salam sejahtera..
16.1.2018..
36 tahun berlalu.
16.1.1982 sentiasa dalam ingatan.
tarikh di mana kami pelajar-pelajar tingkatan 1 MRSM Kulim mendaftarkan diri sebagai ahli baru keluarga besar ANSARA Kulim.
setiap batch bermula dari Pioneers mempunyai nama sendiri....kami adalah batch G2.
hari ini, ahli-ahli G2 mengimbau kembali memori 36 tahun yg lalu. saat mula mengenali sesama sendiri. saat dilepaskan daripada keluarga untuk hidup berdikari di asrama. zaman dulu bukan macam zaman sekarang.
dulu langsung tiada pendedahan tentang apa yg bakal dialami. tambahan pula majoriti kami adalah anak-anak orang kampung yang hidup penuh kesukaran. maka peluang untuk belajar seperti itu pastinya tidak dilepaskan oleh ibubapa masing-masing. susah payah mencari modal untuk menghantar anak-anak demi masa depan yang lebih terjamin.
lima tahun bersama (ada yang 6 tahun termasuk setahun matrikulasi di situ), mengajar kami tentang survival, tentang disiplin, tentang perlunya kekuatan dalaman untuk terus berjaya. ragging pada minggu orientasi adalah lumrah. kami lalui dengan redha. tiada kes komplen daripada ibubapa. pada masa itu semua menganggapnya sesuatu yang perlu dilalui untuk lebih mengenali pelajar2 senior. tiada juga yang mengadu kepada guru-guru. bagaimanapun, ragging ketika itu tidaklah sampai ke tahap membuli secara fizikal sehingga mencederakan seperti yang kita baca di akhbar sekarang ini. sememangnya selepas itu, perhubungan antara pelajar-pelajar junior dan senior adalah baik malah berkekalan sehingga sekarang.
alhamdulillah, didikan guru menjadikan kami insan yang ada sekarang ini. biarpun ada yang terlebih nakal di zaman persekolahan, namun menjelang dewasa semuanya berjaya mengharungi kehidupan dengan baik. syukur kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk kami saling mengenali dan meneruskan ikatan persahabatan sehingga sekarang. moga keakraban ini berterusan ke akhir hayat dan dapat saling membantu di sana nanti.
anda yang membaca coretan ini, andai anak-anak terpilih ke asrama penuh, galakkanlah mereka untuk menggunakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu bukan sahaja ilmu akademik tetapi juga ilmu untuk hidup bermasyarakat dan bersaudara.
segala bentuk aktiviti dan disiplin yang diterapkan semasa di asrama, insyaAllah akan menjadikan anak-anak insan yang mampu berdikari dan punyai jatidiri yang baik.
No comments:
Post a Comment