Showing posts with label roti john. Show all posts
Showing posts with label roti john. Show all posts

03 July 2014

AYAM PERCIK DAN ROTI JOHN HOME MADE

salam...
ramadhan ke 5 hari ni...
mendung berbanding hari ke 4 yang terik.

ni cerita buka puasa ramadhan ke 3..
semangat nak masak.
beberapa hari sebelum tu dok sembang dengan suami tentang ayam percik popular Kelantan iaitu Ayam Percik Yati....masa reunion hari tu dah makan..memang sedap.
sekali terbaca entry MAMATISYA tentang ayam percik kuah putih....macam sama ja dgn ayam percik Yati....cara pun simple ja.
maka petang tu dengan penuh semangat masuk dapur.dalam masa lebih kurang sejam siap semuanya....ayam percik kuah putih & nasi planta.dalam hati dok risau juga apakah gamaknya rasa ayam tu.almaklumlah first time buat.bulan puasa plk tu tak boleh nak rasa-rasa.tawakal sajalah.

siap bab ayam en suami plk ambil giliran....pulun buat roti john dengan bantuan anak dara dia.
dah lama tak makan masakan en suami.semuanya settle menjelang waktu berbuka.

sebaik berbuka,kuah ayam percik tu lah yg saya rasa dulu...alhamdulillah.menepati citarasa.
siap ada repeat order dengan arahan tambahan....KUAH KENA LEBIH..
PANGGANG AYAM DALAM MAGIC PAN DULU
KUAH BERLAMBAK
NYAM...NYAM...NYAM....

BAHAN UNTUK ROTI JOHN...SIKIT JA PUN.
GUNA MAGIC PAN JUGAK..
TERBAIKKKK!!!
(tak letak sos lagi)

sapa nak resepi boleh jengah blog mamatisya atau klik SINI.
saya buat guna ayam separuh saja.bulan puasa kan...buat banyak2 pun tak habis makan.
senang ja nak membuatnya.

dah makan macam-macam bulan puasa ni tetap juga kena beringat tentang kesihatan sendiri & ahli keluarga.banyakkan minum air kosong untuk elak dehidrasi.ambillah suplemen kalau rasa pemakanan harian tu tak seimbang.....jangan tunggu sehingga dihinggapi penyakit.



22 July 2012

ROTI JOHN RAMADHAN

salam..
bermula Ramadhan maka bermulalah roti john..
nak ikut trend ROJAK SINGKIR gak ni...niaga bulan puasa saja
penat wei...
tapi best bila tgk hasilnya..
moga makin bertambah hingga penghujung ramadhan ini..insyaAllah.
member tukang masak...

28 March 2011

MAKANAN MUSIM HUJAN

salam.
tempat uols hujan lg tak?
sini dah tak hujan.paling lebat hari Sabtu baru ni...sepanjang hari membawa ke pagi Ahad.
best...sb cuti.

pagi2 bangun buat nasi goreng pastu melayan hujan sorang2 sambil makan nasi goreng.
yg lain2 semua sambung beradu lepas solat subuh..biarlah.malas nak kacau.sekali sekala dok melangut sorang2 best jugak...aman ja rasa.

pemandangan dari pintu dapur..
orked jiran yg dah melangit.
nasi goreng ala kadar

by tengah hari hujan masih on off..sat renyai sat lebat.kami lepak2 kat kedai sambil kemas apa yg patut.sampai ke malam duk kedai.tapi tak la kemas sgt pun..kan hujan..seronok mengeram.

roti john abah

malam SU buat roti john...sedaappp...melahap makan.
nabila makan roti bakar ja sb roti john pedas...tu pun tak cukup.
lapar sgt kot time sejuk2 gitu.

liat ka roti tu baby?
senyum tak ikhlas..

hari ni dah tak hujan...mendung sikit2 ja.dah habis kot musim hujan lebat.
sekarang ni susah nak predict.cuaca tak menentu.
ekosistem kat bumi ni dah tunggang langgang.
sapa buat???? kitalah...manusia.

13 December 2010

DINNER KA SUPPER???

salam..
hari Jumaat malam Sabtu baru2 ni kami makan ni...
roti john.
husband yg buatkan..
mmmmm  sedaaappp...
gambar makan takdak sb kalut nak makan ja...lapaq.
nabila ja buat muka boring sb dia nak nasi...
siannn bb..
boring2 pun abis gak separuh roti tu...
(selonggok baju nabila tak berlipat kat belakang tu)