Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

05 July 2011

MAHARAJA MAKAN

salam.

jom share kejadian yg berlaku pada 3.7.2011.

oleh kerana saya habis kerja malam maka kejadian terpaksa dilakukan selepas 9.30pm.
apakah kejadiannya??
*
*
*
*
hehehe....
sesi makan durian di rumah baru tokey..
ingat lagi gambar rumah dalam ENTRY NI?
kat sinilah kami memenuhkan perut masing2.

ni bukan kenduri masuk rumah baru sebab tuan rumah tak duduk sini pun.
saja2 jamu member.

lepas makan siap pakat2 tapau buah durian yg lebih.
seperti biasa kami2 nilah yg last sekali balik.

jom tengok gambar...tak banyak sebab lagi best makan drp ambik gambar.
 pulut durian,bubur,roti jala,mee & bihun goreng
semua dari tuan rumah..kami makan ja.
 saya punya kot...first round kena ambik sikit dulu.
 sebahagian bapak yg datang...ni geng kereta.
geng motor lepak kat luar.
 tuan rumah tengah pasang lagu kat lampu siling.
 pasangan lomantik....bakal mengerjakan umrah hujung minggu ni.
moga selamat semuanya.
tokey siap offer nak jaga anak dara depa..hehe..
tuan rumah agihkan durian..
orang yg nak pi mekah tu pulun....nak bawa pi sana ka wei???
testing kabinet dapur tuan rumah..
dah kenyang,malas nak bergerak.
from left...me,mila,norlia & anak dara mila..husna @ along.

note: moga Allah murahkan rezeki tuan rumah.....nanti buat jamuan raya pulak macam tahun2 lepas....(jgn la hujan mcm hari tu...).
budak kecik makan pulut sikit ja...kalut nak main sebab ramai geng.puasla berlari sana sini.
Isnin budak kecik ponteng sekolah sebab umie dia kesian nak kejut dari tidur.

22 November 2010

BUKAN IMAM MUDA

salam.
malam tadi nyaris saja terlupa ke rumah pak imam.pak imam kenduri kahwin anaknya yang pertama.kami terpaksa pergi malam sebab saya kerja & suami pun ada urusan luar.dekat magrib baru dia sampai rumah.
malamnya suami ajak makan kat luar.mujur along ingatkan...huh..pasal makan along mmg takkan lupa punya.kami tawakkal ja g kenduri malam2 ni.suami dah siap plan B & C kalau makanan kat rumah pak imam dah habis.mujurlah masa kami sampai tu pak imam ada kat rumah.katanya makanan banyak lagi...alhamdulillah.

nasi minyak,ayam masak kicap & gulai daging...sedap.nabila yg masih suam2 badan pun makan bertambah.tak menyempat2 plk tu.masa org belum hidang dia dah sibuk.."acik...acik..".
kata pak imam ramai tetamu yg datang...antara 2 ke 3 ribu...pasang sepuluh khemah.habis 2 ekor lembu & 220 ekor ayam.ikan pun ada..berapa ntah..terlupa plk.
saya tidak melihat ini sebagai mendabik dada tetapi lebih kepada keberkatan yng Allah bg untuk pak imam.sebenarnya dia bukanlah org berada.anak pun ramai..11 org.yg kawen ni anak sulung.bayangkan berapa lg tanggungan dia.isteri hanya suri rumah.pastinya ramai yang ringan tulang & ringan tangan membantu pak imam semalam.alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu.ada lebihan lagi.kata pak imam dia buat konsep terbuka.sesiapa nak makan ambil saja sebanyak mana yg org tu nak.takdak budget2.rezeki Allah untuk semua.

