25 October 2016

TRAGEDI KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

assalamualaikum...
selamat petang....

tercatit dalam sejarah negara pada hari ini....
tragedi pagi tadi.
kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang melibatkan kematian 6 pesakit ICU manakala 4 lagi cedera (seorang pesakit, 2 orang staf dan seorang pelajar praktikal).

moga semua yang terlibat diberi kekuatan emosi untuk menghadapi hari-hari yang mendatang terutamanya kepada keluarga mangsa dan kakitangan hospital. pastinya emosi mereka akan terganggu dengan tragedi ini. moga tabah dan kembali pulih dengan segera.

tak perlulah kita di luar ini membuat pelbagai cerita dan spekulasi tentang punca kebakaran, tentang bagaimana ia sewajarnya ditangani. kita tidak berada di situ, tidak merasai situasi yang mereka hadapi.
tunggu dan baca/dengar laporan pihak berkuasa. berdoa semoga semuanya pulih dengan sempurna.berdoa agar ianya tidak berulang lagi.

moga apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua.segalanya berkemungkinan dan kita perlu bersedia.








10 October 2016

TERBANG KE PULAU

salam sejahtera....

sekejap saja masa berlalu....
macam baru ja masuk September, tiba2 dah jadi Oktober...

separuh ke 2 tahun 2016, berusaha untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.alhamdulillah, suami sangat bersungguh-sungguh memberi masa dan bahagia untuk kami....terimakasih ayg..
kadang2 rasa kesian pula, banyak wang mengalir keluar. moga Allah gantikan dan datangkan semula rezeki yang melimpah ruah untuk kita.


23 dan 24 September 2016, suami bawa kami jalan-jalan ke Langkawi. trip yang dekat saja tapi istimewa sebab suami ambil tiket kapal terbang untuk perjalanan ke Langkawi....nak surprisekan anak-anak dan maknya.
memang langsung tak cerita kat mereka bertiga. bagitau ada kerja kat Penang di sebelah paginya, so semua kena ke Penang dulu.
percubaan bawa naik kapalterbang sebenarnya sebab tak boleh nak agak macam mana reaksi Nabila.sebab tu ambil yang dekat dulu.

sampai airport, maktok dengan anak dara besar relax ja....tapi si kecik ni super excited.seronok pula tengok dia.

masa tunggu boarding, bukan main kalut lagi. asyik ajak naik kapalterbang ja....mana-mana flight sampai "jomla ummie...pat laaa"...

alhamdulillah tak ada delay...AA ni bukan boleh agak sangat.kalau delay jenuhla nak menjawab dengan budak kecik ni.

dalam flight dapat seat yg terpisah....maktok dgn anak dara besar jauh ke depan. kami bertiga di belakang..ummie dgn nabila dan stranger, abah kat belakang nabila dgn 2 strangers.
tunggu semua org naik, rupanya 2 strangers sebelah abahnya adalah budak kecik...baby sitter la jadinya.
bila semua dah masuk, kami tukar-tukar tempat...dapatlah kami 3 beranak duduk sekali....anak2 berdua tu dapat duduk dengan ibunya. orang yg sebelah ummie ni pindah ke sit belakang....suka sama suka.

ok...the journey begins...
kapalterbang bergerak....si kecik kat belakang "waaa.....lajunyaaaa...."... separa menjerit keseronokan.
nabila pun sama..."waaaa....waaaa...."....ok, dia enjoy. ummie dengan abah lega.sekali sekal bila ada gegaran dan rasa macam hilang graviti dia terkejut....tapi pada keseluruhannya dia ok...
bolehlah bawa jauh sikit nanti.


sampai di Langkawi, ada kawan suami tunggu....surprise lagi untuk anak-anak dan MIL.
suami ambil Starex (dia memang gila2 nak sewa starex...mujur dapat).happy lagi bebudak ni dapat naik kereta yang lapang.abahnya lagi happy...hajat kesampaian.


masuk hotel....another surprise...yang ni untuk semua...hehe.
sebab kawan suami yang booking bilik.kami langsung tak ada idea bilik tu rupa macam mana.
sekali buka pintu....mak oiii....luasnya.boleh masuk satu family dalam tu.suami booking 2 bilik...mewah la.bilik pula mengadap ke laut...buka pintu balkoni angin menderu masuk.siap bunyi alunan ombak.
tengok ke bawah...ada swimming pool.
ada orang bahagia.

percutian singkat 2 hari 1 malam yang seronok sebab nampak semua enjoy.
petangnya lepas asar, lepak-lepak 4 beranak kat pantai sambil main ombak.mak mertua lepak dalam bilik dulu. saya personally suka pantai kat Langkawi sebab bersih dan landai. rasa lebih selamat.
malam keluar makan seisi keluarga. tak ada jalan-jalan ke tempat bersejarah sebab mak mertua tak larat nak jalan dan masa pun singkat.lagipun datang Langkawi nak rehat...maka berehat sajala.

pagi Sabtu keluar dating sarapan dan terus cari tiket feri sebab takut tiket habis. memang plan balik dengan feri sebab nak membeli barang.

pukul 10 lebih bawa budak kecik mandi kolam.rugi kalau tak mandi kolam sebab dah bayar bilik mahal dan memang sengaja cari hotel yang ada kolam untuk budak kecik main.enjoy sakan diaa.....jenuh nak pujuk suruh berhenti.

