19 March 2013

SAMAN TETAP SAMAN

salam sejahtera buat semua..

buat apa tengah hari tadi?
saya?
pi bayar saman parking..
terbang rm100 utk 2 saman..
hmmmm....
lagi satu saman sedang menunggu utk dibayar..
saman traffic..
juga rm100.

senang saja duit keluar kan???


15 March 2013

KAPAL TERBANG KERTAS

salam sejahtera...


kebelakangan ni heboh kisah seorang cikgu kat Kelantan yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Lahad Datu.memang panas hati bila baca post2 kat FB cikgu tu.saya sekadar membaca.tapi takla pulun sangat sebab banyak perkataan2 negatif.tak suka memenuhkan ruang dalam kepala saya dgn benda2 negatif dah.baca sekadar utk ambil tahu.berita terkini,cikgu tersebut telah ditahan untuk soal siasat.
tak tau lah apa nasib dia selepas ini.kita tunggu saja.

bukan nak cerita kisah cikgu tu pun sebenarnya.
nak cerita tentang cikgu perempuan kat Cameron Highland ni.
saya jumpa blog cikgu ni melalui FB & blog CT Fariza.dari mula baca dulu sampailah ke hari ini saya masih menjadi pembaca setia.walau tak hari2 buka tapi bila ke sana mmg saya mentelaah penulisannya.

cikgu muda...seorang wanita yang mengajar di sekolah anak orang asli yang terpencil.penuh kepayahan.namun dedikasinya serta semua guru di situ buat saya kagum.mereka inilah yang patut dijadikan contoh..mereka inilah sebenarnya pendidik.tulisannya bersahaja..kadang2 saya gelak...kadang2 saya tersentuh hati.sukarnya hidup mereka...namun mereka tidak mengalah (semua guru & murid).

sila kunjungi blog ini.

                                                                              KAPALTERBANGKERTASKU


baca & hayati kehidupan mereka.
siapapun kita yang berada di luar ini...hargailah semua kemudahan yg kita ada.
guru2 yang mengajar di sekolah yg ada segala kemudahan...yg boleh balik kepada keluarga setiap hari...jadikanlah kesabaran & ketabahan guru2 nun jauh di pedalaman ini sebagai cabaran & kekuatan utk lebih dedikasi & berjaya mendidik murid2 di luar ini.




13 March 2013

PANASSSSS...

salam...

di sini musim panas membahang..
mandi pun tak best sebab air paip panas.
tadi dengar macam ada guruh tapi tak ada mendung pun.
(dengar guruh di langit,air di tempayan dicurah jangan)

pokok2 cepat ja layu...wajib siram 2 kali sehari.
budak2 pun ramai yg demam secara tiba2.

bestnya musim panas ni dalam sehari boleh sidai baju 3 round...semua kering.

dulu2 kat kampung mak2 & bapa2 panggil musim macam ni 'musim timur @ timoq'.....panas berangin.main wau best ni.

**musim2 macam ni kena rajin mandi...rajin minum.

"take care"

11 March 2013

APABILA TERASA SEPERTI KEHILANGAN

salam pertemuan semula...

tu diaaaa.....
gara2 hard disc rosak...hilang mood nak menaip kat blog.guna note ja mmg leceh..biasa dgn screen besar tetiba guna screen kecik...tak puas mata memandang.
ni dah dapat semula cpu..(seminggu dah sebenarnya)...lega rasa mata.

hari ni kita share sikit ttg ilmu agama.
saya pun baru tahu sebenarnya (we learn new things everyday).
saya letak di sini supaya senang utk saya buat rujukan kemudian nanti.
sambil tu dapat juga berkongsi dgn org yg membaca di sini.

jom dengar ceramah ini.



ini surahnya..

dan ini maksudnya:

[1}Demi waktu dhuha,
[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3](Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


sama-sama kita amalkan...semoga kita berolah kebaikan & kesejahteraan dalam hidup.