04 September 2016

LIFELINE

salam sejahtera....

hari ke 4 September 2016 menghampiri penghujung....
Ogos 2016 ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang tak mungkin dilupakan...
kenangan paling hebat dalam meniti kehidupan.
kenangan paling mengguris hati....
kenangan yang tak terjangkau dek akal bahawa ianya berlaku...
hakikatnya.....amat benar, tiada yang mustahil dalam hidup kita...
usah terlalu leka dengan keindahan...
usah terlalu enak dibuai impian...


hanya Allah tempat mengadu...

syukur kepadaNya...
yakin dan sabar...
berdoa dan berserah padaNya....
bersama usaha....

moga ia tidak berulang lagi....
moga ia umpama sekadar mimpi...
moga setiap detik yang mendatang, hanya bahagia menanti...


kepada anda yang sedang diuji...
apa bentuk ujian sekalipun...
kembalilah kepada Allah...
sesungguhnya Dia tidak pernah berpaling daripada hamba-hambaNya yg sentiasa ingat padaNya...







02 September 2016

NABILA IS 10.....

salam pagi Jumaat...
minggu pertama di bulan September...


semalam, 1/9/2016 genaplah 10 tahun usia anak gadis kecil dalam keluarga kami ini....
cepat masa berlalu. dari baby sekarang dah anak gadis sunti.alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal fikiran yang cerdas dan fizikal yang sempurna oleh Allah swt. walaupun dalam kategori anak istimewa, bagi kami anak gadis ini punyai kelebihan tersendiri.
tak ada kek, belum ada hadiah.....dia bukan tahu pun semalam adalah birthday dia....(kelebihan ada anak istimewa ini...tak ada demand).
tak ada kek atau hadiah sebab bulan ni 3 orang sambut hari lahir...tunggu nanti disekalikan.
cuma malam tadi bawa keluar makan-makan....tu pun layan selera abah sebenarnya...hihi





pada usia 10 tahun, Nabila sudah boleh mengeluarkan banyak perkataan. boleh menyusun ayat yg pelbagai apabila meminta sesuatu. cuma di saat bercerita dia masih menggunakan banyak perkataan 'alien'. boleh difahami apa yang nak disampaikan tapi agak sukar. saya sangat bimbang andai dia tak mampu berbual seperti anak-anak tipikal lain kerana ini akan menghadkan pergaulannya. namun saya positif, dia akan bertambah petah. melihat perkembangan bahasanya dari tahun ke tahun, saya yakin lambat laun dia boleh berbual seperti biasa. tambahan pula di sekolahnya, dia bergaul dengan anak-anak yang boleh bertutur secara normal (anak-anak bermasalah pembelajaran @ slow learner). Ini akan membantu perkembangan pertuturannya. 

 DULU.....

SEMALAM


dari segi yang lain, perkembangannya nampak sempurna.
boleh mengendalikan diri sendiri (mandi, berpakaian, sikat rambut dsb) dengan syarat ummie tak ada bersama. kalau ada ummie semua jadi tak pandai buat. bila makan dia dah pandai sendukkan sendiri lauk pauk ke dalam pinggannya. mengemas meja pun dah boleh buat (cuma nak dengan tak nak saja).


bersyukur sangat kepada Allah swt atas anugerah hebat ini.
anugerah yang mendekatkan hubungan kami suami isteri dan seisi keluarga..anugerah yang menjadi pemangkin untuk kami melihat kebesaran Allah di depan mata.menjadi contoh kepada 2 anak yg lebih besar, sebagai panduan untuk mereka menjalani hidup yg serba mencabar.


kepada ibubapa yang dikurniakan anak istimewa, syukurilah nikmat Allah itu.bersabarlah dalam melayani mereka kerana kita ini menumpang kasih Allah terhadap mereka.bahagia mereka, insyaAllah bahagialah kita di sini dan juga di kehidupan alam akhirat nanti.







12 August 2016

SATUN THAILAND.....MELAKSANAKAN AMANAH

salam sejahtera....
rindunya kat blog ni....
lama terbiar.

banyak lifestory yg tak tercatat di sini.....insyaAllah nanti kita share sikit2.

ni kisah hujung minggu yg baru berlalu.

bersempena Ramdhan dan nuzul Quran baru2 ni, en suami telah mengambil inisiatif sekali lagi mengadakan kutipan Al Quran untuk diwakafkan kepada pihak yang memerlukan.
alhamdulillah, lebih 200 naskah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai (terutamanya kenalan).

maka pada hari Jumaat baru-baru ini, kami sekeluarga telah bergerak ke Satun (selatan Thailand) untuk menghantar naskah2 AlQuran ini kepada wakil di sana.

memasuki negara Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian, keadaan agak lengang berbanding Bukit Kayu Hitam.tak perlu beratur panjang, tak perlu dengar bunyi enjin dan hon lori2 besar, tak perlu sedut asap kenderaan yang banyak....tenang dan selesa.

Tiba di tempat yang dijanjikan dengan wakil di sana sekitar jam 6 petang di Kampung Ban Khuan, Satun. kami bertemu di sekolah yg didirikan oleh pemuda ini atas bantuan/sumbangan kewangan sahabat2nya dari Malaysia.sekolah terletak bersebelahan dengan masjid menampung pembelajaran hampir 400 org murid beragama Islam. setiap malam diadakan kelas mengaji Al Quran manakala pada hujung minggu diadakan kelas Bahasa Melayu. Pemuda yg berasal dari Malaysia ini merupakan pengasas dan guru Bahasa Melayu kepada kanak2 tersebut.
semuanya dilakukan secara sukarela dengan niat membangunkan dan memperkasakan bahasa Melayu dan agama Islam dalam jiwa kanak2 ini.

dari masjid ini kami bergerak ke rumah pemuda tersebut untuk meninggalkan naskah2 Al Quran sebelum ianya dihantar kepada pihak yang memerlukan.penerima yg dipilih adalah guru2 agama yang mengajar AlQuran di rumah mereka sendiri.

damai sekali kawasan rumahnya....jauh ke dalam kampung. bersebelahan dengan sungai yang bersih dan jernih.


selesai menurunkan naskah2 Al Quran, kami bergerak ke Pakbara untuk dinner dan bermalam di situ.
hajat awalnya nak bermalam di Satun, namun tak digalakkan oleh sahabat tadi kerana katanya tiada apa yg menarik  di situ terutamanya di waktu malam.


maka, sampailah kami di Pakbara menjelang waktu magrib.
menginap di bilik bersebelahan pantai namun tak rasa angin laut kerana air telah surut.

paginya, selepas sarapan dan santai2 sekejap di tepi pantai, kami bergerak untuk balik ke Malaysia.
singgah sekejap di Wang Kelian, meronda dan membeli apa yang teringin.


biasanya pagi Sabtu dan Ahad, pekan Wang Kelian di tanah Semenanjung penuh dengan deretan gerai penjaja serta sesak dengan pengunjung tapi kini tiada lagi suasana meriah itu.
tiada peniaga2 tepi jalan.....kosong dan sunyi.
bangunan bazar yg disediakan juga kosong.nampak seperti ada beberapa gerai di belakangnya namun suram.

jika ingin shopping di Wang Kelian, rakyat Malaysia perlu melintasi sempadan dang menggunakan border pass atau passport. tidak lagi seperti dulu di mana hanya perlu gunakan kad pengenalan.perkara ini menyebabkan gerai2 di seberang sempadan juga agak lengang.


kembali ke Malaysia.....bersinggah2 dahulu di Arau dan Kuala Kedah atas urusan encik suami...


tiba di rumah sekitar jam 10 malam....
dengan rasa lapang dada dan syukur kepadaNya kerana satu amanah yang berat selesai dilaksanakan.

sebelum tiba di rumah, wakil di Thailand telah mengirimkan gambar2 penerima naskah2 AlQuran tersebut melalui wassap kepada encik suami. sebahagian besarnya diedarkan pada petang hari yg sama.








05 May 2016

ISRA' MIKRAJ


salam sejahtera..

selamat menghayati Isra' Mikraj....
moga kita menjadi insan yang lebih beriman dan lebih menyayangi Rasulullah (saw).

sama-sama kita menjaga dan memperbaiki amalan solat...kenangkanlah susah payah Nabi Muhammad Rasulullah (saw) berulang alik mengadap Allah swt memohon mengurangkan waktu solat buat umatnya.


selamat berpuasa kepada yang melakukannya....moga diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt.