Showing posts with label sembang saja. Show all posts
Showing posts with label sembang saja. Show all posts

26 July 2018

BILA HAMIL BAWAH UMUR

26.7.2018

sangat kecewa bila perlu mengadap kes kehamilan bawah umur dan tanpa ikatan pernikahan.
ini bukan kali pertama....dah terlalu banyak kes. datang dengan bermacam cara.
paling mengecewakan bila gadis yang hamil itu terlalu selamba tanpa ada rasa sedih, takut atau insaf setelah berzina sehingga hamil. bagaikan satu fenomena biasa yang tiada salahnya di sisi budaya, adat yang paling utama adalah agama Islam. berperancangan seolah-olah perkahwinan selepas kehamilan itu adalah sesuatu yang mudah....bagaikan main pondok-pondok....engkau jadi suami, aku jadi isteri....


sangat sakit hati melihatnya....sangat sedih dengan perlakuan bebas muda mudi sekarang. juga sangat takut kerana dalam rumah kita sendiri juga ada anak remaja lelaki dan perempuan yang terdedah dengan tingkah laku seperti ini setiap hari. moga Allah melindungi anak-anak kita daripada terdorong mengikut hasutan nafsu dan termakan dengan pujuk rayu syaitan. memang telah kita ajar dan telah kita berpesan berkali-kali tapi sifat syaitan itu akan sentiasa terus menghasut tanpa jemu untuk membawa manusia menurut jalannya.....hanya Allah tempat kita berlindung.


sungguh...kita berada di penghujung zaman....zaman yang semakin caca merba.
moga iman sentiasa memenuhi dada kita dan zuriat keturunan kita. moga Syurga Allah tidak sukar untuk kita kecapi.







05 July 2018

SHRAFMZB

salam sejahtera....

banyak sungguh peristiwa berlaku dalam negara & dalam rumah....sampai tak sempat nak tengok blog.

Selamat Hari Raya...maaf zahir batin kepada semua yang melintas di sini....dah penghujung pun...tapi kan raya sebulan.

hari ni ada majlis sambutan hari raya di sekolah Nabila.
bersemangat bangun pagi nak pi "ali aya". dengan baju raya serba biru....geram ja tengok pipi tembam dia kat celah2 tudung tu.
tapi macam biasa, dia suka buat perangai aka 'buat perak' bila dengan ummie dia. nak melekat ja. ummie kerja maka tinggal la dia dengan kakak kat sekolah sekejap. kakak pun susah nak bergerak...dia peluk belakang sepanjang masa.

selesai urusan kerja ummie ke sekolah semula....tengok tengah makan dengan senang hati. ok dah la tu. 


seronok tengok majlis hari raya anak-anak istimewa ni. semua cantik/handsome bergaya dengan baju raya masing-masing. ditemani mak ayah. 
tak ada jerit pekik, hiruk pikuk. mereka majoritinya adalah anak-anak yang bermasalah pendengaran & penglihatan. 
anak-anak yang bermasalah pembelajaran pun 'well behaved'.  
tenang sebenarnya bila berada dalam kelompok anak-anak ini. beruntungnya guru-guru dan pembantu murid yang menjaga dan mendidik mereka.

kami mengundur diri dari majlis ini sekitar jam 11.45 pagi sebab saya perlu teruskan kerja. kerja sendiri, tak boleh nak tinggalkan lama-lama sangat. no work no income laaa.....


apa lagi yang berlaku sepanjang ramadhan/syawal kami?
..... kepulangan bapa mertua tiri kepada penciptaNya
..... kembalinya ibu mertua tiri ke rumah lama yang pernah dihuni bersama abah mertua (dalam proses)
..... jumpa restoran/tempat makan yang baru....restoran milik Ustaz Abdullah Khairi
..... bujang dalam rumah ni lapor diri di Perodua Rawang...training sebulan, kerja seminggu....sekarang kembali ke sarang dengan alasan tak tahan kerja line.
..... paling utama....nabila kena jangkitan pada kelopak mata pada minggu pertama Ramadhan....jangkitan yang buat ummie dia kegusaran yang teramat.


****jumpa lagi.....

11 April 2018

RABU DATANG LAGI

salam sejahtera...

salam hari Rabu...
hari yang tiba-tiba jadi panas sejak beberapa detik ini.
berbagai pantun seloka yang keluar tentang hari Rabu. wall fb pun asyik melintas dengan isu yang sama.

moga dipermudahkan urusan semua yang bakal terlibat dengan kekalutan hari Rabu 9.5.18.
bagi saya, memang agak tidak wajar memilih hari Rabu sebagai tarikh mengundi. berada di pertengahan minggu, memang menyukarkan kepada mereka yang perlu bergerak ke lokaliti yang berbeza. kalau pun diumumkan sebagai hari cuti umum, agak sukar kerana semua perlu bergerak dalam hari yang sama....hanya sehari.

namun sebagai rakyat, kita tengok saja la apa yang bakal berlaku pada hari tersebut. bising sekarang pun tak ada gunanya. masing-masing bertindaklah dengan bijak mengatur waktu dan perjalanan. jangang pula siap-siap merancang mengatur MC. itu bukan pilihan yang bijak melainkan kita benar-benar sakit. jadilah insan yang bertanggungjawab dan bijak mengurus diri.   


selamat bersiap sedia menghadapi PRU14...
moga kita dapat terus berteduh di bumi Allah ini dalam keadaan tenang dan harmoni.



15 March 2018

CUTI DAN PERCUTIAN

salam sejahtera....
menghampiri hujung minggu.

keputusan SPM keluar hari ni....
macam biasa, tahniah kepada yang mencapai target. yang tak dapat capai tu, alhamdulillah juga. andai telah berusaha bersungguh-sungguh, redhalah dengan aturan Allah. pasti akan hadir yang terbaik untuk anak-anak semua. yang tidak berusaha seperti yang sewajarnya, yang leka buang masa, jadikan keputusan ini sebagai penggerak untuk mengubah sikap dan mencipta kejayaan baru. peluang sentiasa ada. sama ada nak ambil atau nak lepaskan begitu sahaja, itu pilihan anak-anak semua.

kepada ibubapa....teruskan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak. bantu mereka untuk memilih bidang kerjaya mengikut minat dan kebolehan mereka, bukan mengikut minat dan kehendak kita.

untung anak-anak zaman sekarang, ada banyak pilihan tempat untuk melanjutkan pelajaran. buatlah pilihan dengan bijak. jangan terperangkap dengan institusi yang mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata. tidak wajar kita membuang masa untuk menguntungkan hanya sebelah pihak.



kepada anak-anak sekolah yang lain.....selamat bercuti. isilah percutian dengan aktiviti bermanfaat. elakkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. zaman anak-anak sekarang adalah zaman yang serba pantas dan penuh saingan. bukan lagi zaman senggang. bukan lagi zaman "wait & see".

moga kita bergerak menjadi bangsa/kaum yang dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain. 




IKLAN

sempena cuti sekolah ini atau pada bila-bila masa jua:

kepada anda yang ingin bercuti ke tempat-tempat tertentu melalui jalan darat tetapi tidak berminat untuk memandu sendiri bolehlah dapatkan perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu daripada suami saya.

menggunakan MPV Nissan Serena yang sangat selesa dan akan dipandu sendiri oleh beliau membawa anda ke mana-mana destinasi yang dikehendaki di seluruh Semenanjung Malaysia serta juga ke negara Thailand.

boleh hubungi beliau di FB Bujang Merbok untuk mendapatkan perincian lokasi mengikut bajet anda.


atau boleh juga pm saya di FB saya Ieda Abdullah untuk menjadi perantara sementara.


insyaAllah kami berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dan nostalgia percutian terindah buat pelanggan kami.






22 February 2018

KEMALANGAN AWAL PAGI

salam sejahtera....

awal pagi tadi terserempak dengan kemalangan jalanraya. tak jauh dari rumah.

macam biasa, akan keluar hantar nabila ke sekolah dengan abahnya sekitar jam 7.15 ke 7.30 pagi.
antara jam 7 ke 7.15 pagi adalah waktu paling sibuk di persimpangan keluar dari taman perumahan kami. simpang tiga yang tiada lampu isyarat ataupun bulatan. bersandarkan keprihatinan pemandu untuk saling bertolak ansur. kadang kala berlaku juga kemalangan kecil terutamanya melibatkan motosikal.

pagi tadi lokasi kemalangan bukanlah di simpang tersebut, tetapi lebih kurang 200 meter dari situ.
antara sebuah kereta dan motosikal. khabarnya kereta yg dipandu seorang guru sekolah menengah terlanggar penunggang motosikal yang membawa 2 orang anaknya untuk ke sekolah. salah seorang mangsa adalah murid sekolah yang sama dengan guru berkenaan. agak teruk juga keadaan ke dua-dua kenderaan. namun keadaan mangsa tidak dapat dipastikan cuma ternampak salah seorang anaknya terbaring di tepi jalan. ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke hospital.
moga tiada kecederaan serius yang menimpa mereka.


tidak boleh hendak terus menyalahkan mana-mana pihak.pada kawasan jalanraya yang sedikit membelok dan bergarisan dua (tidak boleh memotong), mungkin masing-masing agak laju.wallahualam. tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku. moga Allah melindungi kita daripada sebarang bencana dunia dan akhirat.


selamat bekerja.