04 April 2011

LAYAKKAH DIA BERGELAR GURU?

salam.

wajarkah mendidik anak berusia 7 tahun dengan cara memukul???
lihat Metro semalam.
anak berusia 7 tahun dibelasah oleh warden asrama sekolahnya kerana
tidak mengaku mencuri.

persoalannya:
1.adakah warden itu ada bukti kukuh atau sekadar menuduh?
2.sebagai seorang guru,itukah caranya dia dilatih untuk menjadi pendidik yg baik?
3.untuk anak berusia 7 tahun,tak terfikirkah oleh "guru" bahawa ketakutan akibat dimarahi akan membuatkan anak itu mendiamkan diri?

andai "guru" itu ada bukti yg terang2an menyatakan anak itu mencuri sekalipun,memukul hingga pengsan tubuh sekecil itu bukanlah caranya untuk mendidik.tambahan "kamu" berada di sekolah agama...di mana iman kamu dalam menghadapi kerenah anak?

saya juga memukul anak bila dia melakukan kesalahan tetapi saya pastikan punya bukti yg cukup & tidaklah memukul hingga mencederakan anak.cukup sekadar dia merasakan sakitnya & mengingati kesakitan itu untuk tidak mengulangi kesilapannya lagi.

anak berusia 7 tahun itu juga adalah anak yatim.
malam tadi dalam berita jam 12 malam....
anak itu telah kembali ke pangkuan Allah.
sebak melihat jenazahnya yg siap dikafankan.
sedih mengenangkan nasibnya...
melalui kesakitan akibat dipukul oleh "guru" yg diamanahkan untuk mendidiknya......
kesakitan hingga ke penghujung nyawa.

AL FATIHAH buat anakanda Saiful Syazani.
moga kamu bergembira di Syurga Allah.
moga kamu bahagia bersama ibu kamu di sana.

dan
moga kamu dapat melihat pembalasan yang setimpal untuk orang yang menyakiti kamu.


 
note:
alhamdulillah...sepanjang alam persekolahan, saya dikurniakan dengan guru2 yang selayaknya dipanggil pendidik.terima kasih buat semua guru yang pernah mengajar saya.

03 April 2011

PUAS HATI

salam.
muka budak kecik yang riang gembira kemarin.
mak bapak dia yang letih.
so cerita panjang petang2 sikit k.


01 April 2011

HUJAN OH HUJAN

salam

hujan sedang lebat....start malam tadi.pagi2 td cerah sikit.tp pk 10 start hujan semula.
harap2nya petang nanti dah berhenti & esok cuaca cerah.
esok sabtu 2/4/2011 ada PESTA JUALAN MAKANAN DAN PRODUK PDK & KEMPEN PENDAFTARAN OKU kat Taman Jubli Perak SP.

ada games jugak.nabila kena main tuju tin.mak bapak dia yg tak sabar2 nak tengok cemana dia main.semestinya lawak.abah siap tunda program sb nak tgk anaknya beraksi (rasanya kacau org yg lebih nanti).

moga2 tak hujan esok.
sapa yg dekat2 sini bolehlah datang...tolong anak2 OKU isi tabung mereka.
bayaran semua guna kupon.boleh dapat kat situ esok.saya dah beli siap2 kat sekolah nabila.

ikut aturcara, pengarah JKM Kedah akan hadir...sesapa nak jumpa in person utk hal2 tertentu boleh guna kesempatan yg ada ni.
he's a nice guy..saya pernah jumpa sekali dulu.


31 March 2011

YANG DIIDAMKAN

salam.

mengidam masa hamil....betul ke wajib ditunaikan?
kata org kalau tak ikut nanti baby tu kempunan..dah lahir nanti air liur meleleh ja.
tapi kita yg dewasa ni pun kdg2 meleleh gak kan...bila nampak makanan yg sedap2...tapi takleh nak makan sb tgh diet..hihi...sebab tu malas nak diet.

tetiba cerita bab mengidam.puncanya?tengok metro hari ni.suami tu belasah wife dia sb si wife yg tengah pregnant arahkan dia keluar cari makanan yg diidamkan.
wifenya pun satu...husband baru balik kerja...malam2 plk tu.disuruhnya keluar cari benda yg dia nak.nak plk buah munggai (sedap giler kalau masak dalca @ gulai dgn ikan darat).
kat KL senang dapat ke?mau si suami tak hangin.

gambar yg digoogle

utk isteri2 yg mengidam..agak2 la jugak kan.
timing betul2 masa nak minta tu..then gunalah strategi ayat yg sedap didengar.


sapa yg pernah mengidam benda pelik2 pastu tak dapat..?