang....
ada lagi makanan lain...satay,char kuey teow,kek & kuih serta buah2an.
makan dah jadi isu ke 2...yg penting sembang.
salam2 & peluk2 cikgu....(juga staf2 lain)
terima kasih atas jasa kalian.
moga dipertemukan lagi.
kamiiiiii........
(tak semua ni)

21 December 2012

SETELAH 30 TAHUN

salam...
entry tentang konvoi belum up lagi..kehilangan momentum buat sementara.

sekarang dlm mood yg agak excited untuk reunion esok..
"Gen2...30 years of friendship"

sahabat2 AJK sedang bertungkus lumus membuat persediaan terakhir (boleh bayangkan sebab dah banyak kali dok bertungkus lumus utk konvoi)...saya yakin mereka penat tapi HAPPY...(macam yg saya rasa juga).
mereka telah berada di KMK (Kolej MARA Kulim) khabarnya.