Showing posts with label Krabi Thailand. Show all posts
Showing posts with label Krabi Thailand. Show all posts

18 March 2011

SESI JAMU MATA

salam
dah petang baru boleh up date.
sibuk apa ntah hari ni.
kali ni kita jamu mata dgn makanan jelah...boleh kan?
dah petang tak la lapaq sangat.

Destinasi makan yg pertama ialah Restoran Kak Jah Danok.
terletak betul2 dalam kawasan perniagaan (gerai2).
dari jalan luar boleh nampak gerbang macam masjid kat laluan ke sini.



ulaman segar
 main dish..tenggiri masak kicap.
dah jadi feveret kawan2 SU

our food...tomyam sedap (mixed)
licin!!!


tempat makan seterusnya ialah Restoran hj Ali (macam nama FIL)
located in Krabi Thailand.
venue yg sangat menarik.restoran terapung.kat kolam tu Hj Ali pelihara ikan.
ketam dalam sangkar pun ada.

cantik kan??


tomyam seafood putih...sedap teramat!!!!
tapi menu yg paling pedas....rugi takleh hirup.last2 past kat member yg mmg hantu pedas.
ayam masak lemak....kuning ke hijau ntah..lebih kurang ja.
sedap gak.

ayam cashew nut...kureng sikit.
songkhla was still the best
adik beradik tomyam jg ni..dah kurang pedas.
ni menu hari ke 2.

tiram...chip punya.

menu kat sini ok2 ja.
harga mahal sikit banding tempat lain.
tapi yg best kawasan sekitarnya.
suitable for org cintan cintun.


next is our lunch pack masa boating.
simple tapi sedap sebab lapaq.

sarapan hari ke 2.
roti canai kuah daging & teh tarik
teh ni sedap sangat...lain rasanya dgn yg kat Malaysia


next is kat gerai tepi pantai tak jauh dari hotel Tharapark View.
kami panggil tempat ni Tg Dawai Thailand.
makanan agak murah.
rasa...semestinya sedap.
kedai makan ni bertentangan dgn laut (more like muara)



tomyam ayam...isi banyak betoi..
ikan goreng...chip punya


tenggiri masak kicap...kak jah punya best lagi.
yang hijau2 tu daun kari goreng tepung
somtam buah...member punya

ikan masak stim.....member punya menu

kat bawah ni ialah makanan wajib kat pasar malam hatyai.
lepak2 kat tepi jalan sambil makan pulut durian...RM5 saja.
 
next is kat kedai Makanan Islam Songkhla
actually tak plan pun nak ke sini.setakat ke Ice Dome ja utk member2 yg tak pernah sampai.tetiba terlajak ke sini.
 makan kat sini best sb menghadap laut lepas.ombak mmg kuat petang2 gini.
kalau nak makan kat pantai boleh ambil tikar kat kedai.

kerabu mangga...feveret saya.so saya makan sorang2 ja sepinggan ni.
 ayam cashew....nampak simple tapi sedap sangat.kalau terlajak ke sini silalah cuba.


kat bawah ni adalah gerai kat pasar malam Krabi.
terlupa nak letak kat atas...malas dah nak adjust.
tokey & SU beria nak makan pancake pisang.saya takleh imagine cemana rupa pancake tu.
 rupanya gini ja...
buat macam roti canai.pastu sapu majerin.
letak telur.
letak pisang yg dibelah 2...letak 2 biji.tutup semula dgn tepung roti tu.
macam roti telur jugakla.
masa nak hidang dia letak susu pekat as topping.
manis,masin,lemak semua ada.
sedap.tapi tak sesuai utk org kencing manis.
RM3 sebiji.


