21 March 2018

BUKAN KERANA TIADA....

salam sejahtera....

saja nak share cerita pendek...
ada satu tengah hari saya dalam perjalanan balik dari pekan sp ke rumah. kebetulan nak isi minyak kereta, saya lalu ikut jalan yang melalui sekolah lama anak saya. dulu masa anak sekolah, sekali sekala saya akan singgah di satu gerai berhampiran sekolah untuk beli air teh ais. air teh ais kat gerai ni antara yang terbaik. puas hati dengan rasanya.
dengan panas teriknya semestinya rasa teh ais tu menggamit-gamit minta saya singgah di gerai tersebut. lega bila tengok gerai tu buka....singgah dengan rasa berbunga di hati.


bersama-sama di gerai tersebut adalah dua anak gadis sunti, pelajar sekolah rendah berhampiran. saya rasa budak yang seorang ni regular customer di situ sebab dari cara dia bersembang bertanyakan harga makanan kedengaran mesra & ramah sekali.
dia tanyakan makanan yg siap bungkus (mee, bihun)....bila peniaga sebut harga rm1.50, dia jawab "ooo ingatkan seringgit". terus dia tak jadi beli.
berubah ke bahagian air. dia minta ais kosong sebungkus. saya perhatikan saja tingkahnya yang ceria. terdetik dalam hati, budak ni tak cukup duit agaknya untuk beli makanan.


siap saja airnya terus dia keluarkan dompet dari saku baju sekolah. berusaha dia nak keluarkan duit untuk bayar air tersebut. dompetnya agak sendat.....nahh....rupanya berlipat duit rm1 dalam dompet tersebut. agak banyak juga jumlahnya.

kata tuan kedai "awat bawa duit banyak2 pi sekolah"
jawabnya "ni duit simpan...duit belanja sekolah yg nak simpan"



terus terlintas dalam hati...."wah....bagus budak ni....pandai berjimat cermat. sangat berdisiplin. langsung tak sentuh duit simpanan walau perut teringin nak makan...ingatkan dia tak ada duit".

moga anak ini suatu hari nanti menjadi insan yang berjaya dunia & akhiratnya.


No comments: