selamat berbahagia buat semua yang hadir di sini...
kisah Jumaat malam Sabtu baru-baru ini....
sempena kebolehan Nabila berada dalam panggung wayang maka ummie dengan abah meraikan bersungguh-sungguh...hahaha...
sanggup ke midnight show...
tambahan pula cuti sekolah dan Sabtu ummie tak kerja.abah pun balik kerja agak lewat malam tu jadi tak sempat nak catch show pukul 10 lebih.
beria sungguh...cerita ni ja pun...
tengok iklan macam best...
secara keseluruhannya...
bolehla setakat nak meringankan minda.
pelakon memang yang mantap-mantap belaka cuma jalan cerita agak ringan.kisah tentang orang kampung yang masih mempercayai kisah penunggu dan orang minyak serta percaya dengan ramalan dan amalan bomoh.
kisah pak awang yang cuba memindahkan rumah lama ala amerika dari dalam hutan ke kawasan kampung sempena perkahwinan anaknya.kebetulan seorang lelaki warga Afrika melarikan diri dari pihak berkuasa dan menumpang di rumah tersebut yang baru saja dipindahkan separuh jalan.
seorang penduduk kampung yang juga penagih dadah ternampak kelibat lelaki tersebut di rumah berkenaan.maka bermulalah episod membawa cerita gangguan makhluk halus dan orang minyak yang dikatakan berpunca daripada tindakan pak Awang mengubah rumah tersebut.
niat Pak Awang tergendala kerana penduduk mula tertumpu ke arah menyelesaikan masalah gangguan tersebut sehingga Pak Awang mula tertekan.dia tidak mempercayai kisah gangguan makhluk tersebut.akhirnya kerana marah Pak Awang sendiri bertindak menjadi orang minyak dan mengganggu orang kampung.
straight forward sahaja kisahnya....tak payah nak fikir-fikir...tengok dan gelak sekali-sekala.lakonan tiada masalah cuma jalan cerita hanya biasa-biasa.
pengakhiran cerita macam tergesa-gesa....tamat begitu sahaja bila orang kampung menemui orang minyak dan mula mengejarnya...
ulang tengok cerita ni?...taklah...tak termasuk dalam kategori cerita yang boleh diulang tonton (pada sayalah).
ADA OFFER YANG BEST UNTUK KULIT CANTIK
ADA OFFER YANG BEST UNTUK KULIT CANTIK
nabila?
happy saja dia bila boleh meronda...tak kira siang malam.
esok petangnya (sabtu) bawa pula tengok 3D Penguin of Madagascar.....bahagia dia..
tapi setakat itu sajalah...
stop wayang untuk beberapa bulan akan datang (perancangannya)
bujang taruna dok aim cerita ni...
mungkin bagi dia keluar dengan kawan sajalah...
No comments:
Post a Comment