27 October 2017

TOMBIROU


salam sejahtera...

agak lama tak bawa nabila ke panggung wayang. selalu juga dia minta tapi tak ada cerita yang sesuai untuknya. dia ok saja melayan apa-apa cerita pun, peranan kita pula memilih yang wajar dihadapkan kepada mindanya.

bila cerita Tombiruo diperkatakan, saya memang agak keberatan untuk ke panggung sebab selalu kecewa dengan cerita tempatan. biasanya iklan mmg indah tetapi bila menonton, selalu hampa dengan persembahan filem tersebut.untuk Tombiruo ni suami memang bersungguh nak menonton maka untuk tidak menghampakan dia pada cuti sekolah baru2 ni kami ke panggung berhampiran. yang superexcited semestinya la nabila....tunggu lama kat situ pun dia ok saja.


kami duduk di barisan berlainan sebab panggung penuh. tiada pilihan.

cerita bermula dengan cantik....aksi, pemandangan dan bunyian yang menarik.
pada saya, untuk keseluruhan cerita ini memang ada "sesuatu" untuk dipersembahkan kepada penonton. lari dari topik seram, cinta dan korporat yang tipikal.
walaupun isunya sedikit sahaja, iaitu perbalahan adik beradik kerana wang ringgit yang membawa kepada pembunuhan, namun garapan sinematografi dan aksi yang menarik membuatkan kita tidak bosan. hakikatnya, saya lebih melayan pemandangan, aksi dan teknik yang ditayangkan berbanding jalan ceritanya.

saya suka kepada penggunaan bahasa tempatan dan ritual yang ditunjukkan kerana ia membawa kita untuk berada dalam situasi tersebut walaupun hanya seketika.

cuma agak ketara dipermulaan cerita bila patung bayi yang digunakan nampak jelas kaku dan keras. sebaiknya ia dibalut lebih tebal dan dimanipulasi supaya kelihatan seumpama bayi sebenar.

dari segi lakonan, pada saya semuanya ok. maklumlah, semua pelakon handalan belaka. skrip pula tiada yang berjela. semuanya berteraskan aksi-aksi fizikal.

kepada yang minat dengan cerita aksi, tak suka melayan dialog yang meleret-leret, pencinta keindahan alam, maka wajar saja menonton cerita ini di pawagam.
kalau menonton di kaca TV cerita ini akan kelihatan biasa-biasa sahaja sebab effect di pawagam dan kaca tv jauh berbeza.

yang nak bawa anak-anak pun boleh juga asalkan anak-anak tahan dengan bunyian yang kuat.







sepanjang berlangsung tayangan, nabila khusyuk sekali. melayan tanpa riak bosan. ada sekali dia terkejut tapi tak ingat pula scene yang mana.


selamat menonton.



19 October 2017

SAKIT PERIBADI....SAKIT DI HATI

salam sejahtera...

masyarakat yang sakit...
beberapa hari lepas saya dihadapkan dengan dua perkara yang agak tidak menyenangkan..
pertama:
kes anak kecil dicabul saudara sendiri
kedua:
kes anak yang lebih muda umurnya (setahun lebih) didera/pukul suami pengasuh.

pada dua-dua kes ini boleh dilihat riak kekecewaan dan marah pada wajah ibubapa mereka.
kes pertama hanya ayahnya yang datang bersama ibu kepada saudaranya yang melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.sukar mengambil tindakan undang-undang kerana saudara sendiri.ibu kepada si pelaku juga kelihatan kecewa.....kecewa dan marah dengan sikap anaknya.
dan wajah mangsa?....suci.
masih kecil dan belum mengerti perilaku saudaranya. tapi perlu dididik tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain ke atas badannya.terpaksa gunakan ayat ringkas, kesan dan akibat yang simple agar dia dapat faham. sesekali saya rasakan dia seperti kehairanan melihat kami yang dewasa ini bercakap dengan nada serius sesama sendiri. mungkin di fikirannya tertanya-tanya apakah masalah besar sedang melanda sedangkan sakit yang dialaminya tidak setara mana.
moga perkara ini tidak berulang lagi ke atas anak kecil ini dan tidak juga berulang kepada anak-anak lain.
moga Allah menghadirkan keinsafan kepada si pelaku.

kes kedua, jelas sekali bapanya menahan marah. suara bergetar, pitch yang agak tinggi....telah mereka bawa kes ke pihak berkuasa.
anak kecil yang agak lasak (bagi saya ia adalah situasi biasa bagi usia setahun lebih, dengan sifat meneroka yang tinggi).
kata ibunya, mungkin anaknya lasak, sebab tu kena pukul. entahla...apa pun puncanya, tidak selayaknya dia dikasari.


