Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

11 November 2010

SUSAHNYA NAK DAPAT JAWAPAN

salam..
kisah semalam..

sorang makcik masuk klinik
'assalamualaikum'
'waalaikumsalam...awat makcik?'
'makcik nak cek jantung.nak tengok lega dak gi.dok makan ubat ja'
'makcik makan ubat berapa jenis?'
'satu jenis saja'

ambik BP set nak cek BP makcik ni
'makcik ada darah tinggi dak sebelum ni?'
'ada.ubat darah tinggi pun makan juga'
'jadi SEMUA berapa jenis ubat yg makcik makan?'
'ubat darah tinggi satu jenis saja'
satu + satu = dua jenis ubat

'ada penyakit lain lagi dak?'
'kencing manis pun ada.dok makan ubat jugak'
........gggrrrrrr......
'jadi SEMUA SEKALI....campur2....berapa jenis ubat yg makcik dok makan la ni?'
'6 jenis'
........adeeehhhh.....
SABAQ SAJA LAH.

29 October 2009

BERSALIN & DEWAN BEDAH

pagi tadi masa ronda2 blog terjumpalah satu kisah ttg bb yg mengalami birth asphyxia kerana cord prolapse.bb ni telahpun pergi mengadap Allah.bila membaca cerita ni saya teringat kembali masa2 saya bekerja di O&G dulu.cord prolapse adalah salah satu drp situasi emergency yg saya sentiasa berdoa sp tidak terjadi masa sy on call.alhamdulillah dimakbulkan Allah. cord prolapse adalah situasi di mana umbilical cord (tali pusat baby) keluar terlebih dahulu semasa ibu sakit bersalin.kenapa ini bahaya?kerana bila cord keluar ia akan mengalami spasm sb suhu di luar rahim yg lebih sejuk.bila spasm (mengecut) bekalan oksigen kepada baby terganggu.baby akan lemas.jika lambat bertindak permanent brain damage boleh terjadi malah boleh menyebabkan kematian baby.ada prosedur yg boleh dilakukan sementara membawa ibu ke dewan bedah.ia antara perkara penting yang perlu diketahui & dipelajari oleh doktor sebaik bertugas di O&G. kenapa ia berlaku?biasanya disebabkan kedudukan baby yg tidak betul seperti melintang atau songsang.kadang2 boleh dikesan semasa scan.tetapi kebanyakannya datang as emergency.baby mesti dilahirkan secara pembedahan secepat mungkin.ini adalah salah satu situasi di mana anda dapat melihat doktor berlari ke dewan bedah (OT).semasa HO saya pernah terserempak dgn MO saya yg berlari memanjat tangga.spontan saya bertanya..'Dr * what happened?' ringkas jer jawapannya..'cord prolapsed'.well understood.masa tu saya tak in charge OT. tapi masa dah jadi MO saya pernah dapat kes cord prolapsed.alhamdulillah saya punyai back up nurse yang cekap & pantas untuk membantu dan alhamdulillah ia berlaku during office hour.baby selamat.sesuatu yang sangat mengecewakan seseorang doktor apabila melihat baby dilahirkan 'flat' (istilah yang bermaksud baby lemas & tidak bertindakbalas).sebab tu masa saya di O&G dulu saya sgt mudah decide untuk buat caeser.sedih tengok baby flat..sedih tengok ibu bapa baby yg kecewa.salah sorang kawan saya pernah tegur..'u ni suka sgt buat caeserlah'.saya tak kira..asalkan baby keluar sihat.saya puas hati.bukan nak cakap saya ni pandai ke hape.saya pun pernah buat salah dan kesilapan itu mengajar saya untuk bertindak lebih baik.. pengalaman pertama saya buat caeser ialah semasa MO.masa HO saya tak confident.cuma assist MO jer masa tu.bila dah naik jd MO kena buat jg.first case saya mmg suspen tp sb yang mengajar tu housemate rasa lega sikit. few facts about my experience..just for sharing: 1.paling banyak saya buat caeser dlm sehari ialah 6 kes.. masa tu on call.dr 9 pagi sampai 2 ptg kat OT. 2.paling tak suka buat caeser untuk placenta praevia anterior..uri di bawah & bhg depan. terlalu banyak bleeding..buat saya suspen..susah nak grab baby. 3.paling suka buat caeser utk kes poor progress..rasa macam senang jer. 4.paling suka dok kat OT sebab nilah tempat paling bersih kat hospital. 5.kalau buat operation katil patient tu kena setkan paling rendah & kena berdiri atas stool lg sebab saya pendek @ comei.. hahaha..kalau tak takleh angkat baby keluar. 6.pernah assist pakar buat op masa hospital takde elektrik.. OT function guna back up generator. mak aii...panas giler..kuyup dgn peluh sb aircond slow & lampu kt atas kepala tu pun panas. 7.suka masa pakai gaun OT yang hijau tu..ada caranya..siap pusing2 sb ada part yg kita tak boleh sentuh.kalau tgk kat drama tv banyak yg tipu. walau apa pun secara umumnya bersalin biasa lebih rendah risiko untuk ibu dan baby. p/s: kepada ibu yang hamil..moga selamat semuanya kepada doctors..we do our best. sekarang saya tak buat semua ni dah..harap2 janganla ada yang mai dok buat bersalin emergency kat sini... **gambar from google