salam sejahtera..
hujung minggu baru-baru ni, kami bertiga (saya, suami & nabila) sekali lagi melayan movie. kali ini kami mengambil kesempatan untuk menonton kisah PASKAL. sejak melihat iklan tentang kisah ini, saya dan suami membuat keputusan untuk menonton di pawagam sebab rasa macam menarik. kami jarang menonton cerita Melayu (ikhlas cakap). yang terkini sebelum Paskal ialah cerita Hantu Kak Limah sebab saja nak rehatkan minda. tengok cerita yang tak payah fikir dan nak gelak-gelak dalam panggung.
tentang PASKAL....
PASKAL adalah singkatan kepada Pasukan Khas Laut, satu pasukan elit dalam TLDM.
mulanya cuak juga nak bawa Nabila sebab boleh agak cerita ni "bising". maksudnya akan ada sound effect yang kuat. Nabila tak berapa suka bunyi-bunyi yang terlalu kuat. sakit telinga katanya. dan betullah tekaan saya. di permulaan tayangan, Nabila asyik tekup telinga. umie dia dah susah hati. janganla dia ajak keluar....rugi ja duit. dahla umienya nak melayan cerita tu.
PASKAL adalah singkatan kepada Pasukan Khas Laut, satu pasukan elit dalam TLDM.
mulanya cuak juga nak bawa Nabila sebab boleh agak cerita ni "bising". maksudnya akan ada sound effect yang kuat. Nabila tak berapa suka bunyi-bunyi yang terlalu kuat. sakit telinga katanya. dan betullah tekaan saya. di permulaan tayangan, Nabila asyik tekup telinga. umie dia dah susah hati. janganla dia ajak keluar....rugi ja duit. dahla umienya nak melayan cerita tu.
tapi lepas seketika, Nabila relaks ja....dia pula yang khusyuk menonton. lega rasanya.
pada pendapat saya, PASKAL adalah satu pembentangan layar yang sangat baik. berbaloi. puas hati menontonnya. ceritanya tidak meleret-leret, straight to the point. cepat dan padat. diselitkan ungkapan-ungkapan jenaka dalam situasi tegang yang mampu membuat penonton tergelak. juga dimasukkan episod-episod menyentuh jiwa dengan kehilangan jiwa anggota PASKAL.
dari segi sinematografi, memang menarik. untuk cerita-cerita negara kita, ia tidak mengecewakan terutama sekali gambaran kapal selam yang bergerak merentas lautan. pada saya, ia digambarkan dengan cantik sekali.
cuma dua perkara yang saya rasa agak kurang berjaya iaitu yang pertama dari segi penuturan dialog. kebanyakan pendokong watak menuturkan dialog mereka seolah-olah membaca sahaja. bukan pada setiap masa tapi ada ketikanya bunyi percakapan kurang menarik (agak tidak realistik).
yang kedua, bunyi muzik latar yang agak kuat dan mengganggu dialog serta sound effect yang lain. ada ketikanya, bunyi muzik menghilangkan rasa debaran terutamanya ketika adegan menjejaki lanun di dalam kapal. lebih menarik jika dibiarkan kosong/sunyi tanpa muzik latar dan penonton dikejutkan dengan aksi2 pelakon atau sound effect sahaja.
bagaimanapun, secara keseluruhannya kami berpuas hati. boleh menonton sekali lagi tanpa rasa bersalah.
Nabila juga sangat menghayati sampai 'terbelakon' semasa tayangan berlangsung. mujur ada bunyi dari skrin, penonton lain tak perasan dia sedang bercakap ala-ala guna walkie talkie dengan kawannya. umie yg duduk sebelah dia terperasan, terus suruh dia diam....hihi.
tahniah kepada keseluruhan pembikin dan pembawa watak dalam PASKAL. anda telah membawa kami rakyat biasa yang bukan dari anggota keselamatan untuk menyedari bahawa di luar sana ada satu kelompok rakyat negara kita yang pada sebarang masa bersedia menyerahkan jiwa raga membantu menjaga keamanan negara serta membantu rakyat negara luar.
tidak ramai yang mengetahui tentang kelompok ini....
kewujudan filem ini membuatkan kami membuka mata dan minda tentang bakti dan pengorbanan PASKAL.
tahniah..
selamat menonton kepada anda yang masih belum menontonnya.
No comments:
Post a Comment