18 March 2011

SESI JAMU MATA

salam
dah petang baru boleh up date.
sibuk apa ntah hari ni.
kali ni kita jamu mata dgn makanan jelah...boleh kan?
dah petang tak la lapaq sangat.

Destinasi makan yg pertama ialah Restoran Kak Jah Danok.
terletak betul2 dalam kawasan perniagaan (gerai2).
dari jalan luar boleh nampak gerbang macam masjid kat laluan ke sini.



ulaman segar
 main dish..tenggiri masak kicap.
dah jadi feveret kawan2 SU

our food...tomyam sedap (mixed)
licin!!!


tempat makan seterusnya ialah Restoran hj Ali (macam nama FIL)
located in Krabi Thailand.
venue yg sangat menarik.restoran terapung.kat kolam tu Hj Ali pelihara ikan.
ketam dalam sangkar pun ada.

cantik kan??


tomyam seafood putih...sedap teramat!!!!
tapi menu yg paling pedas....rugi takleh hirup.last2 past kat member yg mmg hantu pedas.
ayam masak lemak....kuning ke hijau ntah..lebih kurang ja.
sedap gak.

ayam cashew nut...kureng sikit.
songkhla was still the best
adik beradik tomyam jg ni..dah kurang pedas.
ni menu hari ke 2.

tiram...chip punya.

menu kat sini ok2 ja.
harga mahal sikit banding tempat lain.
tapi yg best kawasan sekitarnya.
suitable for org cintan cintun.


next is our lunch pack masa boating.
simple tapi sedap sebab lapaq.

sarapan hari ke 2.
roti canai kuah daging & teh tarik
teh ni sedap sangat...lain rasanya dgn yg kat Malaysia


next is kat gerai tepi pantai tak jauh dari hotel Tharapark View.
kami panggil tempat ni Tg Dawai Thailand.
makanan agak murah.
rasa...semestinya sedap.
kedai makan ni bertentangan dgn laut (more like muara)



tomyam ayam...isi banyak betoi..
ikan goreng...chip punya


tenggiri masak kicap...kak jah punya best lagi.
yang hijau2 tu daun kari goreng tepung
somtam buah...member punya

ikan masak stim.....member punya menu

kat bawah ni ialah makanan wajib kat pasar malam hatyai.
lepak2 kat tepi jalan sambil makan pulut durian...RM5 saja.
 
next is kat kedai Makanan Islam Songkhla
actually tak plan pun nak ke sini.setakat ke Ice Dome ja utk member2 yg tak pernah sampai.tetiba terlajak ke sini.
 makan kat sini best sb menghadap laut lepas.ombak mmg kuat petang2 gini.
kalau nak makan kat pantai boleh ambil tikar kat kedai.

kerabu mangga...feveret saya.so saya makan sorang2 ja sepinggan ni.
 ayam cashew....nampak simple tapi sedap sangat.kalau terlajak ke sini silalah cuba.


kat bawah ni adalah gerai kat pasar malam Krabi.
terlupa nak letak kat atas...malas dah nak adjust.
tokey & SU beria nak makan pancake pisang.saya takleh imagine cemana rupa pancake tu.
 rupanya gini ja...
buat macam roti canai.pastu sapu majerin.
letak telur.
letak pisang yg dibelah 2...letak 2 biji.tutup semula dgn tepung roti tu.
macam roti telur jugakla.
masa nak hidang dia letak susu pekat as topping.
manis,masin,lemak semua ada.
sedap.tapi tak sesuai utk org kencing manis.
RM3 sebiji.


8 comments:

..m@m@ T0meLL.. said...

slm kenal sis...
terliur jek tgok sume makanan 2 tau
paling suke kat aiskrim yg siap de biskut kay ats 2,yummyyyy

h4ni3 said...

betul la.. cantik la kak restoran hj ali tu
nampak tenang ja

Dr K said...

sedappppp nya..tomyam tu..ye lah..dah makannya pun kat thailand kan..

ayam cashew nut pun sedap...

semua sedaplah...

Unknown said...

terliur.. meleleh ayaq liur tgk semua makanan ni....

semua sedap2...

cikceriacorner said...

salam kenal akak..

wow..bestnye..lapau tgk..

best..best..heheh

ieda said...

mamatomel..
tengok pun sedap...makan apatah lagi...hihi

h4ni3...
bawa budak pun sesuai ni...depa tak makan sangat..main ja.kawasan lawa.

DZ...
set the date.

kakyong..
bila balik Msia nasi pun dah jadi tak sedap..hehe...derhaka.

cikceria...
ada trip lg ke sana..jom join!!

Miss AnisSensuous said...

Family anis pun sebelum masuk sempadan mesti singgah makan kat restoran yang atas sekali tu :) Lalu tapi tak singgah kang takut nanti teringat-ingat plak tomyam dia.hihi :p

Anonymous said...

salam, mcm mana nak cari restoran terapung tu?? ada sign halal or nama restoran ke ?? emel sy boleh ? safuaria@gmail.com