22 November 2010

BUKAN IMAM MUDA

salam.
malam tadi nyaris saja terlupa ke rumah pak imam.pak imam kenduri kahwin anaknya yang pertama.kami terpaksa pergi malam sebab saya kerja & suami pun ada urusan luar.dekat magrib baru dia sampai rumah.
malamnya suami ajak makan kat luar.mujur along ingatkan...huh..pasal makan along mmg takkan lupa punya.kami tawakkal ja g kenduri malam2 ni.suami dah siap plan B & C kalau makanan kat rumah pak imam dah habis.mujurlah masa kami sampai tu pak imam ada kat rumah.katanya makanan banyak lagi...alhamdulillah.

nasi minyak,ayam masak kicap & gulai daging...sedap.nabila yg masih suam2 badan pun makan bertambah.tak menyempat2 plk tu.masa org belum hidang dia dah sibuk.."acik...acik..".
kata pak imam ramai tetamu yg datang...antara 2 ke 3 ribu...pasang sepuluh khemah.habis 2 ekor lembu & 220 ekor ayam.ikan pun ada..berapa ntah..terlupa plk.
saya tidak melihat ini sebagai mendabik dada tetapi lebih kepada keberkatan yng Allah bg untuk pak imam.sebenarnya dia bukanlah org berada.anak pun ramai..11 org.yg kawen ni anak sulung.bayangkan berapa lg tanggungan dia.isteri hanya suri rumah.pastinya ramai yang ringan tulang & ringan tangan membantu pak imam semalam.alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu.ada lebihan lagi.kata pak imam dia buat konsep terbuka.sesiapa nak makan ambil saja sebanyak mana yg org tu nak.takdak budget2.rezeki Allah untuk semua.

kenapa pak imam ni istimewa kepada saya & suami?
sebab dia adalah
*customer saya.
*teman baik suami saya & keluarga suami.
*orang yang memperkenalkan suami kepada saya..(posmen kami pak imam oooo)
*orang yang menjalankan akad nikah kami (walaupun dia bukan imam di kawasan saya)
*orang yang menguruskan jenazah arwah bapa mertua
*orang yang menguruskan jenazah arwah bapa saya
*dan semestinya orang yang sentiasa memberi nasihat & panduan

sangat tidak patut kalau kami sekeluarga tidak mengingati dia kan??













pak imam semasa menguruskan jenazah arwah bapa







(tiada gambar kat rumah pak imam malam tadi...terlupa bawa kamera)

6 comments:

eB ezrin said...

KALO EB PN... EB kan sentiasa engat... :)

Min said...

alahai sedapnya makan kenduri.... rindunya nak balik makan nasik kawah... 2 thn dah ni!!! aarrrghhh!!!

h4ni3 said...

sangat berjasa pak imam tu
mesti dah anggap macam family kan?

Maiyah said...

sgt berjasa.. mmg mesti ingt ;)

ieda said...

eb..
paling ingat bab dia jadi middle person tu..

min..
musim kenduri ni min...emmm...terbau2 gulai kawah tu..hihi..jgn marah noo...nanti balik sini kita buat kenduri.

h4ni3..
mmg pun cuma wife dia ja pemalu sikit.

maiyah..
insyaAllah..anak2 pun kena ingat pak imam ni.dah banyak tolong depa jugak.

Dr Singa said...

sporting pak imam ni...jadik posmen...
:)