06 December 2011

BILA MERINDU

salam...


tengok ni...
copy dari page YAHOO




should I watch at the theatre?
should I.....shouldn't I???
should I.........shouldn't I???


favourite saya adalah action movies & cerita2 yg memerlukan otak berfikir (@ misteri).
tapi masa dulu2 tu layan jugak cerita 'sembilu'...'maria mariana'..'puteri' dan yang sewaktu dengannya.cerita seram melayu mmg tak layan...harap maaf.
OMBAK RINDU ni nampak macam best la pulak.
sapa yg dah tengok tolong bagi bintang boleh?





05 December 2011

SAKIT PINGGANG

salam...


sudah masuk hari ke 3.....


lecehnya sakit pinggang ni.
memula rasa hari sabtu petang..puas fikir apa puncanya sebab tak dak pun buat benda pelik2.tak dak angkat benda berat.setakat drive balik kampung tak pernah lagi jadi sakit pinggang.sampai malam dekat nak tidur baru teringat...paginya belakang ni dah dipanjat oleh d'bambam.....masa dia panjat tak rasa apa2 pun.tak sangka nak sakit macam ni.tulang dan muscle dah tak kuat gamaknya....aging????!!!...

dah makan ubat tapi tak berapa nak lega sangat...makan pun sebijik ja..hihi..anyway,hari ni elok sikit dari malam tadi.cuma bila angkat barang berat2 terasa senget semula.baru tau macam mana patient rasa bila sakit pinggang.hari tu ada patient cakap dia sakit pinggang sampai nak masuk kereta pun payah...sekarang saya yg rasa plk.

harap2 cepatla lega.banyak kerja nak buat ni...paling penting nak tidur selesa semula.


02 December 2011

DUA ANAK DARA PINGITAN

on Nurul's 13th birthday..26.11.2011
waiting for abah to go for dinner at HOTMAS

01 December 2011

PENGORBANAN SEORANG KAKAK

salam..

nak cerita apa ek?
kadang2 kepala jadi blur..ada banyak kisah tapi tak tau nak tulis yang mana satu.dah tulis separuh pastu terperasan..'oh..yg ni personal sgt..takyah tulislah..'...delete...tulis lagi...delete lagi...adoiyai...

mmm......oklah...kita sembang sat ttg cerita kenduri kahwin 12.11.2011 yg lepas...dekat sebulan dah pun.
it was my sis's wedding...kakak bukan adik sebab saya yg bongsu.
baru kahwin?...yes...lewat sebab ada banyak tanggungjawab yg perlu ditunaikan.
sungguh saya berterima kasih kepada kakak saya yg sorang ni sebab banyak sgt berkorban demi keluarga kami..berkorban cita2...berkorban cinta...berkorban masa & tenaga...jauh lebih banyak drp pengorbanan saya.dia banyak memberi laluan kepada kejayaan pelajaran saya.sebab tu sebanyak mana pun kesilapan yg dia lakukan saya sentiasa maafkan dia.without her I might not be at this point.

semestinya Allah menghadirkan dia dalam keluarga kami dengan sebab yang terbaik.anak tengah yang selalu mengalah.pelajarannya agak baik tapi tidak berjaya melanjutkan ke IPT...takdir & ketentuan.saya selalu terfikir andai dia bekerja tetap siapalah yang mampu menjaga ibubapa saya semasa mereka sakit.Allah meletakkan saya sebagai anak untuk menyediakan sumber kewangan keluarga..kakak saya sebagai penjaga dalam rumah.kakak sulong?...dia pemegang kad OKU....ujian & amanah utk kami.

beberapa lamaran datang semasa arwah ibubapa saya masih ada tapi semua mahu kakak saya ikut mereka ke tempat lain..maka semuanya terpaksa ditolak.kenapa saya tak boleh jaga ibubapa saya?kerja memerlukan saya berada terlalu lama di luar rumah.nak mengharapkan orang gaji...arwah mak awal2 lagi bgtau dia tak mahu ada org gaji.lagipun tak ada org lain yg boleh faham peel ibubapa selain kami adik beradik.saya juga berkahwin lewat sebab mahu memberikan yg terbaik buat ibubapa & keluarga saya terlebih dulu...ikhlas dari hati saya...perkahwinan sedikit menjarakkan hubungan saya dgn mereka.....dan ada rasa kecewa dlm hati...kenyataan yg tak dapat dinafikan.

selepas ibubapa saya 'kembali' teman arwah bapa saya menemukan kakak saya dengan suaminya sekarang.yang penting lelaki itu mesti mampu menerima kehadiran kakak pertama kami dalam hidupnya kerana mereka akan tinggal bersama...dan lelaki itu bersedia untuk menjaga kakak pertama kami juga....
saya mendoakan kebahagiaan mereka.
saya mohon Allah meluaskan pintu rezekiNya buat kami sekeluarga dan melimpahkan rahmatNya buat kami selama di bumiNya ini.saya ingin melihat kegembiraan kakak saya berkeluarga setelah begitu lama berkorban untuk kami semua.

berinai...
yang tolong giling & pakaikan inai ni pun namanya NAI...my cousin
tangan pengantin kecik....sapa lagi...
tempek kat kuku ja..sempat pakai 2 jari pastu dia bising nak basuh.
sempat lekat kaler oren ..melalak suruh cuci sampai hilang kaler..mana nak boleh!!!
last2 terlena macam tu ja..

kami buat sekali harung...
akad nikah,kenduri rumah perempuan & lelaki dalam sehari..
penat!!!!...tapi tak pa...setel.
wali adalah bapa saudara saya..abang arwah bapa (kemeja merah).

tak lama lagi yang tudung hitam tu pulak...eh??##
moga kamu dilindungi ALLAH selamanya...

****saya membayangkan betapa gembiranya ibubapa saya andai mereka bersama di saat itu....****