03 April 2018

JOM PI HADYAI

salam sejahtera...

jalan-jalan dan makan-makan di hujung minggu.
kisahnya pada hujung minggu 23 dan 24 mac 2018....penghujung cuti sekolah, kami bertiga menemani sahabat sekeluarga memenuhi sebuah kereta (menjadikan tujuh orang semuanya, 5 dewasa & 2 kanak-kanak) menjejaki selatan Thailand untuk mengisi percutian hujung minggu.


 pintu sempadan yang lebih cantik dan selesa


memasuki sempadan seawal pagi (selepas subuh) dan bersarapan di pekan Dannok dan kemudian bergerak menuju Hadyai. tiada tujuan khusus sekadar mengisi masa & melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.


sarapan ramai-ramai
ada 4 family di sini


tempat pertama yang dituju ialah Hadyai Cable Car. kalau di Malaysia untuk menaiki cable car, kita letak kenderaan di bawah dan cable car akan membawa kita ke punca bukit sebaliknya di sini kita perlu memandu di jalan yang berliku-liku mendaki bukit ke puncak dan kemudian berjalan kaki ke tempat menaiki cable car. Cable car tersebut membawa kita ke satu point di bawah dan kemudian kembali ke tempat permulaan. sebenarnya, tempat permulaan cable car ini juga adalah tempat sembahyang (agakkan saya adalah untuk penganut agama Budha). 




dari tempat menaiki cable car


kami tak naik pun cable car tersebut, sekadar melawat kawasan. angin agak kuat di puncak bukit menjadikan tahap ketakutan meningkat....hihi


dari situ kami bergerak ke kawasan tumpuan seterusnya iaitu Chang Puak Camp yang merupakan lokasi tumpuan untuk menaiki gajah. ada beberapa aktiviti lain seperti menembak, permainan dart, memberi makan kambing, pertunjukan gajag dan buaya. masuk adalah percuma tapi untuk menyertai apa-apa aktiviti ada bayaran dikenakan antara 100 bhat sehingga 500 bhat seorang.

ketika kami sampai aktiviti tunggangan gajah berhenti rehat maka kami hanya melawat kawasan. panas terik tetapi agak selesa kerana angin bertiup kuat. di situ juga ada gerai yang menjual makanan kering serta air termasuk air kelapa segar. memang 'refreshing' la air kelapanya tu. hanya 40 bhat sebiji dengan isi yang lembut dan tebal.





yang ini guna pistol kosong saja....lakonan..

suami & kawan mengambil kesempatan melayan skil menembak di salah satu booth yang disediakan. satu sesi 100 bhat...banyak juga peluru yang diberikan. bolehlah untuk melepaskan gian.


selesai di situ kami mencari lokasi makan. 
ada beberapa lokasi yang menjadi ilihan tapi untuk lunch kami ke daging/ayam bakar Hadyai. agak lengang waktu kami sampai maka dapatlah makan dengan selesa.
tak pasti kenapa, tapi saya rasa seperti ada kekurangan sedikit dari segi rasa daging & ayam bakar berbanding dahulu. namun dek kelaparan, habis juga semua yang dihidangkan.





ayam bakar....ratah pun sedap

selesai makan barulah bergerak ke hotel untuk check in. memilih hotel di tengah pekan untuk memudahkan aktiviti merayap di malam hari. dengan harga sederhana, berbaloilah untuk sekadar melepaskan lelah satu malam.
memamg betul-betul lelah....suami lelap dengan jayanya sehingga petang. saya dan nabila juga terlelap. letih berjalan di tengah panas agaknya.
bila dapat katil, terus hanyut ke alam mimpi.


waktu petang kami bawa haluan masing-masing. kawan sekeluarga ke floating market dan kami ke kedai makan mengisi perut yang kembali kosong.
hahaha....kalau ke Thailand, inilah aktiviti utama kami sekeluarga....layan selera. kali ini kami menapak ke kedai makan di pekan Hadyai mencari ayam pedas kegemaran suami. ayam pedas ni dah jadi menu wajib bila ke sini. memang tak boleh jumpa kat tempat lain. sekali kena boleh terkenang-kenang. 
nak rasa ayam pedas Hadyai?....boleh ikut trip dengan BMTransport.



antara aktiviti malam di pekan Hadyai...
cari pulut pelam/durian

lepas makan seperti biasa, meronda sekejap. kemudian hantar anak-anak ke bilik...siap2kan nabila untuk tidur & tinggalkan dengan anak kawan yang lebih dewasa di bilik. kami meronda lagi mencari lokasi massage. satu lagi aktiviti yang menjadi kemestian bila ke Hadyai.

saya & teman membuat full body massage (oil massage) manakala suami & temannya buat foot massage. masing-masing ambil masa yang sama iaitu satu jam.
selesa, hilang lenguh-lenguh badan. 

risau juga takut budak-budak buat hal, lepas suami-suami isi perut kami terus balik ke bilik.....alhamdulillah, budak-budak semua dah nyenyak melayan mimpi masing-masing.



keesokannya, selesai sarapan dan keluarga teman selesai shopping di pasar Hadyai, kami check out dan terus lunch sebelum bertolak balik. 


tempat lunch sebelum balik Malaysia




seperti juga waktu masuk, alhamdulillah, urusan keluar tidak mengambil masa yang terlalu lama walaupun agak jem di imigresen Thailand.



NOTA:

andai anda ingin merasai pengalaman berjalan-jalan di pekan Hadyai tanpa bersusah payah memandu dari Malaysia, boleh gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh BMTransport....
harga boleh dirundingkan mengikut bajet anda.
hubungi BMT di fb INI.   






No comments: