13 June 2017

BERBUKA PUASA SAMBIL CARI TEH BUNGA LEBAH

salam sejahtera...

cerita hari Sabtu 10/6/17.

seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali Ramadhan pasti ada agenda berbuka puasa di seberang sempadan. berbuka dan mencari stok beras pulut serta beras wangi untuk kegunaan sendiri.tak boleh jual sebab tak boleh bawa keluar banyak-banyak.

pada Sabtu yang lepas kami sekeluarga serta satu keluarga sahabat lagi berbuka di seberang sempadan....ke pekan Danok Thailand. Bergerak dari rumah sekitar jam 2.30 petang. kemudian singgah di Alor Setar ambil stok barang-barang klinik dan terus terjah ke perkarangan Stadium Darul Aman. suami mencari air teh bunga yg di viralkan kerana di kelilingi lebah.
sampai di situ dalam cuaca panas terik.mujur parkng masih ada dan gerainya pula adalah yang pertama ditemui (terletak di hujung sekali)....tak perlu nak menapak jauh.




dari jauh dah nampak lebah-lebah berterbangan menghurung gerai dan pekerja-pekerjanya.gerun pun ada. mana tahu ada lebah yang tersesat masuk dalam tudung....
tapi tengok orang lain selamba saja berbaris dan budak-budak yang menjual pun tak ada yang kena gigit, buat-buat berani sajalah duduk berbaris sama.

teh bunga lebah

kata adik penjual, lebah-lebah itu datang sendiri sebaik sahaja mereka berniaga....entah dari mana datangnya. tapi yang pasti lebah-lebah itu datang bersama rezeki. menjadi daya penarik kepada orang ramai. teh bunga yang dijual dicampurkan dengan madu. sebab itu banyak lebah yang datang. rasa airnya?....sedap. tidak terlalu manis.

selesai di situ, kami bergerak dan singgah pula di bazar ramadhan di Jitra....suami cari Roti John.

selesai membeli terus bergerak ke sempadan.tidak begitu ramai orang yang berurusan di situ. jadi sekeja sahaja dah setel semua. tiba di restoran sekitar 6.30 petang. masih banyak meja yang kosong. terus saja order makanan dan lepak di situ sehingga masuk waktu berbuka.

restoran yang sama setiap kali ke Dannok

kami

wajib....tenggiri masak kicap


selesai berbuka puasa singgah pula di kedai barang berhampiran untuk dapatkan stok beras. kami tak membeli sebab dah beli sebelum ramadhan.
ramai juga yang ambil peluang membeli mercun di sini...api pandai-pandailah bawa diri semasa bertembung dengan kastam di sempadan nanti.silap-silap haribulan memang sangkut di situ.


perjalanan balik agak lancar sebab masih awal....driver belum mengantuk.
berhenti sekejap di tol Jitra untuk solat dan di gerai makan Kepala Batas untuk basahkan tekak.
kemudian terus balik ke rumah. tiba sekitar jam 12 malam.

budak nabila sambung pula tengok tv cerita seram...pukul satu lebih masuk tidur.
dan Ahadnya....ada yang ponteng sekolah.




1 comment:

ASTraveller said...

salam singgah dah follow :)