21 March 2018

BUKAN KERANA TIADA....

salam sejahtera....

saja nak share cerita pendek...
ada satu tengah hari saya dalam perjalanan balik dari pekan sp ke rumah. kebetulan nak isi minyak kereta, saya lalu ikut jalan yang melalui sekolah lama anak saya. dulu masa anak sekolah, sekali sekala saya akan singgah di satu gerai berhampiran sekolah untuk beli air teh ais. air teh ais kat gerai ni antara yang terbaik. puas hati dengan rasanya.
dengan panas teriknya semestinya rasa teh ais tu menggamit-gamit minta saya singgah di gerai tersebut. lega bila tengok gerai tu buka....singgah dengan rasa berbunga di hati.


bersama-sama di gerai tersebut adalah dua anak gadis sunti, pelajar sekolah rendah berhampiran. saya rasa budak yang seorang ni regular customer di situ sebab dari cara dia bersembang bertanyakan harga makanan kedengaran mesra & ramah sekali.
dia tanyakan makanan yg siap bungkus (mee, bihun)....bila peniaga sebut harga rm1.50, dia jawab "ooo ingatkan seringgit". terus dia tak jadi beli.
berubah ke bahagian air. dia minta ais kosong sebungkus. saya perhatikan saja tingkahnya yang ceria. terdetik dalam hati, budak ni tak cukup duit agaknya untuk beli makanan.


siap saja airnya terus dia keluarkan dompet dari saku baju sekolah. berusaha dia nak keluarkan duit untuk bayar air tersebut. dompetnya agak sendat.....nahh....rupanya berlipat duit rm1 dalam dompet tersebut. agak banyak juga jumlahnya.

kata tuan kedai "awat bawa duit banyak2 pi sekolah"
jawabnya "ni duit simpan...duit belanja sekolah yg nak simpan"



terus terlintas dalam hati...."wah....bagus budak ni....pandai berjimat cermat. sangat berdisiplin. langsung tak sentuh duit simpanan walau perut teringin nak makan...ingatkan dia tak ada duit".

moga anak ini suatu hari nanti menjadi insan yang berjaya dunia & akhiratnya.


15 March 2018

CUTI DAN PERCUTIAN

salam sejahtera....
menghampiri hujung minggu.

keputusan SPM keluar hari ni....
macam biasa, tahniah kepada yang mencapai target. yang tak dapat capai tu, alhamdulillah juga. andai telah berusaha bersungguh-sungguh, redhalah dengan aturan Allah. pasti akan hadir yang terbaik untuk anak-anak semua. yang tidak berusaha seperti yang sewajarnya, yang leka buang masa, jadikan keputusan ini sebagai penggerak untuk mengubah sikap dan mencipta kejayaan baru. peluang sentiasa ada. sama ada nak ambil atau nak lepaskan begitu sahaja, itu pilihan anak-anak semua.

kepada ibubapa....teruskan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak. bantu mereka untuk memilih bidang kerjaya mengikut minat dan kebolehan mereka, bukan mengikut minat dan kehendak kita.

untung anak-anak zaman sekarang, ada banyak pilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran. buatlah pilihan dengan bijak. jangan terperangkap dengan institusi yang mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata. tidak wajar kita membuang masa untuk menguntungkan hanya sebelah pihak.



kepada anak-anak sekolah yang lain.....selamat bercuti. isilah percutian dengan aktiviti bermanfaat. elakkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. zaman anak-anak sekarang adalah zaman yang serba pantas dan penuh saingan. bukan lagi zaman senggang. bukan lagi zaman "wait & see".

moga kita bergerak menjadi bangsa/kaum yang dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain. 




IKLAN

sempena cuti sekolah ini atau pada bila-bila masa jua:

kepada anda yang ingin bercuti ke tempat-tempat tertentu melalui jalan darat tetapi tidak berminat untuk memandu sendiri bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu daripada suami saya.

menggunakan MPV Nissan Serena yang sangat selesa dan akan dipandu sendiri oleh beliau membawa anda ke mana-mana destinasi yang dikehendaki di seluruh Semenanjung Malaysia serta juga ke negara Thailand.

boleh hubungi beliau di FB Bujang Merbok untuk mendapatkan perincian lokasi mengikut bajet anda.


atau boleh juga pm saya di FB saya Ieda Abdullah untuk menjadi perantara sementara.


insyaAllah kami berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dan nostalgia percutian terindah buat pelanggan kami.






02 March 2018

QUINOA...APA TU?

salam di pagi Jumaat yang mulia...

tadi buka sekejap facebook....terbaca cerita kawan yang memasak menu diet untuk suaminya menggunakan tepung dari QUINOA.....serius, pertama kali dengar nama benda ni....hihi
rupanya orang dah sibuk bercerita sebab ia adalah menu PM menggantikan  nasi. dah jadi satu isu rupanya sebab harga quinoa jauh lebih tinggi daripada harga beras.
kita ni yang jarang2 sangat ikut bab politik memang ketinggalan la bab ni.

apa itu Quinoa?
ia tergolong dalam kumpulan bijirin.
mengandungi protein yang tinggi serta khasiat beberapa mineral yang lain seperti kalsium dan magnesium serta juga mengandungi serat yang tinggi.
kehadiran serat ini yang membolehkan kita merasa kenyang seumpama juga pengambilan serat-serat yang lain.

bagaimana rasanya?
ia mempunyai sedikit rasa pahit. untuk mengurangkan rasa itu, quinoa direndam sebentar sebelum dimasak.

quinoa


jika ingin melihat cara memasak quinoa, bolehlah search di internet.
salah satu link yang mempunyai contoh makanan daripada quinoa adalah di SINI.

saya sendiri pun tak pernah rasa lagi....teringin nak cari tepung atau bijirinnya juga. bila dapat nanti saya update. tapi saya yakin, ia bukan menjadi pilihan resepi keluarga kami yang makanan rujinya adalah nasi. 

google pic...
contoh salad sihat menggunakan quinoa.
nampak macam sedap ja.





