19 October 2017

SAKIT PERIBADI....SAKIT DI HATI

salam sejahtera...

masyarakat yang sakit...
beberapa hari lepas saya dihadapkan dengan dua perkara yang agak tidak menyenangkan..
pertama:
kes anak kecil dicabul saudara sendiri
kedua:
kes anak yang lebih muda umurnya (setahun lebih) didera/pukul suami pengasuh.

pada dua-dua kes ini boleh dilihat riak kekecewaan dan marah pada wajah ibubapa mereka.
kes pertama hanya ayahnya yang datang bersama ibu kepada saudaranya yang melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.sukar mengambil tindakan undang-undang kerana saudara sendiri.ibu kepada si pelaku juga kelihatan kecewa.....kecewa dan marah dengan sikap anaknya.
dan wajah mangsa?....suci.
masih kecil dan belum mengerti perilaku saudaranya. tapi perlu dididik tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain ke atas badannya.terpaksa gunakan ayat ringkas, kesan dan akibat yang simple agar dia dapat faham. sesekali saya rasakan dia seperti kehairanan melihat kami yang dewasa ini bercakap dengan nada serius sesama sendiri. mungkin di fikirannya tertanya-tanya apakah masalah besar sedang melanda sedangkan sakit yang dialaminya tidak setara mana.
moga perkara ini tidak berulang lagi ke atas anak kecil ini dan tidak juga berulang kepada anak-anak lain.
moga Allah menghadirkan keinsafan kepada si pelaku.

kes kedua, jelas sekali bapanya menahan marah. suara bergetar, pitch yang agak tinggi....telah mereka bawa kes ke pihak berkuasa.
anak kecil yang agak lasak (bagi saya ia adalah situasi biasa bagi usia setahun lebih, dengan sifat meneroka yang tinggi).
kata ibunya, mungkin anaknya lasak, sebab tu kena pukul. entahla...apa pun puncanya, tidak selayaknya dia dikasari.


saya pernah nampak seorang bapa memegang dengan kasar anaknya yang berusia sekitar 3 tahun dan menghayun anak itu ke kerusi dengan marah...betul-betul di hadapan mata saya.puncanya, anak itu merayau dan bising dalam bilik saya. mujur tidak diulanginya. tak sempat saya nak tegur si bapa kerana saya terpegun, tak sangka dia akan buat macam tu. perwatakannya tidak kasar, tutur katanya sopan.
mungkin terbawa dek rasa marah dengan sikap si anak.


dan tadi....nampak melintas lalu di timeline facebook saya, video kanak-kanak membuli seorang budak lain di dalam surau.....ketika solat. langsung tidak menghiraukan seorang dewasa yang bersolat di sebelah mangsa buli mereka.
panas hati tengok benda-benda macam ni.


budaya didikan di rumah dan sekolah serta dalam masyarakat kita sekarang tidak lagi seperti dahulu. ramai ibubapa yang menyebelahi anak-anak sehingga mereka tidak boleh ditegur oleh orang lain sedangkan pembesaran anak-anak pada kebanyakan masanya berada jauh dari pandangan ibubapa. jika masyarakat tidak boleh menegur, maka pincanglah sistem tumbesaran akhlak mereka.
dengan keadaan ekonomi yang menekan, kebanyakan ibubapa berada dalam sektor pekerjaan....jarang bersama anak-anak. maka seharusnya, masyarakat luar diberi kuasa untuk sama-sama mendidik generasi muda. guru-guru juga perlu diberi kepercayaan dan tidak terlalu dikawal oleh ibubapa dalam usaha mendidik anak-anak asalkan tidak mencederakan fizikal dan mental anak-anak.

seperti kes buli di dalam surau tersebut, saya percaya jika ini berlaku di zaman 80an atau sebelumnya, pasti ada yang di"sekolahkan" oleh jemaah yang dewasa.
(pengakhiran kes buli tersebut tidak saya ketahui).



pada diri saya ini, andai kalian melihat anak-anak saya bersikap yang tidak sepatutnya di luar sana, anda dibenarkan untuk "mengajar" mereka dengan sewajarnya.
saya dan suami tidak mampu melihat anak-anak ini sepanjang masa tambahan pula dalam usia lepasan sekolah masa mereka di rumah semakin kurang.
tak kenal anak-anak saya?....carilah kat FB...hihi




No comments: