27 October 2017

TOMBIROU


salam sejahtera...

agak lama tak bawa nabila ke panggung wayang. selalu juga dia minta tapi tak ada cerita yang sesuai untuknya. dia ok saja melayan apa-apa cerita pun, peranan kita pula memilih yang wajar dihadapkan kepada mindanya.

bila cerita Tombiruo diperkatakan, saya memang agak keberatan untuk ke panggung sebab selalu kecewa dengan cerita tempatan. biasanya iklan mmg indah tetapi bila menonton, selalu hampa dengan persembahan filem tersebut.untuk Tombiruo ni suami memang bersungguh nak menonton maka untuk tidak menghampakan dia pada cuti sekolah baru2 ni kami ke panggung berhampiran. yang superexcited semestinya la nabila....tunggu lama kat situ pun dia ok saja.


kami duduk di barisan berlainan sebab panggung penuh. tiada pilihan.

cerita bermula dengan cantik....aksi, pemandangan dan bunyian yang menarik.
pada saya, untuk keseluruhan cerita ini memang ada "sesuatu" untuk dipersembahkan kepada penonton. lari dari topik seram, cinta dan korporat yang tipikal.
walaupun isunya sedikit sahaja, iaitu perbalahan adik beradik kerana wang ringgit yang membawa kepada pembunuhan, namun garapan sinematografi dan aksi yang menarik membuatkan kita tidak bosan. hakikatnya, saya lebih melayan pemandangan, aksi dan teknik yang ditayangkan berbanding jalan ceritanya.

saya suka kepada penggunaan bahasa tempatan dan ritual yang ditunjukkan kerana ia membawa kita untuk berada dalam situasi tersebut walaupun hanya seketika.

cuma agak ketara dipermulaan cerita bila patung bayi yang digunakan nampak jelas kaku dan keras. sebaiknya ia dibalut lebih tebal dan dimanipulasi supaya kelihatan seumpama bayi sebenar.

dari segi lakonan, pada saya semuanya ok. maklumlah, semua pelakon handalan belaka. skrip pula tiada yang berjela. semuanya berteraskan aksi-aksi fizikal.

kepada yang minat dengan cerita aksi, tak suka melayan dialog yang meleret-leret, pencinta keindahan alam, maka wajar saja menonton cerita ini di pawagam.
kalau menonton di kaca TV cerita ini akan kelihatan biasa-biasa sahaja sebab effect di pawagam dan kaca tv jauh berbeza.

yang nak bawa anak-anak pun boleh juga asalkan anak-anak tahan dengan bunyian yang kuat.







sepanjang berlangsung tayangan, nabila khusyuk sekali. melayan tanpa riak bosan. ada sekali dia terkejut tapi tak ingat pula scene yang mana.


selamat menonton.



No comments: