Showing posts with label PDK. Show all posts
Showing posts with label PDK. Show all posts

03 December 2013

WAJAH-WAJAH ISTIMEWA

salam sejahtera...

antara sahabat Nabila..


Adam....
yang paling rajin bercakap.
abangnya juga mengalami masalah yg sama tapi lebih serius berbanding Adam.
Farah...
kamcing Nabila dulu2...sekarang biasa2 ja.
sangat takut dengan bunyi yang kuat
(muka tak puas hati sebab tengah kena usik dgn cikgu)
Alif...
paling lasak....
Nabila selalu kena dgn Alif tapi kadang2 boleh ja main sama2.
cikgu tolong pegang sebab mak Alif kena pegang adik baby.
Atiqah..
comel & cool.
Aisyah...
pendiam...senyum memanjang...pandai menjahit...
tapi Aisyah menjahit menggunakan kaki.
tangannya agak stiff & sukar dikawal (tapi boleh suap makan sendiri dengan agak perlahan).
mak Aisyah baru saja meninggal dunia bulan lepas.
Syuhada...
sama lasak dengan Nabila..
sebaya juga.....ngam dgn Nabila...
dah pandai bercakap.

15 May 2013

WW

salam...
this was yesterday

budak kecik depan pintu sekolah

01 January 2013

JOM SEKOLAH


salam...

1.1.13....
hari pertama persekolahan utk Kedah (& yg seangkatan dengannya).
(habis dah la hari2 senggang umie dgn abah....kena adjust timing balik)
tahun ni semua sekolah pagi...
dan pagi tadi budak kecik bambam bangun awaaaaiiii....
kakak bangun siap2 nak pi sekolah,dia pun bangun sama.
maka pukul 6.30 pg umie bagi dia mandi (ketaq2 sejuk sebab malam tadi hujan),siap2 dan ikut abah hantar along & kakak ke sekolah.
suka la tu...pagi2 boleh meronda.

pukul 8.30 hantar dia plk...dah lama bercuti,mujur tak buat hal.senang ja masuk bilik pdk tu.sekolah yg atas bukit ni bila ntah nak mula beroperasi...dekat sikit dengan rumah.

bangun pk 6 lebih pagi tadi,umie ingat balik sekolah dia akan tidur rupanya idak pun.
umie yg tidoq...hihi..dekat pukul 5 ptg baru dia lena...tak taulah pk berapa bangun sebab umie keluar g kerja.harap2 malam ni dia boleh tidur awal juga.
esok sekolah...khamis off (duduk dgn abah).

bb pun ada kasut sekolah...

***masih mencari yg terbaik buat nabila.


13 June 2012

BANGUN PAGI...GOSOK GIGI.....

salam...
malam tadi tutup klinik awal...berkejar ke Sg Dua menziarahi jenazah...
alhamdulillah sempat melihat wajahnya buat kali terakhir...tenang...
punca pemergiannya adalah serangan jantung (AMI).....
khabarnya 3 saluran darah di jantung tersumbat.
al fatihah buat arwah..moga damai di sana....
******

pagi ni budak kecik bambam ada sesi dengan doktor gigi di PDK.
waris kena temankan...umie tak dapat ikut sebab kerja 
maka abah & kakak nurul temankan.
abah baru load gambar kat FB....layankan dulu..



tergoda kat doktor gigi tu ka nabila oi!!!!!
sebelah kanan nabila adalah bestfriend dia..farah.

amboi!!!tangan simpan tepi nampak...
suka la dia bila orang bagi attention macam ni.

nasibla kakak misi...kena buli dgn budak baik ni.
member sebelah (athirah) buat sendiri ja pun..

05 April 2011

BILA BELLA TERLEPAS

salam.
mmm...baru nak cerita kisah nabila hari sabtu baru ni. banyak sgt gambar tp gambar org lain...
program start pk 8 pg tp kami sampai dekat pk 9 dah.elok jg pun.bukannya ada apa2 lg pagi2 tu..just org2 yg terlibat dok siapkan gerai masing2. sebelah dgn tempat event tu ada taman mainan kanak2..makanya mek kecik ni landing kat situ ja lah...
bahagia sungguh dia dapat lepas bebas macam tu.
bila sampai giliran dia utk main tuju tin dia dah letih..mood pun tak dak dah.pujuk2 sib baik mau main jugak.tapi baling entah ke mana2.tak pa lah...janji tak hangin.
                                              menyorok belakang umie bila cikgu suruh main

                                                manalah padan jarak dengan budak kecik tu....

secara keseluruhannya.....
perjalanan majlis meriah walaupun hujan sekejap masa tgh hari.elok jugak buat macam ni.sekurang2nya anak2 ni dapat beraktiviti ramai2.ibubapa yg ada anak2 istimewa ni pun dapat juga pengetahuan dalam nak besarkan anak2 ni.yg belum hantar anak2 ke mana2 tempat latihan pun boleh dapat maklumat dari aktiviti macam ni.
acara sebenarnya berlangsung sampai pukul 6 petang tapi kami balik pk 1 lebih.nabila pun dah tak berdaya nak berjalan.mak bapak dia lglah......
 takut tengok orang bersilat...
terus landing sat utk isi minyak


nabila: "pakcik nak tanya apa tanya jelah....tapi jangan ambik popcorn nabila".
                                               

balik rumah dobi nabila yg selekeh tu...bg susu then dia zzzzzzzzz selama 2 jam. mak bapak dia keluar dating test drive kereta baru.

nak tau kereta apa? next entry ok..
(drive ja..bukan nak beli pun)

01 April 2011

HUJAN OH HUJAN

salam

hujan sedang lebat....start malam tadi.pagi2 td cerah sikit.tp pk 10 start hujan semula.
harap2nya petang nanti dah berhenti & esok cuaca cerah.
esok sabtu 2/4/2011 ada PESTA JUALAN MAKANAN DAN PRODUK PDK & KEMPEN PENDAFTARAN OKU kat Taman Jubli Perak SP.

ada games jugak.nabila kena main tuju tin.mak bapak dia yg tak sabar2 nak tengok cemana dia main.semestinya lawak.abah siap tunda program sb nak tgk anaknya beraksi (rasanya kacau org yg lebih nanti).

moga2 tak hujan esok.
sapa yg dekat2 sini bolehlah datang...tolong anak2 OKU isi tabung mereka.
bayaran semua guna kupon.boleh dapat kat situ esok.saya dah beli siap2 kat sekolah nabila.

ikut aturcara, pengarah JKM Kedah akan hadir...sesapa nak jumpa in person utk hal2 tertentu boleh guna kesempatan yg ada ni.
he's a nice guy..saya pernah jumpa sekali dulu.


28 February 2011

PINJAM NABILA????OH NO!!!!

salam sejahtera.

hari ni ramai betul pelawat kat sekolah nabila.pagi2 tadi nursing students.siap temu ramah parents lagi.tapi biasalah..budak2 ni tanya soalan tak relevant.tak tau plk depa semester ke berapa.tanya personal details ja..langsung tak sentuh ttg condition pelajar PDK.biarlah depa.by 9.30 am saya dah gerak balik..nak masuk kerja plk.

masa ambik nabila cikgu dia bgtau lepas nursing student tu, geng orthopedic (tulang) plk dtg visit.suka sunguh depa main dgn budak2 kat situ.siap bgtau cikgu nabila, depa nak mai lagi...nak main dgn nabila.dah tu minta pulak nak pinjam nabila.nak bawak balik sehari...haha...no way....kawan abah nak pinjam pun tak dapat.ni kan plk org lain.
nabila tak dak sunyilah kami...she's our everything.

in the shades of love.....


p/s:  boleh ke nak pinjam2 anak?

