20 June 2017

BEBELAN NAK CUTI

assalamualaikum...
salam sejahtera...
Ramadhan ke 25 dah.....sekejap saja masa bergerak.
mesti ramai yg dah siap planning nak balik bercuti raya kat kampung masing-masing. jangan ada yg bergaduh dan berkecil hati sesama pasangan pula. ambil giliran dengan adil dan saksama.
senang cakap kannn?hihi..nak melaksanakan tu bukan mudah tambah-tambah kalau cuti pendek..untuk orang yang tak ada ibubapa macam saya ni takla pening sangat nak fikir balik rumah mak/ayah mana. ada seorang mak mertua dan seorang lagi mak mertua tiri. raya kat rumah sendiri, lepas tu ke rumah mak mertua....settle yang utama. habis yang tu bolehlah nak merayau ke mana2 pun tapi biasanya ke rumah adik-beradik yang dekat-dekat ni dulu.
cuma tahun ni plannya nak ke rumah adik beradik arwah bapa dan emak pada hari raya pertama....moga-moga sempat... 


kat utara ni jalan dah mula sesak sebenarnya....nanti masuk hujung minggu lagilah padat.makanya, nak bergerak pada petang raya tu amat mencabar. sebab tu saya jarang berada kat jalanraya pada waktu petang di musim raya. tapi tahun ni rasanya kena redah juga.dah moga cuaca cerah sepanjang hari.


you all pun, yang nak bergerak banyak pada musim cuti ni, rancanglah betul-betul. yang penting minda kena prepare siap-siap untuk hadap jem. bila kita dah mentally prepared, insyaAllah tiada rasa amarah dalam jiwa, tak ada rushing dan boleh enjoy the day.

yang ada anak-anak kecil tu, jagalah pemakanan mereka supaya tak ada yang perut meragam diperjalanan...sebenarnya anak kami si nabila tu pun ada kalanya buat kalut dalam kereta (nak ke toilet) sebab jenis makan tak boleh nak halang.jadi ke mana-manapun pergi, dari kecik sampai sekarang, ada satu beg untuk dia. bawa baju spare. lengkap sepasang dengan tuala dan sikat. kadang-kadang bawa lebih. bila kat rumah adik beradik mesti bagi dia ke tandas siap2.


oklah dulu.....
selamat membuat persiapan menyambut aidilfitri.
selamat menjalani ibadah puasa dan menambah ibadah2 lain di bulan mulia ini.

jaga kesihatan....jaga keselamatan.


jangan lupa berdoa sebelum menaiki kenderaan...mohon Allah lindungi bukan sahaja diri dan keluarga kita tetapi juga semua pengguna jalanraya yang lain.
ramai-ramai berdoa, moga Allah terima doa kita.


***kat Kedah dan Penang semua tol pakai kad....no cash.
sila top up kad touch & go siap-siap.





13 June 2017

BERBUKA PUASA SAMBIL CARI TEH BUNGA LEBAH

salam sejahtera...

cerita hari Sabtu 10/6/17.

seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali Ramadhan pasti ada agenda berbuka puasa di seberang sempadan. berbuka dan mencari stok beras pulut serta beras wangi untuk kegunaan sendiri.tak boleh jual sebab tak boleh bawa keluar banyak-banyak.

pada Sabtu yang lepas kami sekeluarga serta satu keluarga sahabat lagi berbuka di seberang sempadan....ke pekan Danok Thailand. Bergerak dari rumah sekitar jam 2.30 petang. kemudian singgah di Alor Setar ambil stok barang-barang klinik dan terus terjah ke perkarangan Stadium Darul Aman. suami mencari air teh bunga yg di viralkan kerana di kelilingi lebah.
sampai di situ dalam cuaca panas terik.mujur parkng masih ada dan gerainya pula adalah yang pertama ditemui (terletak di hujung sekali)....tak perlu nak menapak jauh.




dari jauh dah nampak lebah-lebah berterbangan menghurung gerai dan pekerja-pekerjanya.gerun pun ada. mana tahu ada lebah yang tersesat masuk dalam tudung....
tapi tengok orang lain selamba saja berbaris dan budak-budak yang menjual pun tak ada yang kena gigit, buat-buat berani sajalah duduk berbaris sama.

teh bunga lebah

kata adik penjual, lebah-lebah itu datang sendiri sebaik sahaja mereka berniaga....entah dari mana datangnya. tapi yang pasti lebah-lebah itu datang bersama rezeki. menjadi daya penarik kepada orang ramai. teh bunga yang dijual dicampurkan dengan madu. sebab itu banyak lebah yang datang. rasa airnya?....sedap. tidak terlalu manis.

selesai di situ, kami bergerak dan singgah pula di bazar ramadhan di Jitra....suami cari Roti John.

selesai membeli terus bergerak ke sempadan.tidak begitu ramai orang yang berurusan di situ. jadi sekeja sahaja dah setel semua. tiba di restoran sekitar 6.30 petang. masih banyak meja yang kosong. terus saja order makanan dan lepak di situ sehingga masuk waktu berbuka.

restoran yang sama setiap kali ke Dannok

kami

wajib....tenggiri masak kicap


selesai berbuka puasa singgah pula di kedai barang berhampiran untuk dapatkan stok beras. kami tak membeli sebab dah beli sebelum ramadhan.
ramai juga yang ambil peluang membeli mercun di sini...api pandai-pandailah bawa diri semasa bertembung dengan kastam di sempadan nanti.silap-silap haribulan memang sangkut di situ.


perjalanan balik agak lancar sebab masih awal....driver belum mengantuk.
berhenti sekejap di tol Jitra untuk solat dan di gerai makan Kepala Batas untuk basahkan tekak.
kemudian terus balik ke rumah. tiba sekitar jam 12 malam.

budak nabila sambung pula tengok tv cerita seram...pukul satu lebih masuk tidur.
dan Ahadnya....ada yang ponteng sekolah.




