26 April 2013

MENTALITI KITA


salam...

perilaku kita menggambarkan peribadi & tahap pemikiran kita..
di kejiranan saya ada ramai penghuni yg terdiri dari pelajar IPTA berhampiran.
bila ber'nama' budak 'U' kita pasti menagnggap mereka dari kumpulan yang meiliki tahap kecerdikan yang lebih baik dari 'average'.
malangnya ada segelintir yang bersikap sebaliknya...tidak mencerminkan nilai diri sebagai orang yg berpendidikan tinggi.
lihat saja di bawah ni.
 rumah ini di sewa oleh pelajar lelaki.ini bahagian hadapannya.pelajar2 ini pulang ke rumah (sekarang sedang bercuti) dengan meninggalkan sisa2 domestik mereka begini.
saya tidak pasti siapa yg letakkan notis peringatan di situ.
di bawah ini adalah bahagian sisi rumah yg sama...
rumput mencecah tingkap.
tuan rumah pun sekadar mengutip sewa.apa salahnya tetapkan seseorang untuk memotong rumput secara berkala.tahap ni dah boleh menjadi sarang tikus & sarang ular.


bukan rumah ini saja sebenarnya yang bermasalah sivik seperti ini...ada beberapa buah lagi di sepanjang laluan hadapan ni.laluan belakang saya tak pernah tinjau (tak ada keperluan).

budak2 yang duduk di sini kebanyakannya budak yang ambil 'degree'....apa pengharapan kita kepada bakal2 graduate dengan mentaliti seperti ini?
bukan saja yang lelaki...perempuan pun sama juga.
tong sampah utama bukannya jauh sangat pun...(di sini tiada perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah).masing2 ada kereta & motor.dalam perjalanan ke kuliah pun boleh angkut.satu rumah berkongsi ramai2...buatlah giliran.bukan susah sangat pun.orang lain boleh buat kenapa kamu yang muda & masih bertenaga serta cerdik pandai tidak boleh menjaga kebersihan tempat tinggal sendiri?
perlukah sehingga ke tahap penglibatan pihak pentadbiran universiti untuk memantau perilaku pelajar2nya di luar kampus?

bersama2lah bertanggungjawab menjaga kebersihan agar tidak berlaku wabak penyakit bawaan vektor (penyakit2 yang dibawa oleh haiwan).

25 April 2013

BAKAL MENTERI

assalamualaikum.....
undilah saya..
calon PRU13 untuk parlimen bujang merbok (kata abahnya)


tengah meeting...depa kalut nak ambik gambaq...
dapat muka macam ni...
bulehh???

walaupun saya buat muka pelik tapi hati saya suci..
percayalah!!!!!

KLIP INTRO

salam...
setelah beberapa bulan berlalu..


ini intro sahaja...full CD pun dah siap.

terimakasih kepada semua yang terlibat
(NARC,MACC KL,Sinar Harian/Karangkraf,PDRM Putrajaya,PDRM KL,PDRM Negeri Sembilan,PDRM Melaka,Kakitangan Masjid Sultan Mizan Putrajaya,SPRM Seremban,SPRM Melaka,Pengurusan Menara Tamingsari serta masyarakat umum)


****search semula entry lama....rupanya cerita ttg konvoi tu tak buat pun...
adeh!!!....cemana boleh miss ni???!!!###

24 April 2013

BINA BADAN

salam..

budak kecik ni dah hampir sebulan tak ke sekolah sebab sekolah ada aktiviti untuk pelajar yg lebih dewasa....jadi yang kecik2 ni kena bercuti.malangnya sekolah biasa tak cuti.maka bila dah banyak hari kat rumah dia dah mula ingat nak ke sekolah.
dalam seminggu ada beberapa kali juga dia sebut nak jumpa cikgu.pagi ni pun sama...semangat ja bawa beg nak pi sekolah.abah bawa lalu ja depan sekolah kemudian terus pi makan kat kedai mamak.

semenjak cuti ni juga dia dah banyak kali ikut abahnya layan perut kat kedai mamak.pagi2 dah makan nasi...letak kicap,telur rebus,isi ikan tenggiri & sikit kuah gulai tenggiri....memang licin sepinggan tu.

tengok la badan dia ni....

kadang2 nampak macam kurus sikit tapi bila tengok dalam gambar...mak ai!!!!!...debabnya kamu nabila.....!!!
gambar ni ambil semalam.

apa2 pun,yang penting kamu sihat....
luv u soooo much......