13 May 2014

UPDATE

salam...

minggu yang agak sibuk kali ini...dengan kesihatan yang sedikit terganggu kerana terjangkit dengan sakit tekak & batuk....biasalah...dah hari2 mengadap orang sakit tekak.sikit sebanyak sampai jugalah kat kita.saya tak suka lozenges,apa jenis pun memang tak suka kecuali strepsil perisa oren..tapi kali ni saya tak ambil strepsil...cuma telan vitamin C Shaklee...sebiji sehari...alhamdulillah cepat ja lega sakit tekak.tapi batuk lambat sikit sebab menggatal pi makan buah bacang...buah ni ada getah sikit...bila makan tekak rasa gatal2...maka batuk yang nak hilang pun menjadi2 semula.....dah buah kegemaran kan...mana boleh tahan godaan.bau plk menyengat.sekarang ni ada kuinin masak plk dalam rumah...tahan nafsu ja ni...hehe...leceh kalau batuk2 ni sebab jadi susah nak bercakap dengan orang...dah kerja kita kena bercakap ja,memang terganggulah sikit.alhamdulillah hari ni dah sihat 99%....

my anakanda kecik nabila bambam...dia pun demam dua hari lepas (ahad)...Isnin (kemarin) menjadi2 plk...dengan selsema sekali.alhamdulillah hari ni dah sihat.selera ja kurang sikit.nasi tak mau makan.letak nasi depan dia katanya "acik mamau....'a'au"...(nasi tak mau...busuk).kemain lagi...nasi busuk...hihi...masa tak demam pantang nampak nasi.maka lunch tadi meratah sup dan makan pisang ja...slim la anak ummie sehari dua.

Sabtu baru-baru ni menziarahi anak sepupu suami yang meninggal akibat kemalangan jalanraya...kesedihan berganda buat keluarga arwah.Bapa kepada arwah juga baru meninggal dunia pada hujung bulan April...mereka balik ke Penang untuk urusan pengkebumian.namun sehari selepas pengkebumian anak ini pula kemalangan dan cedera di kepala.terus koma dan meninggal pada awal pagi Sabtu baru ni (berselang 12 hari dengan arwah bapanya).Berusia 18 tahun dan diharapkan untuk menjadi penjaga ibu dan adik-adik kerana abang-abangnya semua telah bekerja.namun kita hanya merancang...Allah penentu segalanya.Sekarang keluarga ini dalam urusan berpindah untuk tinggal di Kedah supaya lebih dekat dengan saudara mara.

semoga Allah memudahkan urusan mereka.



08 May 2014

NABILA BELANJA

salam...
cerita budak kecik sikit..

sekarang dah pandai nak bayar-bayar...lama dah sebenarnya.ummie ja lupa update perkembangan yang satu ni.kalau makan kat luar atau beli barang,dia kalut nak bayar.kat stesen minyak pun dia nak bayar juga...tapi bagi yang bayar kat pam sajalah.kalau yang bayar kat kaunter ummie ikut sekali...bahaya kannn...
lepas bayar dia mesti tunggu duit lebih.ada sekali ummie bagi duit cukup2 ja...beria dia tunggu.bila ummie cakap..."baby....tak dak duit lebih"....tersipu2 ja dia malu sambil pusing balik kat umie di meja makan...comey ja.
bila dapat duit baki dia angkat kemudian cium duit sambil cakap macam doa...as if 'terimakasih Allah bagi duit ni kat baby"..tapi duit baki dia bagi balik kat ummie walau dengan penuh susah payah.
yang perempuan tu bukan ummie nabila yer...


07 May 2014

GETI.....LAMANYA TAK JUMPA KAMU

salam penuh kasih sayang.....apakah???hehehe

sejak kawen & sejak arwah parents tak ada saya jarang2 sangat makan masakan kampung yang menjadi kegemaran saya.al maklum asal dari kampung.
bukan tak reti nak masak tapi malas sebab yang makan saya sorang ja...husband memang tengok sajalah...budak2 berdua tu pun.nabila mungkin makan tapi yang jenis tak pedas saja.nak cari di kedai pun susah...nama ja masakan kampung tapi setakat ada sambal belacan & ulam kemudian lauk2 lain sama ja dgn kedai kat sebelah ni..tak ada maknanya.

maka....kemarin mak sedara suami telah menghidangkan antara makanan yang lamaaaa saya tak jumpa....ada kenduri baca Yasin kat rumah dia.so kami lunch di situ saja.




yang lama tak jumpa tu adalah....masak lemak pucuk geti (dalam mangkuk)....sedap sangat (pada saya laaa...)lagi satu sambal belacan campur buah konen (kuinin)....makan dua sajian ni dengan isi gulai (ikan otek)....bertambah2 nasi...sib baik makan bersila.cepat padat...hehe
kicap tu untuk suami tercinta...makan dengan kembung goreng sebab lauk lain semua dia tak suka..
nabila dengan aiman makan juga...nurul langsung tak makan..bukan lauk2 dia semua tu.

ini rupa daunnya...ada orang panggil daun turi (baru tau malam ni)....gambar kutip kat internet ja ni...nak masak kena ambil beberapa tangkai daun tu (yang mudalah)...simpulkan sekali baru masak...buatlah berapa banyak yang dikehendaki...jangan masuk setangkai2...jenuh nak kutip satg.

antara khasiat daun geti

...mengandungi vitamin C yang tinggi.juga mengandungi vitamin B,protein dan nutrient lain seperti kalsium,sodium,potasium dan fosforus serta iron.
bagus kan?
sesapa yang rajin ke pasar basah tu cuba-cubalah cari...sedap.

antara masakan lain yang saya suka...
dalca buah munggal
kerabu daun milang
kerabu daun kadok
pajeri rebung
kerabu jantung pisang
haruan masak bantut (yg ni best...kita cerita lain kali)
...ishhh...lapaq aihhhh....

KELEBIHAN VITAMIN E (yang ni tadak dlm daun geti)

05 May 2014

SEKOLAH BARU

salam...
lunch break kelmarin saya & suami pergi merisik sekolah rendah vokasional khas yg terletak berhampiran rumah ni..bawa sekali budak kecik bambam & kakaknya.
tujuan ke sana ialah untuk meninjau adakah sesuai untuk meletakkan budak kecik ni  belajar di situ.berjumpa dengan pengetua dan bersembang dengannya...seorang yang mesra..
sekolah ini asalnya menempatkan pelajar2 kurang upaya pendengaran dan penglihatan.namun pengetua sekolah memasukkan sejumlah kecil pelajar yang bermasalah pembelajaran dengan ciri2 istimewa seperti anak yatim piatu,anak2 yang tinggal berhampiran dsb atas niat membantu sekadar termampu.
pelajar2 asal di tempatkan di asrama.

memang teruja juga nak hantar nabila ke sini sebab nabila adalah mampu untuk belajar walaupun ratenya perlahan.
bila dengar kisah anak2 kat situ....mulalah ummienya cuak...hehe....takut nabila kena buli sebab kata pengetua ada juga budak2 yang lasak & suka kacau budak lain.nabila ni nampak ja brutal tapi kalau orang pukul,dia diam ja...dan dia plk sgt sensitif..apa yang orang buat kat dia akan diingati sampai berbulan lamanya...kesian...kot2 dia trauma tapi tak reti nak cerita.

sekarang ummie tengah 50-50......
PDK bukan tak bagus cuma nak nabila dapat ilmu yang lain juga untuk masa depan dia...moga Allah mempermudahkan urusan untuk insan 'istimewa' ini....

**perkembangan terkini..
huhhh!!...makin geliga...
perkataan baru..."ooo...peli aaa..." (oo...perli aaa)