01 March 2018

KEBAHAGIAAN TIKA MEMENUHI UNDANGAN DAN HAJAT

salam sejahtera....

selamat bertemu kembali.

ingin berkongsi pengisian hujung minggu pada penghujung Januari yang lalu.
perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan dan kemudiannya ke Selangor dan kembali ke Kedah. bermula dari tengahari Khamis dan tiba semula ke rumah sekitar jam 10 malam hari Sabtu.

tujuan utama adalah untuk memenuhi undangan majlis resepsi perkahwinan anakanda sulung Puan Mona Din dan Encik Zul di Shah Alam pada hari Sabtu 27.1.18.

kebetulan pula jiran lama mak mertua baru dapat berhubung semula dan ingin sangat bertemu selepas berpuluh tahun terpisah, maka kami bergerak serentak. Jiran yg dulunya tinggal di Shah Alam telah menetap di Port Dickson. maka ke sanalah hala tuju kami pada hari Khamis tu.

alhamdulillah, perjalanan yang lancar. tiba di PD sekitar jam 8 malam....disambut dengan keramahan tuan rumah. kami bermalam di situ dan esoknya selepas zohor bergerak ke Selangor dengan doa moga ada kesempatan untuk bertemu lagi.

di Shah Alam, mak mertua masih dengan agenda jejak kasih jiran-jiran lamanya. sempat ziarah satu rumah di sebelah malam, satu rumah di pagi Sabtu & satu lagi selepas kenduri (di Klang)....sungguh pertemuan yang menyentuh rasa & mengimbau memori. almaklum, berpuluh tahun terpisah. kita yang tak kenal ni pun tumpang seronok. famous rupanya suami akak masa kecik2 dulu....semua jiran ingat dia. siap simpan gambar2 lama. zaman kurus melidi.
insyaAllah ada kesempatan akan berkunjung lagi. dah ada dua jemputan kenduri pun, bulan Mac di Klang & bulan Julai di Shah Alam.


Untuk jemputan kenduri pada hari Sabtu tersebut, alhamdulillah, dapat tiba ke lokasi sekitar jam 1 tengahari ketika tetamu belum begitu ramai. check out hotel dan terus bergerak ke lokasi majlis.
Majlis sederhana tapi meriah berlangsung di D'Tahta @ I-Soho I-City Shah Alam. Jelas kelihatan kemesraan tuan rumah melayan tetamu & jelas kelihatan juga bagaimana cerianya tetamu dapat bertemu muka dengan tuan rumah.
dewan terhias indah sekali....boleh jengah ke facebook Mona Din untuk lihat keindahan hiasan dewan tersebut serta pakej-pakej yang disediakan....harganya pun sangat berpatutan. untunglah bagi orang-orang yang tinggal di kawasan sekitar kerana anda punyai satu lagi pilihan lokasi majlis yang menawan dengan kos yang tak membebankan.


selepas majlis kenduri tersebut kami bergerak ke Klang menjejaki seorang lagi jiran lama MIL di Taman Andalas. berbekalkan peta mulut dari kawannya, suami nekad mencari. hanya petua ikut lorong/jalan tertentu. kata suami dia pernah datang ke rumah tersebut tapi telah bertahun lamanya.
tersilap pada lorong pertama, bertemu juga pada lorong yang seterusnya. itupun perlu tanya orang...malu bertanya sesat jalan kannn.... alhamdulillah, hanya berselang dua rumah dengan wanita yang memberikan lokasi...
walaupun suami tuan rumah tiada ketika itu kerana ada urusan kerja di tempat lain,bertautlah kembali talian persahabatan yang lama terputus (MIL & suami agak terkeciwa sebab ingin sangat bertemu suami tuan rumah juga). seketika di situ kami memohon berundur diri untuk bergerak balik ke Kedah. esoknya Ahad anak-anak dah mula sekolah maka tak boleh nak berlama-lama di situ.


seperti juga perjalanan pergi, perjalanan pulang dipermudahkan Allah. perjalanan yang lancar dan selesa.
alhamdulillah....selamat tiba di rumah dengan rasa syukur kerana dapat memenuhi undangan insan yang berhajat untuk melihat wajah Nabila, serta syukur dapat menunaikan impian MIL untuk bertemu kawan-kawan lamanya.

cuma Nabila yang agak tidak puas hati dengan percutian tersebut sebab tiada sesi mandi kolam...tak sempat juga nak jelajah I City walau dah berada dalam wilayahnya.


insyaAllah penghujung Mac ini akan cuba memenuhi undangan majlis perkahwinan di Klang pula. moga dilapangkan masa dan kewangan serta diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt.