Showing posts with label anak istimewa. Show all posts
Showing posts with label anak istimewa. Show all posts

24 April 2019

KERANA MEREKA INSAN ISTIMEWA

salam untuk semua...

"jangan pandang rendah (underestimate) anak istimewa anda"

mereka istimewa dan punyai banyak keistimewaan/kelebihan masing-masing.
Nabila misalnya, punyai daya ingatan yang baik. apa yang kita buat, mudah saja dia ingat dan tiru. tak perlu ajar berkali-kali. cuma antara nak buat dengan tidak saja....almaklum, mood sentiasa berubah.
contohnya, cuci pinggan mangkuk. sebelum saya ajar, dia dah boleh cuci sendiri walau tak 100% sempurna. kali pertama nampak dia cuci pinggan & simpan ditempat yang sepatutnya ialah masa dia berumur 6 tahun lebih. sekarang dia boleh cuci dengan bersih. tak ada sabun bersisa. tapi satu atau dua pinggan saja la....banyak tak mau dah dia.

sapu lantai juga makin baik. lipat baju pun bertambah elok tapi bab ni dia sangat tak suka. penyakit berjangkit agaknya. satu rumah tak suka kerja ni.


berbalik kepada bab daya ingatan.
2 hari lepas belikan dia kasut baru sebab yang lama rosak. sebelum guna pagi kelmarin, umie tunjukkan kat dia tulisan huruf N di belakang kasut. 
kata umie "nabila...ni umie tanda. N....kasut nabila ni. ingat tau". 
dia angguk tanda faham.

ambil sekolah tadi, beria dia tunjukkan kasut sekolahnya...
"umie, tengok ni". 
umienya tengoklah...nampak kotor sikit kat tepi. 
"takpa...satgi umie buat".

lepas duduk elok kat sebelah umie, dia cakap lagi..
"umie...ni. nama..nama bella". sambil tunjuk2 kasut dia. 
barulah umie perasan. kasut orang lain rupanya. kasut sama tapi dah lama dan tak ada N di belakang kasut tu.
"ni bukan kasut bella ni. sat umie habaq kat cikgu". 

cepat-cepat umie drive cari pembantu murid yang jaga kelas nabila. mujur ada kat ruang legar. kalau tak ada jenuhla nak melayan 'bunyi' dia.

bagitau kat pembantu murid. katanya dia tahu murid mana yang tersilap ambil. dia ingatkan Nabila pakai kasut lama. rupanya nabila sebut "nama", cikgu ingatkan nabila sebut "lama".
dapatlah tukar semula kasut Nabila ni. rupanya Nabila letak kasut dia sekali dengan kasut anak-anak cacat penglihatan. kelirulah anak tu. dia pegang, rasa sama ja maka dia ingatkan kasut dia. maklumlah kasut kebetulan sama jenis. 

alhamdulillah...Nabila kenal kasut dia & ingat pesan umie bahawa kasutnya ada tanda nama di bahagian belakang. itu yang dia tekankan bila kasut yang dipakainya tu tertukar.


syukur juga, di sekolah Nabila semua guru dan pembantu murid saling mengenali murid-murid yang ada. mudah untuk mencari andai berlaku kesilapan seperti ini.
dulu pun Nabila pernah tertukar kasut dan dia dapat semula kasutnya beberapa hari kemudian. masa tu kasutnya tak bertanda, jadi ambil masa sikit untuk dapat semula. dia pun asalnya tak perasan kasut yang dipakai milik orang lain.

tak ada istilah marah/kecil hati dengan kesilapan2 ini kerana mereka semua anak istimewa. masing-masing punya kekurangan dan kelebihan tersendiri. yang pastinya, sesama mereka sentiasa ada kemesraan. marah sekejap kemudian baik semula. tiap-tiap hari mereka mulakan dengan episod baru tanpa membawa kenangan buruk hari sebelumnya. indahnya kehidupan insan istimewa kiriman Allah buat kita jadikan pedoman.

