Showing posts with label musim kemarau. Show all posts
Showing posts with label musim kemarau. Show all posts

25 February 2014

MEMBAHANG

salam...

cuaca panas masih berlarutan dan dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan March nanti....memang tiap2 tahun perkara yang sama berlaku....musim kemarau di awal tahun.
syukur alhamdulillah...kali ini tiada gangguan bekalan air di kawasan ini biarpun cuaca lebih kering berbanding tahun lepas.
peritnya hidup bila tiada bekalan air paip untuk kita penghuni kawasan perumahan ni.bagi yang tinggal di kampung yang ada perigi atau sungai,keadaan tidaklah begitu terjejas.


beberapa tahun lepas berlaku gangguan bekalan air berterusan hampir seminggu semasa musim kemarau.elok seketika tapi kemudiannya berulang semula.memang meletihkan.terpaksa mengangkut air dari kawasan perkelahan Bukit Tupah tiap2 hari...di atas bukit tersebut terdapat paip air yang mengeluarkan air dari dalam tanah...boleh ambil percuma.tak jauh dari rumah namun nak mengangkat tong2 air bukannya mudah.
ada jiran yang mengangkut kain2 kotor untuk dibasuh di situ pada lewat malam....waktu yang lengang.

pada musim itu juga seorang customer mengalami kelahiran pramatang kerana melakukan kerja2 mengangkat air dengan banyak...suami memang membantu namun ketika suami keluar bekerja beliau terpaksa juga uruskan sendiri...alhamdulillah...anaknya selamat & sihat sehingga sekarang.

bagi penduduk Selangor...sabarlah menghadapi situasi catuan bekalan air...moga urusan hidup anda dipermudahkan.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/catuan-air-di-seluruh-selangor-mulai-esok-1.254207


bersyukurlah dengan semua anugerah Allah...dalam apa saja kesulitan pasti ada rahmat dariNya.

15 May 2013

PENYEJUK MALAM

salam...

alhamdulillah...hujan turun malam ni.tak begitu lebat tapi boleh sejukkan suasana.pagi tadi hujan sekejap diikuti panas yg sgt membahang.
moga hujan malam ni berterusan hingga pagi esok.....selesa rasanya nak beradu.

kebelakangan ni cuaca sgt panas...ramai yg demam & berjangkit2 plk dalam ahli keluarga.syukur alhamdulillah dalam rumah saya setakat ni ok lagi...belum ada pembawa.moga2 tak adalah yg kena.dalam rumah ni semua amalkan minum air banyak & mandi dengan kerap terutama sekali si kecik tu.kadang2 4 kali sehari.kalau pergi jalan2 saya mandikan ja kat public toilet...mesti cukupkan minima 3 kali sehari.mujurlah dia pun suka mandi.
salah satu cara nak elakkan selsema (dewasa & kanak2) ialah amalkan mandi air paip yg sejuk tu awal pagi setiap hari (tapi kalau musim panas air paip pagi2 dah rasa suam...hihi)...insyaAllah susah nak kena jangkitan.


13 March 2013

PANASSSSS...

salam...

di sini musim panas membahang..
mandi pun tak best sebab air paip panas.
tadi dengar macam ada guruh tapi tak ada mendung pun.
(dengar guruh di langit,air di tempayan dicurah jangan)

pokok2 cepat ja layu...wajib siram 2 kali sehari.
budak2 pun ramai yg demam secara tiba2.

bestnya musim panas ni dalam sehari boleh sidai baju 3 round...semua kering.

dulu2 kat kampung mak2 & bapa2 panggil musim macam ni 'musim timur @ timoq'.....panas berangin.main wau best ni.

**musim2 macam ni kena rajin mandi...rajin minum.

"take care"