29 January 2013

LAYANKAN SAJA....

salam sejahtera buat semua....

tot tet tot tet....dah Selasa.......menghampiri penghujung Januari dah pun.

layan gambar budak kecik ni sat...

mood tengah elok...makan sendiri sampai licin.

serabai...
balik sekolah terus ambil yang besar berdua tu...kemudian terus keluar pekan utk urusan rasmi ayahbonda mereka.
sebelum balik layan mi mamak kat Taman Intan dulu.
budak kecik ni mampu habiskan sepinggan mi mamak tu tau...jangan tak percaya.
siap letak telur rebus sebiji.
umie just ratah2 cucur garing dalam mi tu saja.sebab dia tak suka benda2 tu.

lepas makan dia jalan ke kaunter...bertembung dgn radio yg tengah pasang siaran Tamil...lagu2 rancak plk tu.....dia punya pasang telinga kat tepi radio tu.pelik kot dengar bahasa Tamil.lepas tu terus menari2.....alahai budak.rembat plk majalah Tamil...khusyuk nak baca macam la reti sangat.jenuh juga pujuk nak bagi balik majalah tu kat tuan kedai.

masuk kereta abahnya tukar channel radio ke THR....siaran lagu tamil...bukan main lagi dia berjoget...terhangguk2..bila tukar siaran lain serta merta dia terbeliak biji mata kat abahnya....makanya...kami semua melayan siaran Tamil sepanjang perjalanan sehingga ke rumah...

nanti kita cari CD lagu Tamil yg best2....nak?

24 January 2013

JOM BERBASIKAL

assalamualaikum/salam sejahtera...


setelah begitu lama dipenuhi rumput & kemuncup...sejak petang kelmarin (@ semalam) padang depan rumah kelihatan bersih & kemas.pekerja majlis gigih membersihkan kawasan.
puncanya?
hari Sabtu nanti akan diadakan majlis perasmian acara kayuhan basikal kat padang ni.khabarnya MB Kedah akan datang rasmikan....tak pasti plk bab tu.
tapi yg nyata semua persiapan sedang giat diatur.

harapnya selepas majlis itu nanti pihak Majlis Bandaran dapat terus menjaga keindahan padang tu....potong rumput secara berkala.jangan macam sebelum ni.potong juga tapi ala kadar.kawasan lapang ja dibersihkan tapi kat tempat yg ada alat mainan dibiar begitu saja.sampah pun berselerak kat padang.ada tong sampah tapi bila dah penuh tak ada yg pungut.kesian kat budak2 nak main pun tak selesa.

notes:...nasib baik rumput kat laman rumah dah potong Sabtu baru ni....

23 January 2013

SELAMAT....

salam sejahtera...

Selamat menyambut MAULIDUR RASUL esok.
selamat bercuti kepada yg bercuti....
Kedah best lagi sebab sambung dgn Jumaat & Sabtu.
saya tak cuti sebab baru ja ambik utk birthday Sultan.

apa pun...cuti atau tidak...
sama2lah kita memperbaiki diri.
bersama menghayati ajaran & pesanan RASULULLAH.
bersama kita amalkan,
semarakkan agama ISLAM dalam diri kita.
moga kita menjadi hamba kesayangan ALLAH
dan pengikut kesayangan RASULULLAH.

insyaAllah.....

22 January 2013

RM100

salam..
petang yang damai hari ni.....agak sunyi berbanding pagi tadi.

hari ni budak2 berdua tu dapat duit sumbangan pelajar RM100.maka pagi tadi dekat2 pukul 12 kami dua org bergandingan la pergi sekolah.pergi berdua cepat sikit selesai urusan.abahnya ambil utk aiman...saya ambil utk nurul.masa kami sampai ramai yg dah balik.yang ada pun budak sesi petang.saja pergi lambat sikit (mula pukul 11 pagi) sebab malas nak berbaris & tak seronok nak tinggalkan kerja lama2.keseluruhannya tinggalkan kerja setengah jam saja.

tengah hari bawa depa keluar.nurul beli baju sekolah.aiman cari sandel tapi tak jumpa...dia memang susah nak cari segala benda...makin cerewet pilih barang.saja ja gunakan duit rm100 tu utk beli barang depa sendiri.maka depa akan rasa sumbangan tu lebih bererti.kalau ambik & terus simpan gitu saja macam tak nampak sgt value & keperluan duit tu utk depa (pandangan saya la).bila pakai duit tu tau plk nurul ni nak jimat...beli baju ja.kain tak mau beli....(that's what I want to see....budget).
duit lebih tu kita simpan.tapi bunyi2 jugak tadi...nak beli buku latihan sebab tahun ni dia nak PMR.batch terakhir utk PMR kat negara kita ni.mula tahun depan dah tak dak PMR...kira penilaian berterusan ja kot.ada juga kengkawan yg kerja cikgu bunyi2 sikit sebab bukan senang kan nak nilai prestasi secara berterusan macam tu.ada periksa besar ni senang nak nampak prestasi pelajar.
saya bukan expert bab2 macam ni...tak mau komen panjang.biarlah pengkaji2 pendidikan buat kerja depa.janji anak2 semua boleh belajar dan hidup dalam keadaan aman damai.

berbalik kepada sumbangan rm100 ni...
andai dapat tiap2 tahun pun ok jugak kan?yang ada anak ramai tu,dapat juga kurangkan beban perbelanjaan sekolah mereka. mana yg rasa tak nak tu sedekahkan saja kepada pihak PIBG sekolah anak2 tu...dapat pahala.
saya ambil ja duit ni sebab pada saya duit ni untuk budak2 ni....bukan untuk ibubapa.kita tolong ambilkan saja.


****notes:
budak nurul ni dok bunyi2 nak tukar sekolah plk tahun depan..sekolah ni katanya tak best...nak pi sekolah manalah plk ni???