29 June 2014

ISTIMEWANYA MEREKA

salam..
Ramadhan pertama dianugerahkan dengan hujan berpanjangan dari awal malam hingga tengah hari tadi...alhamdulillah.

selepas kisah Firdaus...ada lagi kisah OKU yang dikurung...tapi kali ini tidak diabaikan.dikurung kerana sukar dikawal (bak kata ahli keluarganya).
memang ada kategori golongan istimewa ini yang agak sukar dikawal...bersabarlah & tabahlah ahli2 keluarga yang menjaga mereka ini.

alhamdulillah insan istimewa dalam rumah kami amat mudah dijaga.nak tau apa mudahnya menjaga anak ini?
1. makan tak cerewet.apa saja yang dihidangkan dia makan asalkan tak pedas.sayur pun makan (ummienya particular sikit bab sayur ni).semua sedap bagi dia...hatta ais kosong atau air mineral pun dia kata sedap (kesiannnn...)

2. senang beli baju.warna apa pun ok saja bagi dia.asalkan jangan beli gaun yang ada bunga-bunga atau ropol2....anti sungguh dengan fesyen macam tu.kalau t-shirt dengan seluar macam mana pun tak apa.baju kurung pun boleh (sekarang tengok ja baju kurung kalut nak raya)

3. mainan...tak kisah pun kalau tak beli.tak pernah nak golek2 depan kedai kalau tak dibelikan mainan.dia ambil..tengok2...kelebek2...kemudian simpan balik.mainan yang lama2 kat rumah pun dia boleh ulang main...tak kisah buat kali ke berapa pun...macam tak bosan...kita plk yg bosan tengok.

4. jalan-jalan...memang dia minta nak pergi jalan-jalan.tapi bawa ke mana pun ok ja.masuk kereta...pergi town...makan2 dalam kereta pun dah memuaskan hati.tak semestinya nak pergi taman tema,taman mainan dsb.tapi kalau lalu TESCO tak singgah memang dia kalut @ bebai (tapi kami tak layan pun...larat ka nak singgah tesco selalu..).

5. penyakit...alhamdulillah,kurniaan Allah untuk dia.jarang sakit.kalau sakit pun tak banyak kerenah.dia hanya banyak kerenah bila dia pura-pura sakit.jenuh nak melayan...kadang2 ummie buat derrkk ja.


alhamdulillah dengan kurniaan Allah ini.

(ada seorang lagi insan istimewa dalam keluarga saya...kakak sulung yg tinggal dgn kakak ke dua...yang ni memang berbeza dgn si kecik bambam sebab masalah kesihatannya tapi kami terima dirinya seadanya dia....anugerah untuk kami.setiap yang diciptakan oleh Allah pasti ada keperluan dan kepentingannya).


***moga semua ahli keluarga yang punya insan istimewa dikurniakan kekutan dan ketabahan melalui hari-hari yang mencabar.setiap orang dengan kekalutan tersendiri....pasti Allah berikan yang terbaik buat kita semua.



10 September 2012

DIA YANG ISTIMEWA

salam....

sedikit tentang nabila.
nabila sudah genap 6 tahun pada 1 september lepas..
banyak perkembangan positif pada dirinya.
walaupun percakapan masih kelam kabut namun komunikasi semakin baik.sudah boleh membuat ayat2 pendek seperti..
"abah......ummie macak" (macak = masak)
"umie...acik mamau" (tak mau nasi)

cuma kalau bercerita saja dia masih menggunakan 'bahasa Jerman' yang org jerman pun tak faham.

pemahaman dia...hmm...tip top...
cakap apa saja (dalam BM la kan) dia akan faham...cuma kadang2 dia buat2 tak faham.

makan...berselera sekali.susu pun banyak sekarang ni...tak larat layan makan dia...
boleh ja suap sendiri tapi kalau umie ada macam2 alasan dia bagi nak suruh umie suapkan.tangan tu wajib la sakit.

hobi..masih lagi menyanyi & menari..macam2 jenis tarian dah sekarang ni.paling suka gelek2 badan yg bulat tu....lawak sungguh rupanya.berlakon makin mantap.masih ada orang yg terkena kalau dia buat drama tangisan...(ingat dia nangis betul2).

suka juga membaca...pantang nampak tulisan dia akan baca tapi guna sebutan yg dia saja faham.daya ingatan utk abjad & nombor tak memberangsangkan tapi kalau untuk benda2 lain elok saja.susah nak ajar membaca sebab nanti dia yg akan jadi cikgu kpd kita...tak ikut kena marah..
tapi dia boleh ingat tempat2 barang yg dia simpan @ sorok.

