inilah tempat tujuan utama kami ke Melaka..
misi mencari ROTI JOHN ASLI.
dengan bantuan miss G akhirnya jumpalah jugak tempat ni..
lokasinya di tepi Pantai Puteri,Tanjung Kling Melaka.
betul2 tepi jalan tapi signboard agak terlindung.
bila dah sampai sini baru SU terperasan yang masa konvoi ke Melaka tahun 2008 kami stay kat hotel yg tak jauh dari sini.
cerita ttg Restoran Barkat ni pernah keluar kat TV masa bulan puasa tahun lepas.jadi kami esp SU selaku peminat setia roti john naklah juga tau cemana rasanya roti john asli ni.
masa kami sampai tu customer tak ramai sgt tapi first impression mmg out dah la.layanan slow.lama gak kena tunggu sebelum ada yg datang ambil order.
kami order 2 roti john,ayam golek separuh & air (my teh ais tak sedap...tawaq).
inti dia ada rasa bilis & sardin.
jangan lupa makan ayam golek ni...nampak simple tapi rasa mmg terbaik..
kesimpulannya...
roti john.... biasa2 saja.saya prefer Roti John Marvellous Perda.SU prefer Roti John Klang (nama baru...Roti John Putra).
ayam golek....memang sedap...secukup rasa.
dari segi harga tu taklah mahal sgt..roti john RM3.90 satu.ayam golek RM8.50 separuh.
seronokla boleh ronda-ronda
lepas makan kami ronda2 kat pantai sambil ambik gambar tapi angin kuat sgt..gambar tak berapa elok...(tak pandai guna kamera, nak salahkan angin..hehe).
singgah kat River Cruise..org ramai sgt.so cancel crusing utk malam tu.pi kat menara Taming Sari..pun ramai jugak.tak daya nak menunggu sb nabila dah moody.ngantuk.kalau setakat kami berempat sanggup lagi melepak kat situ.so decided utk kembali sebelah pagi.
berbaris nak naik bot..
SU kelaparan.cari nasi lemak tak dak.last2 beli kaya dlm botol.makan dgn roti.
mek bambam tu tidoq dalam kereta tapi sampai ja kat bilik boleh plk dia bangun join org makan..ish...manala tak bambam.