kenapa pak imam ni istimewa kepada saya & suami?
sebab dia adalah
*customer saya.
*teman baik suami saya & keluarga suami.
*orang yang memperkenalkan suami kepada saya..(posmen kami pak imam oooo)
*orang yang menjalankan akad nikah kami (walaupun dia bukan imam di kawasan saya)
*orang yang menguruskan jenazah arwah bapa mertua
*orang yang menguruskan jenazah arwah bapa saya
*dan semestinya orang yang sentiasa memberi nasihat & panduan

sangat tidak patut kalau kami sekeluarga tidak mengingati dia kan??













pak imam semasa menguruskan jenazah arwah bapa







(tiada gambar kat rumah pak imam malam tadi...terlupa bawa kamera)

07 June 2010

budak penakut rupanya..

salam..
ni kisah hari sabtu.baru nak buat entry coz kamera ada kt hbby.
baru dpt hari ni.
seperti biasa hari sabtu yg sentiasa padat.
pepagi sesudah subuh terus keluar temankan hbby g hantar baju kt geng SYM yg nak konvoi ke Royal Belum..hujan2 org syok sambung tido depa p konvoi...apa daa..

pk 12 tghari keluar semula g kenduri adik member (team avanza plk).adik member tu lelaki tp sabtu kenduri side pompuan.dah dijemput kita dtg jelah kan..rumah tepi jalan utama so sesak sikit la..tambah plk ada satu lg kenduri kat area tu jg..sabar jelah.

pak sedara dgn anak sedara macam sebaya
rumah kenduri biasalah kan..org pasang lagu kuat2.rupanya budak nabila ni buat perangai..takut plk dgn bunyi kuat tu...maka terpaksalah kami angkut nasi p mkn kt rumah org lain yg jauh sikit dr bunyi tu..ish..

budak yang takut bunyi
peluk abah xmo lepas...ish..
duduk kt tempat jauh sikit dari bunyi tu...jadi mcm ni lah..tak reti diam.
ada plk yg melayan lagilah seronok.first time jumpa dah jd geng.

yang bwh ni kenduri side lelaki...hari Ahad.saya tak ikut sb kerja.hbby bawa along ja.then join dgn kawan2 avanza yg lain..
kebetulan semua hitam..hihi.


tuan rumah baju purple (abg bad)
buat teh tarik plk budak2 nie..haris & idlan


30 May 2010

padat..

salam..
HARI TERAKHIR CONTEST...MASIH ADA MASA UNTUK TURUT SERTA.
saya akan senaraikan nama peserta di sini esok.

semalam..sabtu (29/5/2010) adalah hari yang padat untuk saya & family.keluar pukul 11 pagi balik pukul 11.30 malam.
mula2 temankan hbby hantar design baju kat taylor then ke rumah kawan ambil polisi customer yang dah siap.
sembang sikit sebanyak terus bergerak ke rumah kenduri.tuan rumah ni upline saya asalnya tp dah jd kawan.saya pun tak rajin nk buat MLM dah.kenduri anak bongsunya.buat kat dewan.best la tgk kenduri kat dewan ni..tuan rumah relax jer layan tetamu yg datang..makan2 semua katering uruskan.rumah pun tak bersepah.nanti saya pun nak buat kat dewan jglah..hihi..berangan awal2.
cuma tak banyak tempat duduk so takleh lepak2.tak tunggu pengantin pun.lepas makan terus balik.food...mmm..sedaaap.

petang balik kampung tengok rumah coz my uncle kata paip bocor.
patutla bil air melambung..ishh..
the contractor will come in a few days time.

mak sedara & my 2nd cousin dok sibuk buat sirih junjung..masuk pertandingan gubahan la plk..rajin sungguh depa ni.macam nak kenduri plk jadinya.

otw balik lalu kat Suka Menanti..ada pertunjukan belon panas..ingat nak tengok.sekali sampai situ...hah..parking punyalah jauh.dah tu tak nampak belon pun..balik jelah.

kawan hbby plk call suruh singgah makan kt kedai father dia kat Tanah Merah Pendang.singgah lagi...sampai kt situ ada plk kawan sorg lg dah siap duduk tunggu mknan.mcm janji plk.dia otw balik Perlis.lepak2 makan2 kat situ sampai 10.30 mlm.makan free..tuan kedai belanja...hihi.bestkan ada kawan buka kedai makan.