saya pernah nampak seorang bapa memegang dengan kasar anaknya yang berusia sekitar 3 tahun dan menghayun anak itu ke kerusi dengan marah...betul-betul di hadapan mata saya.puncanya, anak itu merayau dan bising dalam bilik saya. mujur tidak diulanginya. tak sempat saya nak tegur si bapa kerana saya terpegun, tak sangka dia akan buat macam tu. perwatakannya tidak kasar, tutur katanya sopan.
mungkin terbawa dek rasa marah dengan sikap si anak.


dan tadi....nampak melintas lalu di timeline facebook saya, video kanak-kanak membuli seorang budak lain di dalam surau.....ketika solat. langsung tidak menghiraukan seorang dewasa yang bersolat di sebelah mangsa buli mereka.
panas hati tengok benda-benda macam ni.


budaya didikan di rumah dan sekolah serta dalam masyarakat kita sekarang tidak lagi seperti dahulu. ramai ibubapa yang menyebelahi anak-anak sehingga mereka tidak boleh ditegur oleh orang lain sedangkan pembesaran anak-anak pada kebanyakan masanya berada jauh dari pandangan ibubapa. jika masyarakat tidak boleh menegur, maka pincanglah sistem tumbesaran akhlak mereka.
dengan keadaan ekonomi yang menekan, kebanyakan ibubapa berada dalam sektor pekerjaan....jarang bersama anak-anak. maka seharusnya, masyarakat luar diberi kuasa untuk sama-sama mendidik generasi muda. guru-guru juga perlu diberi kepercayaan dan tidak terlalu dikawal oleh ibubapa dalam usaha mendidik anak-anak asalkan tidak mencederakan fizikal dan mental anak-anak.

seperti kes buli di dalam surau tersebut, saya percaya jika ini berlaku di zaman 80an atau sebelumnya, pasti ada yang di"sekolahkan" oleh jemaah yang dewasa.
(pengakhiran kes buli tersebut tidak saya ketahui).



pada diri saya ini, andai kalian melihat anak-anak saya bersikap yang tidak sepatutnya di luar sana, anda dibenarkan untuk "mengajar" mereka dengan sewajarnya.
saya dan suami tidak mampu melihat anak-anak ini sepanjang masa tambahan pula dalam usia lepasan sekolah masa mereka di rumah semakin kurang.
tak kenal anak-anak saya?....carilah kat FB...hihi




18 October 2017

HAPPY HOLIDAY

salam sejahtera

Deepavali.....selamat bercuti kepada yg berkenaan.
saya tak cuti pun. macam selalu, hanya bercuti pada perayaan-perayaan yg berkenaan sahaja.
oleh kerana hari ni cuti umum, ditambah pula dengan cuti sekolah, kerja pun kurang....slow & steady aka quiet.

cuti sekolah pun dah hampir ke penghujung. di rumah ni yg paling bahagia semestinyalah budak Nabila tu.....takyah bangun awal-awal pagi adalah nikmat terunggul buat dia. tapi kalau kejut awal bagitau nak pergi jalan-jalan, cepat ja buka mata. masuk mandi dengan senang hati. kalau hari sekolah....mak aiii....mencabar kesabaran sungguh. ummie dia selalu pass kat abahnya saja. tak daya menahan sabar...hehe. walaupun susah nak bangun pagi untuk pergi sekolah, bila cuti macam ni tiap-tiap hari sebut nama kawan-kawan, nama cikgu. rindu kot.

alhamdulillah, sekarang nabila dah banyak perubahan dari segi komunikasi. dah boleh bercakap banyak perkataan. ayat-ayat pun makin berkembang. mudah nak bersembang bila kita faham apa yg diperkatakannya.

bab komunikasi verbal inilah yg paling saya risaukan dari dulu. kesian dia bila dia tak berupaya nak sampaikan isi hati kepada kita. bila kena usik dengan kakak/abangnya dia tak boleh nak lawan semula sebab kurang tatabahasanya....dia tak tau nak cakap apa. biasanya dia jerit saja. dan semestinya yang besar2 tu kena marah dgn umienya.
sekarang, sekali kena usik, berderet dia balas balik....seronok plk tengok. kadang umie tumpang usik sama.

bab makan....risau....
selera bukan main lagi.....terlebih bambam dah sekarang ni.
dah beberapa hari selsema tapi masih berselera macam tu juga. memang bagus dia selera makan cuma risau tentang benda2 yang masuk dalam perut tu. kot boleh bawa penyakit....minta dijauhkan Allah.


pagi tadi pun macam tu la juga.....sarapan roti kat rumah. lepas tu keluar meronda dgn abah & kakaknya, makan kuih muih plk. lunch time makan nasi. petang ni rasanya makan kuih lagi sebab pergi pasar malam. nanti dinner nasi lagi.
tak bagi dia buat muka kesian....ayat kesian...
moga kamu sentiasa sihat cik nabila....
moga kita seisi keluarga sentiasa sihat..
insyaAllah



ronda-ronda di pagi hari



22 August 2017

DUO RIDE KEDAH-JOHOR-SELATAN THAILAND-KEDAH

assalamualaikum...
salam sejahtera....

haritu kata nak cerita ttg raya puasa yg berbeza sambutannya....tapi tersadai ja....nak raya haji dah pun.
hmmm.....payah juga nak istiqamah menulis ni.
skip dululah cerita tu.....

