Showing posts with label pakbara Thailand. Show all posts
Showing posts with label pakbara Thailand. Show all posts

06 March 2014

JALAN-JALAN KE PAKBARA 2

salam...
sambungan jalan-jalan ke Pakbara..

dah habis makan kami pun bergerak balik...
masa nak pergi dah nampak satu kedai perabot ni...ada banyak mainan budak.makan masa nak balik tu kami singgah cuci2 mata...tengok2 harga.
macamlah boleh beli...barang semua besar2 gedabak..tak boleh masuk kereta pun.
masa ni tengah panas berdenting tapi bila tengok kolam ikan depan kedai ni terus rasa sejuk & nyaman.tuan kedai sporting...walau tak boleh berkomunikasi (langguage barrier) dia layan juga...siap bagi kami makanan ikan suruh suapkan kat ikan2 dia tu.tak pernah buat sebelum ni maka bila ikan tu gigit jari terkejutlah jugak...bukan sakit pun....geliii....
suruh nabila main ikan2 ni tapi dia buat tak heran ja...lebih suka layan mainan2 yang banyak kat depan kedai.

masuk ronda2 sekejab kat dalam kedai....suka sangat tengok wall cabinet untuk ruang tamu...cantik sangat sampai terlupa nak ambil gambar.memang bestlah kedai ni...perabot semua lawa2..susun atur pun kemas ja.

entrance yang menawan
kolam ikan dia cantik.
tu tangan tokey kedai..tengah demo
yg ni budak berangan nak bilik pink

selesai layan mata kat situ kami teruskan perjalanan...sambil dok usha2 cari masjid & tempat nak mandikan budak nabila,ternampaklah kawasan ni....macam R&R tapi tak ada pelawat pun.kawasan cantik kemain lagi.rumah2 dgn hiasan cara English.tak tahulah kawasan ni dibina untuk tujuan apa tapi kemudahan toilet mmg ada kat sini & buka untuk orangramai (tapi orang tak ramai yg singgah...hihi).
sebelum bawa nabila ke bilik mandi saya turun survey dulu...sesuai ataupun tidak...jenguk2 ke toilet...mmg terbaik..luas & selesa.keluar toilet toleh kanan...alamak!!!ada ular tengah berusaha nak keluar dari ruang toilet tu....kat mulut dia ada katak rasanya...hahaha....terus cancel....cari tempat lain sajalah nabila....
alang2 kat situ kami pun berposing2 sat di tengah panas lit-lit.
letak gambar budak2 dahla kannn....
aiman dgn baju keretanya....hehehe

berusaha melepaskan diri...nak meronda...tak mau ambik2 gambar.

sampai di border sekitar jam 6.45 ptg...pukul 7 border tutup...mujur sempat...kalau tak, kena pusing balik tidur kat Satun la jawabnya.
di kawasan jalan bukit bukau di Wang Kelian ada satu jalan susur ke puncak bukit...kami singgah sekejap untuk tengok pemandangan....
tak nampak matahari terbenam sebab terlindung dek pokok2.
nampak kawasan cerah di bawah ni.....negeri Perlis dari puncak bukit.
Perlis Indera Kayangan
3 beradik
budak kecik tu duduk kat atas batu tu ja...tak dibenarkan turun...
gayat rupanya dia..duduk diam ja.


dah puas kat puncak tu barulah betul2 bergerak balik....singgah Alor Setar untuk solat & ambil stok ubat....kemudian dinner kat kedai tepi jalan.
SU buat keputusan untuk terus ke jambatan ke 2 Pulau Pinang....maka perjalanan diteruskan & bertemu sahabat seorang lagi di R&R Juru untuk sama2 meredah jem kat jambatan.