sampai rumah pk 11.30 mlm.sepatutnya kena g Tg Dawai hantar barang kt kedai kawan hbby tp hbby dah tak daya nak drive.saya??sorryla..mlm2 malas sikit.tambah badan dah letih.kalau drive tu asyik masuk line org jer..hbby mmg tension kalau saya drive mlm..tp siang saya dah drive ke kampung..dia lepak jer kt sebelah.ok la kan.. 

tayang gelang sebenarnyer...

12 May 2010

dah mula dah...

salam..
kemarin ja dah dapat 3 undangan...fuh..
29/5.....satu
12/6.....satu (takde kad)
13/6.....satu


yang 29/5 wajib attend coz
1.depa banyak tolong masa saya kawen dulu...tolong make up masa akad nikah...bg hantaran...then kenduri kt kampung pun depa attend.
2.kenduri ni kat dewan..nak jg tgk kemeriahannya

cuma satu ja...hari tu ada belon panas kat alor setar..dah plan nak p situ.
kena timing betoi2 ni...dua2 nak pi.

12 & 13hb tu....ada kemungkinan tak attend coz...dah ada plan lain yg melibatkan ramai org....apalagi kalau bukan konvoi...hehehe..konvoi lg best drp kenduri maaa..tp takpe..dah cakap kt tuan rumah dua2 tu yg ada kemungkinan tak hadir.kalau tarikh konvoi ubah bolehla g makan kenduri tu..

majlis berendoi masa kenduri kawen saya dulu.


22 November 2009

cuti = kenduri

start jer cuti sekolah maka bermulalah acara makan kenduri. kemarin ja ada 3 kenduri.. lepas sarapan kluar dgn hbby g beli hadiah then g bank settle apa yg patut.lepas zohor terus ke penaga penang untuk majlis akad nikah geng avanza..best jer majlis tu sb cuaca mendung..mmg selesa.cuma gambar jer gelap sikit..almaklum kamera koman.tu pun pulun tangkap gambar ngalahkan cameraman yg bawa kamera besaq tu..hehehe..tp kt sini letak sikit jelah.. yg bestnya kami mai 2 keta ja..jadi mcm jakun sb tak kenai dua2 family pengantin.family lelaki ingat kami sebelah pengantin pompuan..yg family pompuan ingat kami belah pengantin lelaki..tengah makan baru la depa tau kami ni sapa...tetamu tak diundang..heh..muka tak malu..
pemandangan otw ke rumah pengantin perempuan

family pengantin lelaki

akad nikah

dah dapat lesen...

mak pengantin lelaki yg masih muda lela..
 
nizam & wife...sorry cek lupa nama..isk..isk..
 
geng avanza
tunggu 6/12/09 for more happening event

badan sapa lagi bulat?

balik dr penaga terus ke sg petani..kenduri kawen adik angkat hbby.sampai pun dah pk 5 ptg..org tgh nk angkut khemah.sib baik ada food lg.kt sini tak ambik gambar..malu..hihihi..

then ambik brg2 biz hbby yg nak kena deliver kat customer minggu ni.sampai rumah pk 6 lebih..lepas magrib kononnya bertolak ke kenduri satu lg (x office mate hbby)..hujan renyai2.hbby tak pasti rumah tu kt mana.kad kenduri tinggal kt ofis.
so singgah umah abah dulu...sekali abah cakap.."kenduri 6 hb nanti laa.." pehhh...sib baik hbby tak tau umah..if not,tak pasai2 p ketuk umah org malam2...ujan plk tu...
salah sapa???aku ler..silap tarikh wei...
nak wat per...lepak jer umah abah sampai pk 9 mlm sb ujan lebat..

nabila siap pakai baju kurung lg nk g kenduri..
(kt blkg tu brg2 hbby yg nk deliver kat cust)