 21.8.2017....
alhamdulillah....lega rasanya bila suami selamat sampai ke rumah sekitar jam 3 petang. selisih kat jalan tengok jam pukul 3.07 pm. belum berjumpa dgn dia tapi lega bila dia dah sampai rumah semula.

sejak beberapa bulan lepas dia dan seorang kawannya dah merancang untuk menunggang motosikal hingga ke Johor. wife dia ni memang tak berapa nak setuju sebab eh...bukannya dekat Johor tu...nak ride plk. sangat terdedah kepada macam2 bentuk kemalangan. dahla dok terbaca macam-macam berita kat internet.

dari sebulan ke sebulan tarikh berganjak kerana pelbagai kekangan, akhirnya mereka berdua memilih hujung minggu baru-baru ni. lagilah susah hati sebab keadaan cuaca pula tak menentu. kebanyakan masa hujan lebat dengan banjir kilat merata-rata.
tapi apalah yang boleh dikatakan....dah dua-dua nak ride. kita doakan sajalah.

maka seawal jam 5 pagi Jumaat 18.8.17 suami berangkat memulakan 'ride'nya....diiringi doa seorang isteri.
macam biasa, tiap-tiap pit stop dia akan message untuk bagitau keadaan semasanya.alhamdulillah, diberikan Allah perjalanan yang lancar dengan cuaca yang cerah sepanjang 4 hari perjalanannya.
jam 5 pagi dari rumah, menghampiri jam 6 petang tiba di tempat penginapan di Johor Bahru...alhamdulillah.

mereka hanya ride santai...tak ada apa-apa tujuan spesifik.
alang-alang dah ada di JB, sempatlah dia menjengok anak teruna yg sedang praktikal di sana. bahagialah anak bujang dapat jumpa abahnya.

Sabtu, 19.8.17 mereka ke penghujung paling selatan benua Asia.....Tanjung Pial.
petangnya bergerak meninggalkan Johor menuju ke Melaka.
satu malam di Melaka, pagi 20.8.17 mereka bergerak kembali ke utara. pagi sebelum bergerak, dia maklumkan belum balik ke rumah tapi akan terus ke seberang pula...bermalam di Dannok....hmmm...sabaq ja la....
anak dara kecik asyik bertanya dah mana abahnya....
umienya macam biasala...banyak hari kena tinggal mulalah macam2 mood keluar...


diaturnya oleh Allah....dapat juga jumpa sekejap sebelum dia ke Dannok sebab tak bawa geran motor. maka kena berhenti untuk ambil geran....dapatlah say hai...hai...bai...bai....sekali lagi. walau tak nampak muka (nampak mata saja), dapat salam, sembang & peluk sekejap pun jadilah.


hari ni 21.8.17, alhamdulillah suami selamat tiba ke rumah.
selesailah segala rasa kerisauan memikirkan keselamatan dirinya yang menunggang jarak jauh untuk kali pertama (mungkin terakhir kot)...


terimakasih Allah kerana memberi peluang untuk kami terus bersama.
terimakasih kerana memelihara kesihatan & keselamatannya serta sahabatnya itu.


kenapa saya tak halang dia ride walaupun dalam hati sangat rungsing?
saya tak halang secara direct, cuma hint tentang cuaca, tentang kesihatannya (asyik sakit sendi/gout) 
bila dia dah bertekad nak buat sesuatu yang walaupun agak merungsingkan saya tapi tidak sehingga memudaratkan maka tidak ada keperluan untuk menghalang secara total...itu minat dia dan peluang mungkin hanya datang sekali itu sahaja.
yang paling penting, bila berada dalam situasi 50-50 saya berserah kepada Allah swt...berdoa andai itu yang baik untuknya moga dipermudahkan. andai perjalanan itu bukan yang terbaik untuk dilakukan, mohon Allah berikan petunjuk (tanda-tanda lebih awal).


lelaki dan hobi sukar dipisahkan namun perlu ada give & take dengan isteri dan anak-anak. 
moga rumahtangga kami & anda semua yang membaca coretan ini sentiasa dilimpahi rahmat & bahagia daripada Allah swt.