20 February 2011

MAKAN BERSUAP

as salam.
baru balik dari PDK.jumpa cikgu nabila.ada perjumpaan waris utk bincang perkembangan anak.report dari cikgu...semuanya ok kecuali bab makan.nabila ikut mood.tapi kebanyakan masa tak mau suap makanan sendiri..nak cikgu suapkan....oooo....oooo....macam tu ka?kata cikgunya kalau sebelum makan bg main masak2 dia oklah.lepas main terus ja makan sendiri.tapi kalau lepas main benda lain dia malas nak suap.

kenapa?pada sayalah...nabila mungkin nampak makan tu pun macam sejenis permainan jg.so daripada main masak2 & terus ke aktiviti makan ada kesinambungannya.
tapi bila main permainan lain kemudian beralih kepada aktiviti makan..dah takdak continuation.moodnya dah lari ke lain.kebetulan budak ni sgt cepat berubah moodnya tapi kalau pandai bodek she'll be very good.cikgu2 dia pun dah faham bab bodek2 & puji2 ni.depa pun guna cara yg sama.

tapi dalam masa dua bulan ni kata cikgunya ada perbezaan @ perkembangan yg positive berbanding dulu.ada jugak masanya dia boleh makan sendiri.infact masa ambik dia tengah hari tadi dia tgh makan nasi (2nd round)...elok ja suap sendiri.tinggil sikit ja lg dlm pinggan.nampak ja saya masuk terus hulur pinggan.takmo suap dah.nak saya suapkan.sambung sajalah..tinggal 3 mulut ja lg.

puncanya nabila tak mau suap sendiri?
1...ikut angin dia.kena angin tak rajin,botol susu pun takmo pegang...
2...di rumah kebanyakan masa makan bersuap sb tak larat nak tunggu dia makan sendiri...lambat.kita ni kan kerja.lgpun tak larat nak mengemas.dia ni kalau ada tumpah sikit, dia ubah tempat..satg tumpah sebiji dua nasi,ubah lagi...letih ooo..
3...di rumah pengasuh wajib bersuap sebab pengasuhnya tak suka sepah2 & comot2.
4...nabila tak suka ada benda melekat kat tangan dia...yg ni lupa nak bgtau cikgu dia tadi.memang dia give up kalau pegang kuih yg melekat2 kat tangan.basah pun tak mau.terlekat nasi sebiji pun kecoh.bila rasa ada benda kat tgn ja terus lap kat baju...umie tak laratla nak tgk baju comot2 ni...baik umie suapkan...hehe.training fail!!!

maka...mulai hari ni kena lebih bersabar melihat budak comel ni jadi comot.kena bagi dia makan sendiri....mampukah kami???mesti boleh...utk kebaikan nabila jg.tapi kat rumah pengasuh confirm bersuap jugak....I don't mind.

sapa boleh bersila macam baby???sila angkat tangan.

14 February 2011

NAK KENA UPGRADE KE?

salam.
pagi ni nabila dapat kawan baru.
my mistake..hehehe...pi parking betul2 depan pagar tadika KEMAS.kebetulan budak2 tadika tu beraktiviti kat luar.biasanya saya parking depan pintu kelas nabila tp hari ni malas nak pusing2.sekali bila keluar dari kereta mek nabila ni yg sememangnya ramah tamah terus ja pi kat pagar tadika Kemas.sembang2 dgn budak2 tu.jenuh tunggu sampai kesudah dia tak mau masuk kelas.so cikgu nabila yg sporting tu terus bawa nabila masuk dalam kawasan tadika tu...join budak2 KEMAS.
dok tunggu dia sampai umie pun lambat masuk kerja.

yang baju merah tu melayan nabila....budak2 lain nampak macam takut2 ja.
konon2 dah babai la nih...
tengok tu...makin ramai kat pagar...last2 nabila pi join depa balik...mmmm....
bangunan kelas PDK ialah yg berdinding purple tu

saya sebenarnya dah lama perasan yg nabila ni lebih suka bercampur dgn budak2 biasa.cuma masalahnya nabila belum boleh bercakap seperti anak2 lain maka susah utk dia berkomunikasi.harapan saya nabila dapat bertutur dgn cepat & dapat memasuki persekolahan seperti biasa.walaupun berada di kelas khas,asalkan dia ke sekolah harian biasa adalah satu kejayaan utk dia & kebanggaan buat kami.