belum lagi drypers free sepenuhnya (faktor ibubapa juga kot) tapi kalau seharian di rumah boleh saja tanpa pampers,cuma kita kena sentiasa peka dgn percakapan dia.bila dia bgtau nak membuang kenalah cepat2 bawa ke tandas.tapi kadang2 dia main2...saja nak kenakan kita.
kalau tak pakai pampers jangan juga suka2 nak bg dia merajuk...nanti kat mana dia merajuk kat situlah dia basahkan....sabar sajalah..

masih lagi hantu TV esp cerita upin & ipin,dora,cerita P.Ramlee,hindustan (bhg nyanyi2) dan yg terkini...melangut cerita Korea....boleh tekun tengok macam la dia faham.

semakin memahami tentang solat...dah kurang mengganggu...selalunya umie la yg dia suka kacau..siap baring2 atas sejadah.buat muka macam2 rupa.elok kita bg salam ja dia lari...tau plk org dah habis solat.sekarang ni setakat cuit2 telekung dari belakang & kadang2 cuit sejadah.

kesimpulannya...
nabila is our fun & joy....penyeri dalam rumah (walau kdg2 hilang sabar dgn angin dia).
moga terus sihat....mampu berdikari & dewasa sbg muslimah sejati..

"kami menyedari kekuranganmu tapi kami melihat kelebihanmu"

potong kek semasa beraya di rumah abah tanker...
(nabila ada ramai abah)
nampak sikit tu makcik siti, isteri abah ad sengau..
baju oren tu abang cik, anak abah superman..
yg tolong potong kek tu abah nabila laa..


13 February 2011

HANYA DIA YANG TAHU

salam.
sains & perubatan menyatakan semakin seseorang itu berusia,semakin tinggi risiko yg ditanggung seandainya beliau hamil.kemungkinan untuk mendapat anak2 istimewa juga bertambah seiring peningkatan usia ibu.
adakah saya percaya dgn kenyataan ini?
semestinya...kerana saya berada dalam bidang ini & sains tidak menipu..ia datang dengan penyelidikan & pemerhatian yg teliti.
adakah saya menghalang ibu2 yg berusia lebih 40an utk hamil?
ya & tidak.
bergantung kepada keadaan ibu.

saya menghalang andainya kesihatan ibu secara umumnya mmg tidak mengizinkan beliau utk hamil.tapi andainya beliau 'terhamil' jugak saya tidak mengesyorkan pengguguran.pasti Allah lebih mengetahui kenapa kehamilan itu berlaku.

jika ibu secara fizikalnya sihat,tidak ada masalah utk beliau hamil & melahirkan lagi andainya dia sendiri bersedia utk menambahkan ahli keluarga.jika dia tidak bersedia maka gunalah kaedah perancang keluarga yg ada.
seronok melihat anak sihat & pintar
(google pic)

kenapa bercerita ttg perkara ini?
pagi ini saya dilawati oleh seorang anak comel.berusia 4 tahun...senyum meleret walau dalam keadaan demam selsema.pertama kali saya melihat anak comel ini adalah ketika dia berusia 8 bulan & kali terakhir pada usianya setahun lebih.
istimewanya dia adalah ketika dia dilahirkan ibunya telah berusia 46 tahun.

ketika pertama kali melihat dia dulu saya terpegun kerana pada saya dia sangat manis & comel.perfect.kagum dgn kebesaran Allah.mengurnikan anak secantik itu kepada seorang ibu (yg biasa2 sahaja) dikala usianya 46 tahun.
hari ini setelah lebih 2 tahun tak bertemu,saya melihat anak berusia 4 tahun ini sebagai anugerah teramat istimewa kepada ibunya.melihat sepintas lalu sudah dapat merasakan bahawa dia anak yg cerdik.kini telah bersekolah (dengan keizinan guru kerana usia yg belum menepati kriteria) & mendapat pujian gurunya kerana mampu mengikuti pelajaran seusia anak2 6 tahun.moga anak ini, Nur Aishah Anis akan terus cemerlang & menjadi insan berguna kepada agama,negara & terutama kepada ibubapanya.

rasa gembira & bangga jelas terpancar di wajah ibunya semasa bercerita ttg persekolahan anak ini.
dan saya...tumpang gembira & moga Allah memanjangkan usia saya utk melihat kejayaan anak ini.