05 March 2014

JALAN-JALAN KE PAKBARA

salam...
orang2 zon tengah dah mula menerima hujan kan?alhamdulillah....
kami kat utara masih panas....ditambah plk dengan jerebu akibat kebakaran hutan....ramai yg batuk2 sekarang ni....
maka banyakkanlah minum air kosong untuk maintain tahap kesihatan.


ini kisah kejadian Sabtu baru ni.
memandangkan kat rumah tak ada bekalan elektri sepanjang siang (mengikut notis TNB) maka kami pun bergerak keluar seawal jam 8.30pagi.....awal la untuk trip jalan2 sekeluarga.
menghala ke sempadan di Wang Kelian....sepanjang jalan cuaca redup...macam best ja.tapi masuk ja Perlis...panas lit lit dah.SU ajak ke Kangar sebab nak singgah ke tapak motor show....dia nak ambil goodies (orang lelaki gila motor/kereta mmg gini).
dari Kangar bergerak ke Wang Kelian...jalan lengkok2 atas bukit tak sedingin selalu...pokok2 pun kering & layu...tak lawa sangat dah.sampai di Wang Kelian dah tengah hari...turun temankan MIL yg nak beli tikar (hajat dia yg lama terpendam).jenuh jugaklah tahan panas.saya ok lagi tapi MIL dah merungut2.tapi dia yg nak beli maka dia kena sabarlah...hihi.dapatlah juga tikar & selimut lembut gebu untuk dia.

untuk nabila abah beli toy & seluar tract...along beli t-shirt (gambar kereta???!!!)...kena gelak kau along....t-shirt macam budak2.tapi dia ni kalau dia nak yg itu...kata pi lah apa pun...dia tak ubah pendirian dah.
nurul tak mau apa2....umie & abah pun tak mau apa2....umie adalah mau barang tapi nanti2lah....

lepas cop border tu ada kedai @ gerai di bahagian Malaysia & di bahagian Thailand...yg bhg Thailand tu kena jalan jauh sikit ke bawah.tapi harga barang kat gerai2 situ lebih murah.

siap beli2 tu terus bergerak ke Pakbara...tujuannya...lepak & makan kat gerai tepi pantai.
sampai ke destinasi sekitar jam 3.00 ptg...orang pun dah beransur balik dari kedai tu...masa kami makan tinggal kami satu family ja....best...satu kawasan kami yg punya!!

sepanjang jalan macam ni kecuali satu kawasan yg sedang buat jambatan
menghampiri destinasi
dah sampai!!!
NAVA SEAFOOD.
pekerjanya boleh cakap Melayu...senang nak order.
ada WIFI juga di sini.


makanan...biasa2 saja.cuma tempat tu yg best...santai.
ambil siakap 3 rasa,sotong goreng tepung,telur dadar & kailan ikan masin (utk 4 orang).nasi 6...minuman...aiskrim 5...jumlah semuanya RM99.9(990 thai Bhat).
pulun.....
3 dari 5 aiskrim
dalam mug tu rm4.50
dalam mangkuk rm 3.50 (ke rm 3.90...lupa...hihi)
anak bawang merah bersenandung
tempat kesukaan dia....jenuh nak ajak balik.
siap nyanyi2 lagi...

lepas makan lepak2 dulu sebelum bergerak balik.
tapi bukan terus balik...menyinggah2 jugak lagi.



16 September 2012

HARI BERSEJARAH

salam 
buat semua rakyat Malaysia...
SELAMAT HARI MALAYSIA..

hari ini juga adalah hari ulangtahun kelahiran my dear SU..
....happy birthday ayg....moga sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya....
(juga hari ulangtahun kembalinya arwah ibu budak2 ni ke rahmatullah...alfatihah)

juga hari ini sepatutnya public holiday tapi saya tetap bekerja...
sebab?
nak ganti cuti hujung bulan nanti..
hujung bulan nak pi ke mana?
inilah aktiviti orang suka berjalan2...
dah lama tak bergerak mulalah mencari idea.
insyaAllah akan ke seberang sempadan..sekadar untuk mengisi perut & mencuci poket....
kali ni cadangnya nak ke sini..
pak bara thailand
saya tak pernah sampai lg ke sini...begitu juga dgn beberapa family kawan2 yg lain.
sebab tu depa kalut sangat nak ke tempat ni.
tak lama...makan kat sini kemudian overnight stay di Hadyai....esoknya balik.
sesiapa yg nak join boleh saja...tak dak yuran apa pun.just bayar duit bilik.
lain2 expenses ikut bajet masing2.