17 September 2018

LAGI KISAH ANAK JATUH

salam sejahtera....

saya terbaca kisah anak kecil berusia 4 tahun yang terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 17.....
luluh hati melihat wajah pilu si kakak. pasti peristiwa ini bakal menghantui perjalanan hidupnya. moga Allah beri kekuatan jiwa untuknya meneruskan kehidupan. moga ibubapa, saudara mara dan semua insan di sekelilingnya membantu memberi kekuatan kepadanya.

moga tiada yang meletakkan dirinya sebagai punca kejadian. pasti sekali ini bukan yang terfikir oleh akalnya bahawa ia mungkin berlaku.


desakan hidup bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kota yang memerlukan ibubapa untuk keluar mencari nafkah demi membesarkan anak-anak seselesa mungkin. terpaksa bergantung kepada anak yang lebih dewasa untuk menguruskan adik-adik di rumah. walau usia masih muda dan mentah, si anak perlu memikul tanggungjawab demi kelangsungan hidup.

moga keluarga ini tabah menjalani hari-hari mendatang....moga kejadian ini walaupun pedih untuk mereka, dapat digantikan dengan kebaikan-kebaikan lain oleh Allah swt. setiap kejadian ada rahsianya. kita doakan yang baik-baik untuk mereka dan juga semua yang berada dalam situasi yang sama.






2 comments:

aryn Fadz Lee said...

Tak sanggup rasanya baca ttg berita spt ini. Ianya sgt memilukan..moga keluarga ini terus tabah

Susan said...

I really like your writing style, great information, thankyou for posting. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...