12 June 2017

AIR OH AIR

salam sejahtera...
Ramadhan ke 17 dah hari ni....
menuju ke 10 malam terakhir...moga amalan dapat ditingkatkan lagi.

Ramadhan di kawasan kami agak mencabar tahun ni. cuaca yang sebelumnya sentiasa hujan dan dingin, bertukar secara tiba-tiba. terus panas dan kering. sekali sekala berangin sepoi-sepoi bahasa menghilangkan bahang.

Menambahkan keresahan bila bekalan air paip selalu terganggu. alhamdulillah, fasa perumahan yg saya duduki tidak terlalu teruk terjejas. sekali sekala terhenti dalam jangka waktu yg singkat. kemudian alirannya perlahan di selang seli dengan air paip yg laju.
Namun di beberapa fasa perumahan yg lain, air terhenti beberapa jam. ada kalanya melebihi 24 jam. begitu juga di kampung dan taman-taman perumahan lain di Kedah.

Jadi, kepada anda yang akan  balik kampung, berhari raya di Kedah, harap membuat persediaan lebih awal. tanyakan keluarga di sini sama ada rumah mereka terlibat dengan masalah air ini (ada kawasan yang elok sahaja bekalan airnya). jika ada masalah bekalan air, mungkin perlu bawa bekalan pakaian yang lebih terutamanya jika ada anak kecil. bersedia juga untuk beratur di kedai-kedai dobi. permintaan pasti meningkat di musim perayaan. tambahan pula pasti ada yang menutup operasi beberapa hari sempena cuti umum. musim perayaan tahun lepas ramai yang menghadapai masalah tiada bekalan air paip. dijangka tahun ini juga akan berlaku perkara yang sama.


masalah yang entah bila akan berakhir.
sabar.....







01 June 2017

BERBUKA DI PUNCAK PUTARAN

salam sejahtera...
Ramadhan ke 6 hari ni....menghampiri penghujung.
sekejap saja waktu berputar....

berbuka di mana hari ni?
sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai yang mengambil langkah berjimat cermat. masak sendiri dan berbuka di rumah seisi keluarga.
kami pun begitu.....berusaha ke arah itu.

bagaimanapun, atas undangan pihak yang berkenaan pada hari ke 2 Ramadhan kami sekeluarga serta satu keluarga sahabat berkunjung berbuka puasa di Menara Berputar Alor Setar. Restoran ini baru diambil alih oleh pengusaha baru dan tahun ini kali pertama bagi beliau menyediakan buffet Ramadhan. kebetulan dia adalah sahabat suami, maka kami dijemput untuk bersama meraikan majlis perkenalan iftar Ramadhan tahun  ini....alhamdulillah dengan rezekiNya.



tiba sekitar jam 6.45 petang, kami berlegar dahulu di dalam restoran ini yang terletak di tingkat 4 menara.menikmati pemandangan bandar Alor Setar yang semakin padat.cuaca di sini agak berjerebu sejak bermula Ramadhan.


PEMANDANGAN DARI RESTORAN BERPUTAR MENARA ALOR SETAR




menu makanan yang disediakan agak lengkap....ada nasi berlauk, ayam dan ikan bakar, laksa, laksam, makanan laut (shell out), kuih muih serta pencuci mulut dan beberapa jenis air. selesa berbuka di sini kerana suasana yg tenang dan berhawa dingin.

cuma perlu diingat, ia adalah restoran berputar. jika tidak prihatin kita mungkin agak terkeliru untuk kembali ke meja selepas menambah makanan.
seketika meja kita berada berhampiran kuih muih namun beberapa minit kemudian menu lain pula berada berhampiran meja.


BUFFET RAMADHAN 2017
restoran berputar menara alor setar


alhamdulillah, makanan yang disediakan menepati citarasa. 
paling saya suka adalah laksam.....pekat dan lemak....complete taste. bukan senang nak cari laksam yang sedap sekarang ni.

tak banyak gambar sebab kalut nak makan dan nak kawal selia budak nabila.



KAMI

 ABANG PINJAMAN DIA

tidak perlu risau tentang solat kerana di sini di sediakan ruang solat yang selesa di tingkat 5.
boleh berbuka, solat dan sambung makan dengan tenang.
bilik solat juga mempunyai pemandangan luar yang cantik sekali.





ini adalah promo tentang buffet Ramadhan yang disediakan untuk anda yang mencari kelainan suasana berbuka.
boleh hubungi nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



selamat berbuka....