sebenarnya masa bercuti ni Nabila tak 100% sihat...dia baru nak lega demam.masih batuk dan selsema.
tapi terpaksa teruskan rancangan sebab abahnya dah booking semua dari awal.doa dan tawakal saja yang ummie dan abah mampu. alhamdulillah demamnya tak berulang.cuma selsema yang agak mengganggu.sekali sekala buat perangai terutamanya masa makan. masa main sangat-sangat ok.


sebelum balik singgah dulu di kompleks Hj Ismail...mak mertua cari pressure cooker.saya hanya beli mangkuk...anak dan suami borong coklat.
jenuh juga nak mengangkutnya.
nak naik feri kami baris di belakang sekali...bagi orang lain settle dulu.banyak betul barangan...semua mengangkut sakan.

alhamdulillah perjalanan balik dengan feri adalah lancar sekali...nurul ja mabuk masa mula-mula masuk feri.mungkin sebab bahang panas di luar.

sampai di jeti, sahabat suami sedia menunggu dengan kereta...
perjalanan balik ke rumah yang agak perlahan sebab berhenti beberapa kali untuk makan dan solat.



alhamdulillah dengan rezeki yang diberi Allah.
rezeki duit, rezeki masa, rezeki peluang dan rezeki sihat....sangat bersyukur.lebih-lebih lagi bila bersama sekeluarga.

(sebenarnya bila berjalan-jalan macam ni saya sentiasa teringat kepada kakak-kakak saya....ingin sekali nak bawa bersama. namun bayak faktor yang menghalang. moga satu hari tercapai hasrat di hati)


yang sabar dan yang tak sabar


keterujaan

jumpa soto sedap kat Pantai Cenang

melepet kooo.....



04 September 2016

LIFELINE

salam sejahtera....

hari ke 4 September 2016 menghampiri penghujung....
Ogos 2016 ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang tak mungkin dilupakan...
kenangan paling hebat dalam meniti kehidupan.
kenangan paling mengguris hati....
kenangan yang tak terjangkau dek akal bahawa ianya berlaku...
hakikatnya.....amat benar, tiada yang mustahil dalam hidup kita...
usah terlalu leka dengan keindahan...
usah terlalu enak dibuai impian...


hanya Allah tempat mengadu...

syukur kepadaNya...
yakin dan sabar...
berdoa dan berserah padaNya....
bersama usaha....

moga ia tidak berulang lagi....
moga ia umpama sekadar mimpi...
moga setiap detik yang mendatang, hanya bahagia menanti...


kepada anda yang sedang diuji...
apa bentuk ujian sekalipun...
kembalilah kepada Allah...
sesungguhnya Dia tidak pernah berpaling daripada hamba-hambaNya yg sentiasa ingat padaNya...







02 September 2016

NABILA IS 10.....

salam pagi Jumaat...
minggu pertama di bulan September...


semalam, 1/9/2016 genaplah 10 tahun usia anak gadis kecil dalam keluarga kami ini....
cepat masa berlalu. dari baby sekarang dah anak gadis sunti.alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal fikiran yang cerdas dan fizikal yang sempurna oleh Allah swt. walaupun dalam kategori anak istimewa, bagi kami anak gadis ini punyai kelebihan tersendiri.
tak ada kek, belum ada hadiah.....dia bukan tahu pun semalam adalah birthday dia....(kelebihan ada anak istimewa ini...tak ada demand).
tak ada kek atau hadiah sebab bulan ni 3 orang sambut hari lahir...tunggu nanti disekalikan.
cuma malam tadi bawa keluar makan-makan....tu pun layan selera abah sebenarnya...hihi





pada usia 10 tahun, Nabila sudah boleh mengeluarkan banyak perkataan. boleh menyusun ayat yg pelbagai apabila meminta sesuatu. cuma di saat bercerita dia masih menggunakan banyak perkataan 'alien'. boleh difahami apa yang nak disampaikan tapi agak sukar. saya sangat bimbang andai dia tak mampu berbual seperti anak-anak tipikal lain kerana ini akan menghadkan pergaulannya. namun saya positif, dia akan bertambah petah. melihat perkembangan bahasanya dari tahun ke tahun, saya yakin lambat laun dia boleh berbual seperti biasa. tambahan pula di sekolahnya, dia bergaul dengan anak-anak yang boleh bertutur secara normal (anak-anak bermasalah pembelajaran @ slow learner). Ini akan membantu perkembangan pertuturannya. 

 DULU.....

SEMALAM


dari segi yang lain, perkembangannya nampak sempurna.
boleh mengendalikan diri sendiri (mandi, berpakaian, sikat rambut dsb) dengan syarat ummie tak ada bersama. kalau ada ummie semua jadi tak pandai buat. bila makan dia dah pandai sendukkan sendiri lauk pauk ke dalam pinggannya. mengemas meja pun dah boleh buat (cuma nak dengan tak nak saja).


bersyukur sangat kepada Allah swt atas anugerah hebat ini.
anugerah yang mendekatkan hubungan kami suami isteri dan seisi keluarga..anugerah yang menjadi pemangkin untuk kami melihat kebesaran Allah di depan mata.menjadi contoh kepada 2 anak yg lebih besar, sebagai panduan untuk mereka menjalani hidup yg serba mencabar.


kepada ibubapa yang dikurniakan anak istimewa, syukurilah nikmat Allah itu.bersabarlah dalam melayani mereka kerana kita ini menumpang kasih Allah terhadap mereka.bahagia mereka, insyaAllah bahagialah kita di sini dan juga di kehidupan alam akhirat nanti.