jom cerita bab makan pula...
sebenarnya banyak tempat juga kami jelajah rasa makanan tapi tak sempat nak update kat sini.
ini salah satu cafe yang dilawati baru-baru ni.
Misriana Cafe...
terletak di Riverfront City Sungai Petani. lot kedai berhampiran panggung wayang. baru saja dibuka di sini.
dari segi tatarias cafe...memang selesa dan menarik. berhawa dingin tapi disediakan juga tempat duduk di bahagian luar untuk pengunjung yang lebih selesa bersantai dengan suasana udara luar.
kami memilih untuk duduk di dalam cafe kerana pastinya bebas dari asap rokok.
ini antara hidangan yang kami pesan..
ada banyak menu di sini yang dibahagikan mengikut kumpulan seperti masakan tempatan, masakan barat, masakan Thai dan masakan Cina.
minuman....seperti juga cafe-cafe yang lain. ada pelbagai pilihan.
tapi malam tu perut agak kurang selesa, jadi taklah mengorder air yang pelbagai rasa. isi dengan air suam & ais kosong saja. cuma suami yang minum air nenas.
NASI AYAM |
MEE WANTAN |
NASI LEMAK PANDAN |
AIR NENAS |
DONUT.. yg ini dihidangkan tanpa di order ingatkan percuma, rupanya ada harga dalam bil.. bayar ja la. |
pada selera saya.....
mee wantan memang sedap. secukup rasa dengan mee yang rangup. tapi kena makan cepat, kalau biar sejuk memang lembutlah mee tersebut.
nasi ayam & nasi lemak pandan, biasa-biasa. tidaklah mengecewakan cuma dari segi suhu nasi. dua-dua nasi telah sejuk semasa dihidangkan. mungkin jika dihidangkan nasi yang panas, rasanya akan lebih enak.
donut tidak menepati citarasa. terlalu padat. tidak gebu seperti donut yang dibeli di gerai tepi jalan.
air nenas...ok, sedap.
nanti boleh cuba makanan dan minuman yang lain pula.
dari segi layanan...
bagus saja layanan di sini. cepat dan mesra.
cuma mungkin keadaan cafe yang agak kecil dan tertutup membuatkan bunyi-bunyian dari dapur jelas kedengaran di meja makan.
harga...
berpatutan dengan lokasi dan makanan yang dihidangkan.
kesimpulannya..
kepada yang berkunjung ke Riverfront City Sungai Petani, bolehlah mencuba rasa di sini.
semasa kami pergi, cafe ini baru beroperasi maka saya tidak mengharapkan kesempurnaan dari segala segi. sedikit kekeliruan masa mengambil order, keadaan nasi yang agak sejuk, suara-suara pekerja yang jelas kedengaran dari ruang penyediaan makanan....perkara ini semua boleh dibaiki dari semasa ke semasa.
yang penting, ia selesa, pekerjanya ramah mesra dan harga yang berpatutan. dari segi rasa makanan, tidak adil untuk dikomen kerana setiap dari kita punya cita rasa yang berbeza. datang dan rasa sendiri.
insyaAllah kami juga akan datang lagi untuk merasa menu-menu lain pula.
No comments:
Post a Comment