Showing posts with label kebersihan alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label kebersihan alam sekitar. Show all posts

26 April 2013

MENTALITI KITA


salam...

perilaku kita menggambarkan peribadi & tahap pemikiran kita..
di kejiranan saya ada ramai penghuni yg terdiri dari pelajar IPTA berhampiran.
bila ber'nama' budak 'U' kita pasti menagnggap mereka dari kumpulan yang meiliki tahap kecerdikan yang lebih baik dari 'average'.
malangnya ada segelintir yang bersikap sebaliknya...tidak mencerminkan nilai diri sebagai orang yg berpendidikan tinggi.
lihat saja di bawah ni.
 rumah ini di sewa oleh pelajar lelaki.ini bahagian hadapannya.pelajar2 ini pulang ke rumah (sekarang sedang bercuti) dengan meninggalkan sisa2 domestik mereka begini.
saya tidak pasti siapa yg letakkan notis peringatan di situ.
di bawah ini adalah bahagian sisi rumah yg sama...
rumput mencecah tingkap.
tuan rumah pun sekadar mengutip sewa.apa salahnya tetapkan seseorang untuk memotong rumput secara berkala.tahap ni dah boleh menjadi sarang tikus & sarang ular.


bukan rumah ini saja sebenarnya yang bermasalah sivik seperti ini...ada beberapa buah lagi di sepanjang laluan hadapan ni.laluan belakang saya tak pernah tinjau (tak ada keperluan).

budak2 yang duduk di sini kebanyakannya budak yang ambil 'degree'....apa pengharapan kita kepada bakal2 graduate dengan mentaliti seperti ini?
bukan saja yang lelaki...perempuan pun sama juga.
tong sampah utama bukannya jauh sangat pun...(di sini tiada perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah).masing2 ada kereta & motor.dalam perjalanan ke kuliah pun boleh angkut.satu rumah berkongsi ramai2...buatlah giliran.bukan susah sangat pun.orang lain boleh buat kenapa kamu yang muda & masih bertenaga serta cerdik pandai tidak boleh menjaga kebersihan tempat tinggal sendiri?
perlukah sehingga ke tahap penglibatan pihak pentadbiran universiti untuk memantau perilaku pelajar2nya di luar kampus?

bersama2lah bertanggungjawab menjaga kebersihan agar tidak berlaku wabak penyakit bawaan vektor (penyakit2 yang dibawa oleh haiwan).

24 January 2013

JOM BERBASIKAL

assalamualaikum/salam sejahtera...


setelah begitu lama dipenuhi rumput & kemuncup...sejak petang kelmarin (@ semalam) padang depan rumah kelihatan bersih & kemas.pekerja majlis gigih membersihkan kawasan.
puncanya?
hari Sabtu nanti akan diadakan majlis perasmian acara kayuhan basikal kat padang ni.khabarnya MB Kedah akan datang rasmikan....tak pasti plk bab tu.
tapi yg nyata semua persiapan sedang giat diatur.

harapnya selepas majlis itu nanti pihak Majlis Bandaran dapat terus menjaga keindahan padang tu....potong rumput secara berkala.jangan macam sebelum ni.potong juga tapi ala kadar.kawasan lapang ja dibersihkan tapi kat tempat yg ada alat mainan dibiar begitu saja.sampah pun berselerak kat padang.ada tong sampah tapi bila dah penuh tak ada yg pungut.kesian kat budak2 nak main pun tak selesa.

notes:...nasib baik rumput kat laman rumah dah potong Sabtu baru ni....

28 June 2012

JANGANLAH MALAS NAK BERTANGGUNGJAWAB

salam..

selalu kalau nak buang sampah kat tong besar saya letakkan sampah tu kat cermin depan kereta..maka taklah terlupa.
sangat tak suka tengok manusia2 yang tak bertanggungjawab biarkan sampah yg jatuh dari keretanya bersepah macam tu saja kat jalanraya.selalu sangat nampak benda ni berlaku.
manusia2 ni suka letak sampah atas bumbung kereta...lepas tu, dah mula memandu maka terlupa dengan apa yg ada kat bumbung tu.

ni lah yang berlaku selalunya.
terbaru 3 hari lepas...kat simpang nak masuk ke taman ni...boleh pemandu tu panjangkan leher (tengok kat cermin pandang belakang) kemudian pecut macam orang tak ada kesedaran sivik.isteri pun ada dalam kereta tu...sekali dgn anak2.bekas makanan,pampers anak,sampah sarap berterabur atas jalan.kalau nak cepat pun bertanggungjawab sikitla.berhenti kutip dulu sampah tu.dari rumah awak takkan nak sepahkan kawasan umum.dah la kat simpang...bahayakan pengguna jalanraya yg lain.