17 March 2011

JELAJAH PULAU DI KRABI

salam.
untuk entry ni saya terpaksa collagekan gambar sb banyak sgt.
pulau pertama yg dilawati ialah pulau TUP.
ada 2 pulau sebenarnya.boleh cross antara dua2 pulau ni dgn berjalan kaki saja.masa kami sampai air tgh pasang.yg berani mmg melintas juga.saya tak berani sb tak pandai berenang.dah tu kalau tersangkut kat pulau sebelah tu tak ke malu.
mandi kat sini mmg best sb air tak dalam.
tempat ke dua ialah CHICKEN ISLAND.nampak tak bentuk pulau ni macam kepala ayam?
kat sini takde pantai.just tempat utk snorkeling.ada banyak ikan yg akan kerumun kalau bg roti.
alun kuat jugak masa ni.SU pening so dia tak turun.
saya dlm takut2 turun gak tapi mak oiiii....seram sb terapung2.
dok harap SU turun bolehla gayut kat dia.takkan nak gayut kat suami org...
tak turun rasa rugi.sib baik dapat sampai balik kat tangga bot.tertelan gak air masin sekali.
gambar saya takde sb SU tak perasan pun saya turun ke laut tu (memang sat sungguh la..hiihi)
setengah jam stop kat sini tapi rasa macam lama.
pening kepala sb bot berayun kiri kanan.mujur tak uweekkkk....
tempat ke 3 ialah PODA ISLAND.kat sini ramai 'dugong'.habis kamera saya dicemari gambar2 dugong...bebudak ni pun sibuk ja nampak itu..nampak ini...
berhenti makan kat sini (lunch provided..termasuk dlm pakej).lepas makan lepak2 menikmati aiskrim & jagung.jus buah2an pun ada jual kat sini.harga?biasalah...melambung.nama pun kat pulau.jagung 40 B (RM4),aiskrim SU beli 80 B,jus buah ja murah sikit 30 B.
kat sini ada pondok rehat & toilet...suka ja saya basuh muka...sekali...cheh!!!!air masin!!
air laut mmg terbaik kat sini...pasir halus.tapi saya tak turun sb time ni panas sgt.
bebudak ni mmg tak ingat apa dah...enjoy terjun bagai nak rak.
muka letih yg tak boleh percaya..
sampai kat pulau satu lagi berenang jugak.
pulau ke 4...PRANANG CAVE.
ada unsur2 kelucahan kat cave tu...ada member terperanjat.saya mmg dah tau sb dah tgk gambar masa SU dtg dulu.
kat sini ada aktiviti kayak & rock climbing.
masa ni panas jugak tapi kat tepi batu ni ada shade.
maka kami berkubang & bergosip kat situ ja.
all out....naik bot pukul 10.20 am.
turun bot pukul 5 pm.
(waktu Malaysia).
kos...akan di buat satu entry kemudian2 sikit.

ROUND ISLAND

salam
hari ke 2 (ahad 13.3.2011)
hari yg paling meletihkan tapi best sesangat.
boating ke pulau2 di Krabi.
dari hotel kami naik tut tut ke pantai Ao Nang.
3 tut tut semuanya.
lama gak tunggu bot ready.

 SU tgh bagi2 sarapan (roti canai & teh tarik...sedap)
 naik tut tut utk  ke pantai
 posing ramai2 sementara tunggu bot ready...cuaca panas.
ada yg takde dalam gambar...merayau.
 getting ready
 anak2 bujang kami
syazwan,aiman,alif
idlan (depan)
 bapa2 kalut dgn minah saleh sorang ni
dari jerman rasanya.travel agent.dia meronda sorang2 dari sana.
her 2nd time ke Thailand tapi tak pernah sampai Malaysia.
 kami berempat
nurul pun tetiba lasak...siap ikut panjat duduk kat atas bumbung bot.

16 March 2011

TEMPAT TIDUR DI KRABI

salam. kami selamat tiba di hotel penginapan Krabi pada sekitar jam 7.20 ptg (waktu Malaysia)... waktu Thailand ialah 6.20pm.
menginap di THARAPARK VIEW HOTEL jarak ke pantai Ao Nang ialah lebih kurang 15 minit drive
bilik yg simple tapi luas,kemas & selesa. ada balkoni di bahagian belakang.
ruang depan bilik kami (103) atas...nurul & aliya bawah..nurul & idlan
berderet kat depan tu adalah pokok sundal malam (ada yg panggil kerak nasi). tengah lebat berbunga.bila jalan kat situ mmg semerbak mewangi.
hotel ni ada 3 tingkat. kami kat bawah sekali. ambil yg satu queen bed.ada juga yg dua single bed. kos hanya 700 Baht semalam (RM70).

THE PICTURES

salam..
thanx to atty.
ni gambar2 yg patutnya ada dalam entry lepas.
lambat plk nak loading sb keluar style lama.
geng baju kuning tunggu makanan kat restoran Kak Jah rehat sat kat 7 ELEVEN....ada yg nak ke toilet.
satu yg best kat Thailand ialah senang nak jumpa 7 Eleven
ada banyak outlet

kami semua....jalan yg sempoi (luar pekanlah)

that's me...tengah adjust parking. R&R yg tak tau nama.